KOTA BHARU: Seekor gajah liar jantan seberat dua tan yang ditangkap di Kampung Sungai Taku, Kuala Krai pada 14 Januari lalu berjaya dibawa dan dilepaskan semula di Taman Negeri Royal Belum (TNRB), Perak, hari ini.
Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata operasi pemindahan tersebut bermula jam 8 hingga 11 pagi hari ini dengan disertai oleh kakitangan dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Pahang dan Jabatan Perhilitan Kelantan.
Beliau berkata, dua ekor gajah denak iaitu bernama Rambai dan Abot dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga turut digunakan bagi membantu operasi pemindahan gajah liar berkenaan.
"Perhilitan Kelantan sebenarnya menerima aduan gangguan gajah liar di Kampung Sungai Taku pada 9 Januari lalu dan telah mengambil beberapa siri tindakan tembak halau bagi menghalau gajah liar berkenaan supaya kembali semula ke hutan simpan berhampiran tetapi tidak berhasil.
"Susulan itu operasi tangkapan gajah liar yang telah dijalankan Jabatan Perhilitan Kelantan bermula pada 12 Januari telah berjaya menangkap seekor gajah liar jantan yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun pada 14 Januari lalu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya gajah liar ini ditangkap bagi mengelakkan kerugian berterusan kepada penduduk setempat selain memastikan keselamatan penduduk kampung dan gajah liar tersebut.
Katanya anggaran jumlah kerugian yang dialami oleh penduduk kawasan tersebut setakat ini adalah lebih kurang RM65,000.
"Gajah liar ini dipercayai keluar dari Hutan Simpan Kekal (HSK) Sokor Taku dan populasi gajah liar yang mendiami kawasan hutan simpan berkenaan dianggarkan lebih daripada 14 ekor.
"Terdapat beberapa faktor menyebabkan gajah liar ini berkeliaran di sekitar kawasan perkampungan antaranya berikutan pengecilan kawasan habitat hidupan liar serta tarikan sumber makanan yang mudah diperolehi di kawasan kampung. Selain itu, terdapat kebun yang bersemak samun dan keadaan ini menjadikan ia sesuai sebagai habitat sementara atau laluan gajah-gajah liar ini," katanya.
Mohamad Hafid berkata, tindakan tangkap pindah bukanlah penyelesaian jangka panjang berikutan kawasan kebun penduduk berhampiran hutan simpan dan dipercayai dalam tempoh beberapa bulan lagi gajah liar lain dari kawasan hutan simpan berkenaan akan kembali ke kawasan kebun penduduk berikutan tarikan sumber makanan seperti tanaman pisang dan kelapa sawit.
Oleh itu, katanya cadangan pembinaan Sistem Pagar Eletrik Gajah (SPEG) merupakan langkah paling berkesan bagi menghalang gajah liar memasuki kawasan kebun dan seterusnya dapat mengelakkan kerugian berterusan kepada pekebun.
Walau bagaimanapun, katanya pembinaan SPEG hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi memastikan ia berfungsi dan efektif.
Mengikut rekod pada tahun 2022, Jabatan Perhilitan Kelantan telah menangkap serta memindahkan sejumlah 19 ekor gajah liar iaitu enam ekor di Jeli, enam ekor di Gua Musang dan tujuh ekor di Kuala Krai di mana kesemua gajah-gajah liar berkenaan telah dipindahkan ke habitat yang lebih selamat dan sesuai.
Adam Darwish
Tue Jan 17 2023

Rambai dan Abot dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga turut digunakan bagi membantu operasi pemindahan gajah liar itu. - Perhilitan / Astro AWANI

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gajah liar ‘mengamuk’ di Gua Musang, lebih 400 Orang Asli hidup dalam kebimbangan
Haiwan itu akan meninjau ke kawasan rumah buluh penduduk sebelum merobohkan dinding untuk mencari makanan.

Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.

Perjalanan tergendala dua jam, 30 ekor gajah ‘main’ tengah jalan
Perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Alor Setar, Kedah tergendala selama dua jam di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) gara-gara 30 ekor gajah bermain dan tidur di tengah jalan.

Pelan pengurusan hidupan liar dilaksana tangani impak projek ECRL
Pelan Pengurusan Hidupan Liar (Wildlife Management Plan) telah dilaksanakan bagi mengurangkan impak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kepada khazanah biodiversiti negara.

Hampir 200 keluarga Orang Asli Pos Belatim diancam gajah liar
Hampir 200 keluarga Orang Asli di Pos Belatim hidup dalam kebimbangan selepas kehadiran seekor gajah liar yang berkeliaran di kawasan penempatan mereka sejak bulan lepas.

Guru selamat selepas langgar gajah di Mersing
Seorang guru bernasib baik apabila terselamat selepas kenderaan yang dipandunya terlanggar seekor gajah di Kilometer 6 Jalan Nitar-Mersing di sini, semalam.

Perhilitan tangkap gajah liar di Mersing
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menangkap seekor gajah liar jantan di Kampung Triang Besar di sini, Isnin lepas.

Perhilitan tangkap gajah, beruang matahari di Kuala Krai
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor gajah liar dan beruang matahari di Kuala Krai, semalam.

Perhilitan Kelantan tangkap gajah liar di Jeli
Operasi tangkapan melibatkan tujuh anggota dari Pejabat Perhilitan Daerah Jeli dan Unit Tangkapan Gajah (UTG) Kelantan.

'Yong Manis' dipindahkan ke Taman Negeri Royal Belum
Mamalia berusia lima tahun seberat 1.1 tan yang digelar 'Yong Manis' ditangkap pada 6 Julai lepas dipercayai berasal dari Hutan Simpan Piah.