Seekor gajah liar yang dilaporkan berkeliaran di sekitar hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa Gerik, sejak beberapa hari lepas, telah dihalau ke habitat asalnya yang terletak di kawasan berhampiran.
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata tindakan itu dilaksanakan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak.
"Gajah liar sering memasuki kawasan itu berkemungkinan untuk mencari makanan namun ia tidak mengganggu sesiapa," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Justeru, beliau meminta pengguna jalan raya supaya tidak membunyikan hon kenderaan dan memasang lampu bagi mengelakkan gajah di kawasan terbabit mengamuk.
"Ini kerana gajah amat sensitif dengan elemen tersebut yang boleh membahayakan orang ramai," katanya.
BACA: Gajah liar masuk kedai cari makanan di R&R Titiwangsa
Ahad lalu, orang awam yang berada di kawasan R&R itu dilaporkan menyedari kehadiran gajah liar yang cuba masuk ke kedai bagi mendapatkan makanan selain menjatuhkan tong sampah di kawasan berkenaan, pada kira-kira jam 10 malam.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan membabitkan orang awam mahupun kerosakan kenderaan dilaporkan berlaku.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 08 2020
Pengguna jalan raya diminta tidak membunyikan hon kenderaan dan memasang lampu bagi mengelakkan gajah di kawasan terbabit mengamuk. - Foto ihsan pembaca
Universiti sebagai pemangkin pemulihan pascabanjir
Universiti di negara ini berupaya untuk memanfaatkan kepakaran mereka bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat bencana banjir sekali gus tampil sebagai pemangkin pemulihan pascabanjir.
Pelan struktur perparitan, saliran perkasa usaha pengurusan banjir di Kelantan
Kerajaan Kelantan akan memperkasakan usaha meningkatkan kecekapan pengurusan bencana melalui pelan struktur perparitan dan saliran di seluruh kawasan yang terlibat banjir.
KSI unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.9 peratus pada 2025
Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan sederhana sekitar 4.9 peratus pada 2025, dengan mengambil kira kesan dasar domestik dan cabaran luar.
Roy King tetap mahu fokus main dua kategori
Pemain badminton negara Yap Roy King berhasrat kekal beraksi dalam dua kategori iaitu beregu lelaki dan beregu campuran, sama seperti yang dilakukan sebelum ini.
Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus kerjasama selatan global
Menurut kenyataan kerajaan Brazil, agenda utama adalah tumpuan memperkukuh kerjasama antara negara Selatan Global.
Suk Yeol ikrar akan berjuang hingga akhir
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol yang dipecat bertindak menghantar surat untuk menghimpunkan penyokongnya dalam usaha berjuang hingga akhir ketika berdepan cubaan pihak berkuasa untuk menahannya susulan undang-undang tentera yang diisytiharkan pada 3 Disember lalu.
Pesawat Siberian Airlines dari Moscom tergelincir dari landasan
Susulan kejadian tersebut, pesawat Airbus A321 itu kini digantung sementara bagi tujuan siasatan untuk menentukan punca kejadian.
10 cedera tembakan rambang pada sambutan tahun baharu
Menurut Jabatan Polis New York kejadian berlaku apabila tiga hingga empat lelaki melepaskan tembakan ke arah orang ramai di luar kelab tersebut.
12 maut dalam kejadian tembakan amuk di Montenegro
Pihak berkuasa menyifatkan serangan tersebut sebagai salah satu pembunuhan beramai-ramai paling teruk di negara balkan itu.
Juara Olimpik tertua dunia, Agnes Keleti meninggal dunia pada usia 103 tahun
Mendiang merupakan pemenang pingat emas Olimpik tertua di dunia dan memperoleh 10 pingat Olimpik, termasuk lima emas.
Lima sekeluarga cemas, gajah mengamuk hampiri kereta
Gajah tersebut hanya menyentuh bahagian kereta dengan menggunakan belalainya sahaja.
Operasi tangkap gajah di Kampung Som esok - Perhilitan Pahang
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang akan melaksanakan operasi menangkap gajah di Kampung Som, Jerantut esok.
Ini rupanya punca gajah digunakan uji pagar ECRL
Pagar itu bagi mengelak konflik manusia-gajah di kawasan tersebut terutamanya semasa dan selepas projek ini disiapkan.
Kenderaan rosak diserang gajah di JRTB Gerik-Jeli
Perhilitan Perak telah menghalau antara 25 hingga 30 ekor gajah menggunakan kaedah tembak dan halau di tempat kejadian.
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Myan Ton Pian, Rambai antara tarikan Program MADANI Rakyat Zon Timur
Gajah berkenaan pernah tular di media sosial selepas mengepalai perarakan Lambaian Kasih.
Gajah mati dilanggar kenderaan di JRTB Gerik-Jeli berusia tujuh tahun
Seekor gajah yang mati dilanggar kenderaan adalah gajah betina yang dianggarkan berusia tujuh tahun.
Gajah sesat jauh dari hutan, masuk kampung berdekatan pantai
Penduduk kampung di sekitar daerah Besut terkejut dan berada dalam ketakutan kerana kehadiran seekor gajah yang dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Hulu Besut sejak Selasa lepas.
Perhilitan Johor tangkap, pindah dua gajah rosakkan tanaman di Kluang
Perhilitan Johor menangkap dua ekor gajah jantan, yang dipercayai bertindak merosakkan kawasan tanaman pertanian.
Video lelaki acah-acah berani cabar gajah undang kecaman
Insiden di negeri Assam itu sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai interaksi manusia dengan haiwan liar mungkin menjadi 'tegang'.