Singapura sedia bekerjasama dengan Malaysia untuk memenuhi keperluan pelawat merentas sempadan, termasuk pelawat untuk urusan jangka pendek dan rasmi serta pekerja Malaysia yang sebelum ini berulang alik antara Malaysia dan Singapura.
Kementerian Luar republik itu berkata dalam satu kenyataan bahawa cadangan aturan perjalanan perlu mengandungi protokol kesihatan awam yang dipersetujui bersama bagi membenarkan semula pergerakan rentas sempadan yang selamat.
Kedua-dua negara memerlukan masa untuk memperhalusi isu ini dan bergantung kepada keadaan COVID-19 di Malaysia dan Singapura.
Sementara itu, kementerian itu berkata Singapura akan meneruskan langkah praktikal bagi membolehkan rakyat Malaysia terus bekerja di Singapura, kata kenyataan itu.
Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada petang semalam berkata kerajaan mengambil maklum bahawa sektor industri di Singapura telah mula beroperasi dan meminta kebenaran supaya pekerja mereka dari Malaysia untuk berulang alik ke Singapura.
Mesyuarat khas telah bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia untuk berulang alik atas urusan kerja dan bersedia untuk menjalankan ujian COVID-19 jika diperlukan Kerajaan Singapura.
Ismail Sabri berkata kerajaan telah menerima tawaran daripada Yayasan Sultan Ibrahim serta dua syarikat swasta Singapura iaitu Kumpulan Temasek dan Thompson Medical Group untuk menyumbang dua makmal ujian saringan COVID-19 bergerak dan kit ujian COVID-19.
Bagaimanapun, pelaksanaan kebenaran ini masih dalam perbincangan antara Ketua Setiausaha Kementerian Luar (Wisma Putra) bersama rakan sejawatnya di Singapura, kata menteri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 08 2020

Singapura akan meneruskan langkah praktikal bagi membolehkan rakyat Malaysia terus bekerja di Singapura. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Singapura sedia kerjasama dengan Malaysia penuhi keperluan pelawat rentasi sempadan
Kementerian Luar republik itu berkata, cadangan aturan perjalanan perlu mengandungi protokol kesihatan awam yang dipersetujui bersama.