KUALA LUMPUR: Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) menyatakan kebimbangan mengenai pelan kerajaan untuk menghantar pekerja mahir Malaysia ke Jepun, berpendapat bahawa tumpuan perlu diberikan kepada usaha untuk meningkatkan bekalan tempatan yang mencukupi.
Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai berkata memandangkan tiada rundingan atau butiran awal disediakan mengenai potensi eksport kemahiran ke Jepun, persekutuan berharap lebih banyak maklumat mengenai Memorandum Kerjasama (MoC) oleh Kementerian Sumber Manusia dapat dikongsi supaya industri jelas mengenai bagaimana kerjasama itu berfungsi.
"Malaysia kini menghadapi kekurangan tenaga kerja yang kritikal, terutamanya pekerja mahir, yang menjejaskan pemulihan ekonomi negara kita. Kekurangan buruh telah menyebabkan kerja terhenti dan kurang pengeluaran di seluruh industri.
"Pengeluaran telah mengalami kekangan yang teruk, menyebabkan kegagalan untuk memenuhi pesanan sedia ada dan menerima yang baharu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Baru-baru ini, kerajaan berkata ia merancang untuk menghantar siswazah mahir tempatan dan/atau pekerja mahir yang layak untuk bekerja di Jepun di bawah MoC antara Malaysia dan Jepun.
Soh berkata kekangan bekalan barangan untuk memenuhi permintaan yang diperlukan akan menambah lagi tekanan inflasi walaupun kenaikan kadar faedah penanda aras baru-baru ini oleh Bank Negara Malaysia bertujuan untuk mengurangkan inflasi.
Pada masa ini, katanya Malaysia masih membuat persediaan untuk mendapatkan lebih ramai pekerja mahir melalui pelbagai program seperti Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) serta promosi kursus Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di pelbagai peringkat sistem pendidikan.
Beliau berkata institusi dan industri awam tempatan sedang meningkatkan inisiatif kerjasama dalam mempromosikan TVET dan STEM sebagai cara untuk meningkatkan minat dan penyertaan belia Malaysia yang lebih besar dalam pendidikan TVET dan STEM.
"Ini juga merupakan inisiatif untuk menyokong transformasi teknologi industri kita dan pada masa sama untuk mengurangkan pengambilan ekspatriat mahir.
"MoC dengan Jepun dilihat akan menjejaskan inisiatif itu dan kerja keras daripada semua pihak yang terlibat yang telah dijalankan sejak beberapa tahun lepas.
"Pandemik COVID-19 telah mempercepatkan transformasi industri dan teknologi, justeru, kekurangan pekerja mahir yang kritikal dijangka berterusan untuk tempoh beberapa tahun akan datang berikutan kita menghadapi perubahan transformasi dan peningkatan permintaan untuk tenaga kerja mahir," katanya.
Selain itu, katanya Malaysia telah mengalami masalah penghijrahan tenaga mahir sejak beberapa tahun ini berikutan ramai rakyat Malaysia telah berhijrah ke luar negara untuk mencari pekerjaan yang lebih baik.
Malaysia telah berusaha keras untuk membawa pulang diaspora ini melalui pelbagai inisiatif, kata Soh, sambil menambah justeru, Malaysia perlu meneruskan program mampan dan melaksanakan semua yang perlu untuk memastikan industri tidak menghadapi kekurangan pekerja mahir.
"Negara perlu lebih prihatin dengan isu penghijrahan tenaga mahir dan memikirkan mengenai membawa pulang pendapatan dari luar negara melalui program pertukaran.
"Mendapat peluang peningkatan kemahiran di negara maju boleh menjadi sesuatu yang boleh dipertimbangkan oleh majikan Malaysia selepas atau sebagai sebahagian daripada latihan semasa bekerja.
"Daripada menghantar pekerja mahir, Malaysia perlu mempertimbangkan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat di Malaysia untuk program perantisan formal dan peningkatan kemahiran yang akan dijalankan oleh syarikat induk global.
"Ini akan membantu mengurangkan kekurangan kemahiran yang dihadapi oleh industri kita," katanya.
Dengan keadaan pekerjaan semasa iaitu nisbah 80:20 untuk pekerja tempatan kepada pekerja asing yang dikenakan oleh kerajaan, Soh berkata MoC akan menjejaskan keupayaan industri Malaysia untuk mendapatkan tenaga kerja mahir.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022
Menurut Tan Sri Soh Thian Lai, Malaysia kini menghadapi kekurangan tenaga kerja yang kritikal, terutamanya pekerja mahir, yang menjejaskan pemulihan ekonomi negara. - Gambar fail/Bernama
Azlan Man tempah percutian keluarga ke London RM687,785.40 menerusi k'jaan negeri- Saksi
Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man pernah membuat tempahan percutian keluarga ke London, United Kingdom dengan kos berjumlah lebih RM687,000 menerusi kerajaan negeri Perlis.
Pembantu Akaun Sri Kedawang Travel Tours (W) Sdn Bhd, Fazilah Jelani, berkata Azlan membuat tempahan tiket penerbangan, hotel penginapan dan pengangkutan yang diuruskan oleh syarikat pelancongan itu pada 2013, 2014 dan 2015.
Pembantu Akaun Sri Kedawang Travel Tours (W) Sdn Bhd, Fazilah Jelani, berkata Azlan membuat tempahan tiket penerbangan, hotel penginapan dan pengangkutan yang diuruskan oleh syarikat pelancongan itu pada 2013, 2014 dan 2015.
Sindiket ejen haram tawar perkhidmatan imigresen online tumpas
Jabatan Imigrisen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket ejen haram yang menawarkan perkhidmatan imigresen melalui media sosial yang beroperasi selama sebulan, berikutan penahanan lapan individu dalam satu operasi khas pada 15 Ogos lalu.
Wanita nyaris maut, rumah dirempuh lori kontena
Seorang wanita nyaris maut selepas rumahnya di Taman Desa Bayan Emas, Bukit Kayu Hitam, Kedah dirempuh sebuah lori kontena pada Isnin.
Mayat dua wanita ditemui dalam longkang
Mayat dua wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar pada lewat petang Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Isu 3R: AMK buat laporan polis terhadap Muhyiddin
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, bersama-sama AMK Pahang.
Muhyiddin wajar mohon maaf, pulih keraguan dicetuskan terhadap Agong - Pemuda UMNO
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar menyatakan permohonan maaf secara rasmi dan terbuka bagi memulihkan kesangsian serta keraguan yang telah dicetuskan terhadap institusi
Tumpuan Selasa – 20 Ogos 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Wanita minta Mahkamah Persekutuan semak semula keputusan status agamanya
Seorang wanita berusia 37 tahun telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk membatalkan keputusan sebelum ini yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
Kerajaan perlu libatkan semua lapisan masyarakat tangani isu kekurangan tenaga kerja mahir - Pakar
Kurangnya penglibatan golongan muda dalam mengisi tenaga kerja mahir adalah salah satu kelompangan yang perlu dilihat secara serius.
Gaji progresif perlu seiring gaji minimum, pelengkap sistem gaji di Malaysia - Pakar
Isu utama berkaitan gaji di Malaysia adalah majikan cenderung untuk menggunakan gaji minimum sahaja untuk menetapkan gaji pekerja.
Komunikasi antara pemain industri jamin tenaga kerja masa depan - MEF
Usaha meningkatkan kemahiran pekerja yang dilengkapi dengan pengetahuan dan kecekapan bagi menghadapi gelombang teknologi yang semakin pesat memerlukan rangka strategi dan komunikasi yang jelas.
Kerajaan sasar lahir 100,000 pekerja mahir menerusi akademi
Perkara itu diputuskan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) setelah berbincang dengan pemain industri.
Belanjawan 2023: Majikan wajar tawar gaji setimpal, elak pekerja 'berhijrah' - Sivakumar
Majikan perlu menawarkan gaji yang setimpal dengan kemahiran serta pendidikan graduan berkemahiran tinggi bagi mengelakkan bakat tempatan berhijrah ke luar negara.
FMM nyatakan kebimbangan mengenai pelan kerajaan hantar pekerja mahir Malaysia ke Jepun
Malaysia kini menghadapi kekurangan tenaga kerja yang kritikal, terutamanya pekerja mahir, yang menjejaskan pemulihan ekonomi negara.
Jawatankuasa bersama diwujudkan laksana MoC penghantaran pekerja mahir Malaysia ke Jepun
Satu jawatankuasa bersama akan diwujudkan untuk melaksanakan Memorandum Kerjasama (MoC) bagi penghantaran pekerja mahir Malaysia untuk bekerja di Jepun.
Malaysia, Jepun bakal muktamad MoC penghantaran pekerja mahir - Saravanan
Memorandum Kerjasama (MoC) berhubung penghantaran pekerja mahir Malaysia dan sektor tertentu untuk bekerja di Jepun akan dimuktamadkan oleh kedua-dua negara.
Jerman perlu 260,000 pendatang baharu setiap tahun untuk penuhi keperluan tenaga kerja
Daripada jumlah itu, kira-kira 146,000 orang akan berhijrah dari negara-negara di luar Kesatuan Eropah, menurut laporan kajian tersebut.