Kementerian Luar memberi amaran kepada media luar agar tidak membuat laporan yang berat sebelah terhadap pelbagai isu negara akhir-akhir ini.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menjelaskan telah banyak mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjelaskan isu semasa namun diabai semata-mata.
"Kerajaan merujuk kepada program Four Corners yang disiarkan oleh saluran Australian Broadcasting Corporation (ABC) pada 28 Mac yang bertajuk 'State of Fear: Murder and Money in Malaysia'.
"Kementerian Luar kesal dengan laporan berat sebelah yang telah menyerang akauntibiliti Perdana Menteri dan sistem kerajaan Malaysia melalui program yang telah disiarkan.
"Walaupun banyak kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia untuk menjelaskan isu-isu terhadap dakwaan tersebut, tetapi penjelasan ini seolah-olah telah diabai dan menyebabkan laporan yang berat sebelah," jelas Anifah.
Pada Isnin lalu, saluran ABC menyiarkan rancangan FourCorners yang mengisahkan skandal kewangan melibatkan Perdana Menteri.
Dokumentari bertajuk 'State of Fear: Murder and Money in Malaysia' itu cuba mengaitkan pembunuhan beberapa individu dengan siasatan 1MDB dan Perdana Menteri.
Pada 12 Mac lepas, wartawan Four Corners, Linton Joshua Besser, 39, dan jurukamera, Eroglu Levent, 51, ditahan kerana cuba merempuh kawalan keselamatan semasa Najib melawat Kuching, Sarawak sebelum mereka dihantar pulang ke negara asal.
Berkenaan dakwaan terhadap Najib berkaitan 1MDB, adalah penting diberi perhatian kes ini masih dalam siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di mana laporan akhir oleh PAC dijangka akan dibentangkan di Parlimen dalam masa terdekat.
"Berhubung maklum balas terhadap penahanan sementara wartawan ABC di Kuching, adalah penting diberi perhatian bahawa arahan polis telah diberikan kepada dua anggota media terbabit supaya tidak melepasi garisan keselamatan, namun keengganan mereka untuk mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan telah menyebabkan mereka ditahan.
"Walaupun kerajaan mengiktiraf kebebasan bersuara dan media, pihak media diharapkan dapat bertindak secara profesional dan melaksanakan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab," jelas Anifah.
Oleh itu menurut Anifah, kebebasan tersebut tidak boleh disalahguna untuk kepentingan individu dan melanggar undang-undang sedia ada.
"Dalam menghadapi sebarang tuduhan, kerajaan sentiasa memberi komitmen sepenuhnya terhadap sebarang siasatan yang dijalankan.
"Oleh itu, kerjasama semua pihak termasuk media untuk menyalurkan laporan yang seimbang kepada orang ramai adalah amat dihargai untuk memberikan pertimbangan awam yang baik terhadap sesebuah kes," jelas Anifah.
Astro Awani
Wed Mar 30 2016
ANIFAH: Pihak media diharapkan dapat bertindak secara profesional dan melaksanakan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.