PUTRAJAYA: Satu jawatankuasa bersama akan diwujudkan untuk melaksanakan Memorandum Kerjasama (MoC) bagi penghantaran pekerja mahir Malaysia untuk bekerja di Jepun, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
MoC itu telah dimuktamadkan Saravanan dengan Menteri Kehakiman Jepun Yoshihisa Furukawa pada Khamis (26 Mei) dan pertukaran dokumen MoC telah disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida semalam.
Saravanan dalam kenyataan hari ini berkata Kementerian Sumber Manusia akan menerajui jawatankuasa bersama yang diwujudkan itu bagi pihak Malaysia.
"MoC ini akan bertindak sebagai satu platform terbaik bagi pekerja mahir Malaysia yang berkelayakan untuk bekerja dalam ekosistem pekerjaan berteraskan teknologi maju di Jepun," katanya.
Melalui pendedahan dan pengalaman yang diperoleh, beliau berkata pekerja Malaysia berpeluang meneroka pelbagai cabang teknologi yang menjadi nadi utama kemajuan sektor industri di Jepun.
"(Pekerja Malaysia) seterusnya berupaya membawa pulang kemahiran yang dipelajari serta budaya kerja masyarakat Jepun ke Malaysia selepas tamat tempoh pekerjaan mereka di sana," katanya.
Beliau berkata Jepun dikenal pasti sebagai sebuah negara yang menawarkan kadar upah tinggi kepada pekerja berkemahiran.
"Oleh itu, pekerja mahir Malaysia yang menyertai program ini berupaya menjana pendapatan yang lebih tinggi sekali gus meningkatkan tahap sosioekonomi mereka.
"Malah, pengalaman kerja di Jepun juga mampu meningkatkan kebolehpasaran guna tenaga Malaysia," katanya.
Menurut Saravanan, pemeteraian MoC itu juga akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sumber bagi membekalkan pekerja berkemahiran ke negara-negara maju.
"Bagaimanapun, pekerja-pekerja berkemahiran tempatan hanya akan bekerja di Jepun untuk tempoh masa tertentu sebelum mereka kembali ke Malaysia dengan kemahiran serta pengalaman yang diperoleh untuk menyumbang kepada pembangunan negara kelak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 28 2022
![Jawatankuasa bersama diwujudkan laksana MoC penghantaran pekerja mahir Malaysia ke Jepun Jawatankuasa bersama diwujudkan laksana MoC penghantaran pekerja mahir Malaysia ke Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653713382_TBISMAILSABRI.jpg)
Majlis pertukaran dokumen MoC telah disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida semalam. - Foto BERNAMA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![MoC antara Jepun-Malaysia lengkapkan pekerja dengan kemahiran untuk kembali ke pasaran - Duta MoC antara Jepun-Malaysia lengkapkan pekerja dengan kemahiran untuk kembali ke pasaran - Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81656415969_TakahashiKatsuhiko.jpg)
MoC antara Jepun-Malaysia lengkapkan pekerja dengan kemahiran untuk kembali ke pasaran - Duta
MoC itu tidak bermakna Jepun mengambil tenaga kerja dari Malaysia.
![Jawatankuasa bersama diwujudkan laksana MoC penghantaran pekerja mahir Malaysia ke Jepun Jawatankuasa bersama diwujudkan laksana MoC penghantaran pekerja mahir Malaysia ke Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653713382_TBISMAILSABRI.jpg)
Jawatankuasa bersama diwujudkan laksana MoC penghantaran pekerja mahir Malaysia ke Jepun
Satu jawatankuasa bersama akan diwujudkan untuk melaksanakan Memorandum Kerjasama (MoC) bagi penghantaran pekerja mahir Malaysia untuk bekerja di Jepun.
![Malaysia, Jepun bakal muktamad MoC penghantaran pekerja mahir - Saravanan Malaysia, Jepun bakal muktamad MoC penghantaran pekerja mahir - Saravanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650461081_TBSARAVANAN.jpg)
Malaysia, Jepun bakal muktamad MoC penghantaran pekerja mahir - Saravanan
Memorandum Kerjasama (MoC) berhubung penghantaran pekerja mahir Malaysia dan sektor tertentu untuk bekerja di Jepun akan dimuktamadkan oleh kedua-dua negara.
![Malaysia, Jepun tandatangani MoC tingkatkan kerjasama bidang maklumat dan komunikasi Malaysia, Jepun tandatangani MoC tingkatkan kerjasama bidang maklumat dan komunikasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/61484646465_JepunMalaysia.jpg)
Malaysia, Jepun tandatangani MoC tingkatkan kerjasama bidang maklumat dan komunikasi
Malaysia dan Jepun bersetuju meningkatkan kerjasama dalam bidang maklumat dan komunikasi, terutama berkaitan penyiaran dan keselamatan siber.