KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melibatkan semua lapisan masyarakat dalam menangani isu kekurangan tenaga kerja mahir di negara ini.
Menurut seorang pensyarah Universiti Malaya (UM), Dr Elya Nabila Abdul Bahri, kurangnya penglibatan golongan muda dalam mengisi tenaga kerja mahir itu adalah kelompangan yang perlu dilihat secara serius.
"Kerajaan punyai banyak perancangan dan dasar, tetapi tak selari dengan golongan muda. Kalau kita lihat pelaburan langsung asing, sangat cantik. Tetapi (dari segi) pelaksanaannya, banyak golongan tidak bersedia, mengejar dan selari.
"Saya kira, ini perlukan satu integrasi, duduk bersama dengan banyak golongan supaya mereka dapat lihat apa peranan mereka," katanya.
Tambah Elya Nabila lagi, masyarakat perlu diterapkan dengan peranan agar memudahkan polisi yang ingin dilaksanakan kerajaan.
"Kerajaan perlu menerapkan apakah peranan masyarakat kepada negara untuk melaksanakan polisi ini," jelas beliau yang merupakan pensyarah kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, UM.
Sementara itu, bagi Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Effendy Mohd Ghani, kekurangan tenaga mahir di negara ini adalah disebabkan kurangnya bantuan kepada majikan kecil.
Ujarnya, majikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mempunyai kesukaran dari sudut modal sekiranya ingin menambah baik kemahiran pekerja mereka.
"Sebab, hari ini kita lihat, apabila kerajaan umum gig ekonomi (boleh bekerja) seawal 18 tahun, golongan muda tidak mahu belajar sebab mereka hendak duit (pendapatan) yang cepat.
"Itu adalah kerja, bukan kerjaya, ini (hal) teknikal. Kita kena lihat bagaimana kerajaan perlu rangkum, (contoh) tentang kereta elektrik (EV), kita sudah ada banyak, (tetapi) adakah kita sudah bersedia apabila masuk kereta-kereta EV ke negara kita?" soalnya.
Tambah Mohd Effendy, meskipun Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) diperkasakan kerajaan, namun bantuan kursus bagi meningkatkan kemahiran pekerja, terutama terhadap majikan PKS, perlu disebarluaskan.
"TVET sudah menonjol. Timbalan Perdana Menteri telah menggerakkannya juga.
"(Tetapi) Majikan juga satu isu. Bagi majikan kecil, untuk menghantar (pekerja hadir) kursus, masalah juga dari segi kos.
"Ini kerajaan kena tengok, bagaimana hendak membantu PKS ini," katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Dialog Poket Rakyat Astro AWANI pada Jumaat.
Fareez Azman
Sat Sep 16 2023

Elya Nabila berpendapat, kerajaan perlu menerapkan apakah peranan masyarakat kepada negara untuk melaksanakan polisi yang ingin dilaksanakan. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PADU: Yakinkan pengguna, data selamat dan tidak diseleweng - Presiden CAKE
Kerajaan perlu meyakinkan pengguna mengenai keselamatan data yang dikongsikan melalui sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk tingkatkan kadar pendaftaran.

PADU: Fikirkan nasib penduduk pedalaman Sabah, sukar mendaftar - Penganalisis
Kerajaan perlu memudahcara penduduk di pedalaman Sabah untuk mendaftar ke dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Perkenalkan silibus TVET lebih fleksibel, singkat - Pensyarah Kanan UPSI
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) perlu memperkenalkan silibus pensijilan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang lebih fleksibel.

Kerajaan perlu libatkan semua lapisan masyarakat tangani isu kekurangan tenaga kerja mahir - Pakar
Kurangnya penglibatan golongan muda dalam mengisi tenaga kerja mahir adalah salah satu kelompangan yang perlu dilihat secara serius.

Murid miskin perlu kepada kaedah pembelajaran tersendiri - CEO Arba Foundation
Murid miskin berdepan cabaran unik seperti tekanan kronik dan kurang nutrisi yang menghalang mereka bersaing secara sihat.

Perbaiki kembali model FELDA dalam usaha basmi kemiskinan - Pakar ekonomi
Kerajaan perlu memperbaiki kembali model FELDA sebagai langkah untuk membasmi kemiskinan tegar di Malaysia.

Subsidi tidak memulihkan ekonomi, sekadar pastikan kumpulan rentan terbela - FOMCA
Subsidi bukan bertujuan untuk memulihkan ekonomi sebaliknya untuk memastikan golongan rentan dapat menikmati kualiti hidup minima.

Peningkatan kos adalah semula jadi, tumpu tingkatkan gaji - Pakar Ekonomi
Peningkatan kos dalam sektor komersial dan isi rumah adalah suatu yang semulajadi bagi negara yang menuju kearah taraf negara maju.

Program literasi kewangan AKPK perlu mesra pengguna internet - BowerGroupAsia
Strategi tersebut mampu mendekati lebih ramai anak muda yang merupakan golongan majoriti diisytiharkan bankrap di Malaysia.

Payung Rahmah seimbangkan kuasa beli, wujudkan lebih banyak pilihan - Salahuddin
Salahuddin berkata, realitinya pengguna di Malaysia akan tetap berbelanja mengikut kemampuan dan keinginan masing-masing.