PUTRAJAYA: Kerajaan tidak lagi menggunakan terma imuniti kelompok, sebaliknya memberi fokus pada perluasan capaian vaksinasi kepada seramai yang mungkin penduduk Malaysia.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini termasuklah langkah memulakan vaksinasi kepada golongan remaja dan akan menilai data untuk vaksinasi kepada kanak-kanak bawah 12 tahun.
Pendirian itu kerana konsep imuniti kelompok adalah kawalan atau penghapusan penyakit berjangkit apabila majoriti populasi telah memperoleh imuniti terhadap jangkitan.
BACA: Ada beza dos ketiga dan dos penggalak - Khairy
“Imuniti kelompok ini ditentukan berdasarkan nilai R-naught (r0) penyakit berjangkit tersebut.
Penyakit berjangkit dengan nilai r0 yang tinggi memerlukan peratus imuniti penduduk yang tinggi untuk dikawal atau dihapuskan.
”Virus SARS-CoV-2 asal (Wuhan strain) mempunyai nilai r0 antara 2 hingga 3. Tetapi dengan kemunculan varian Delta, nilai r0 telah meningkat antara 6 hingga 10. Varian Delta juga telah mengubah tahap keberkesanan terhadap vaksin dan juga terhadap penularan (transmision) virus.
"Berdasarkan maklumat daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tiada negara yang telah mencapai imuniti berkelompok (herd imunity).
"Malah pihak WHO juga menyatakan bahawa matlamat utama vaksinasi COVID-19 adalah untuk mengurangkan kes dan kematian, manakalah untuk mencapai imuniti berkelompok bukan lagi menjadi keutamaan," katanya dalam sidang media di sini, pada Jumaat.
Justeru kata Khairy, KKM memfokuskan kepada strategi memberikan vaksin kepada seramai mungkin penduduk Malaysia serta memasukkan golongan-golongan baharu berdasarkan data, yang dilihat amat penting dalam mengawal penularan COVID-19, mengurangkan kadar kemasukan ICU serta mengurangkan kadar kematian agar negara dapat memasuki ke fasa endemik dengan selamat.
Berkaitan suntikan vaksinasi untuk remaja, Khairy menegaskan, negara mempunyai bekalan vaksin Pfizer yang mencukupi, dan menasihatkan agar ibu bapa mematuhi jadual temujanji yang telah ditetapkan bagi membolehkan proses vaksinasi berjalan lancar.
"Pemberian vaksinasi secara walk-in hanya dibenarkan untuk remaja yang tidak bersekolah, remaja sedang belajar di IPTA/IPTS dan remaja yang home-schooling. Remaja yang tidak dalam kategori ini perlu tunggu temujanji melalu MySejahtera.
"Saya ingin menasihatkan ibu bapa supaya tidak perlu bergegas ke PPV bersama anak untuk vaksinasi kerana jadual janji temu vaksinasi remaja dibuat dengan kerjasama Pejabat Kesihatan dan Pendidikan Daerah terlebih awal.
"Seterusnya pihak pengurusan sekolah melalui guru akan memaklumkan jadual vaksinasi mengikut giliran sekolah kepada ibu, bapa atau penjaga ibu bapa atau penjaga mestilah membawa remaja mengikut tarikh janji temu yang ditetapkan," ujarnya.
Madiha Abdullah
Fri Sep 24 2021

Pendirian Khairy itu kerana konsep imuniti kelompok adalah kawalan atau penghapusan penyakit berjangkit apabila majoriti populasi telah memperoleh imuniti terhadap jangkitan. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

COVID: KKM jangka kes Kategori 1, 2 meningkat selepas Aidilfitri
Berdasarkan trend kes COVID-19 untuk tempoh dua bulan lepas, KKM mendapati 99.5 peratus kes adalah Kategori 1 dan 2.

Tiada bukti Omicron mampu bina imuniti - Khairy
Setakat ini, tidak ada mana-mana pendekatan kesihatan awam di dunia yang menyatakan individu dijangkiti varian Omicron mampu membina imuniti kepada wabak itu.

COVID-19: 70.1 peratus penduduk Sarawak lengkap divaksin
90.7 populasi dewasa serta 41.3 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Sarawak telah melengkapkan vaksinasi.

Kebebasan memilih tidak divaksinasi bukan bererti bebas daripada akibat
Tinggal dalam sebuah masyarakat menuntut semua pihak bertindak dengan mengambil kira tanggungjawab mereka terhadap komuniti.

Pemulihan industri acara perniagaan kunci untuk bantu ekonomi negara - Irmohizam
Malaysia kini sedang menuju ke arah imuniti kelompok dan beliau berharap kerajaan mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan dikenakan.

Fokus perluasan capaian vaksinasi, bukan lagi imuniti kelompok - Khairy
Kerajaan tidak lagi menggunakan terma imuniti kelompok, sebaliknya fokus pada perluasan capaian vaksinasi kepada seramai yang mungkin.

81.8 peratus populasi dewasa lengkap dos vaksin COVID-19
Sejumlah 326,612 dos suntikan vaksin diberikan pada Khamis di mana 194,050 adalah bagi dos kedua, manakala 132,562 adalah bagi dos pertama.

KKM tidak lagi guna formula imuniti kelompok, fokus pemberian vaksin - Khairy
KKM tidak lagi menggunakan formula konvensional yang menilai imuniti kelompok berdasarkan capaian sekurang-kurangnya vaksinasi 80 peratus penduduk dewasa dalam usaha membendung COVID-19.

Hanya 0.01 kematian dilaporkan libatkan individu lengkap dua dos - Khairy
Hanya 0.01 peratus kematian dilaporkan dalam negara akibat COVID-19, melibatkan individu yang sudah melengkapkan dua dos vaksin.

COVID-19: 79.6 peratus populasi dewasa lengkap divaksin
Berbaki 0.4 peratus populasi dewasa sahaja lagi sebelum negara mencapai imuniti kelompok pada kadar 80 peratus.