KUALA LUMPUR: Inisiatif Payung Rahmah yang diperkenalkan tidak akan menjejaskan pasaran ekonomi terbuka dalam negara sehingga menyebabkan ada yang terpaksa gulung tikar.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, realitinya, pengguna di Malaysia akan tetap berbelanja mengikut kemampuan dan keinginan masing-masing sama ada secara 'rahmah' atau bertaraf 'lima bintang'.
“Ekonominya begini, setiap segmen masyarakat ada pasaran dan kedainya. Tetapi pasaran itu kita rahmahkan, tidak ada paksaan.
"Sambut hari lahir di hotel lima bintang, ada pasaran. Masing-masing ada kongsi dalam pasaran, tanpa jejaskan yang lain.
“Saya tidak terusik dengan sentuhan bahawa, apabila buat rahmah, menyebabkan orang lain akan gulung tikar. Tidak akan berlaku.
"Kerana, masing-masing ada pendapatan belanja hangus yang sudah dikira untuk keluarga,” katanya dalam program Dialog Poket Rakyat terbitan Astro AWANI.
Salahuddin menjelaskan, konsep rahmah yang diperkenalkan adalah untuk memberi nilai tambah kepada perbelanjaan isi rumah.
Inisiatif itu, katanya, diharap bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan, malah mampu memberi peluang kepada keluarga terlibat mendapatkan produk dan perkhidmatan lain untuk keselesaan.
“Dengan konsep rahmah, dulu RM500 bajet raya dia boleh beli dua helai (persalinan raya), sekarang boleh beli empat atau lima helai. Ini nilai tambah yang boleh kita kongsi dengan inisiatif Payung Rahmah itu,” jelasnya lagi.
Salahuddin berbangga usaha kerajaan menangani kos sara hidup rakyat mendapat sambutan pelbagai pihak dan diterima baik.
Namun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) katanya, tidak angkuh untuk mengakui bahawa apa yang dilaksanakan belum menyelesaikan masalah kos sara hidup yang dibangkitkan.
Pun begitu, sekurang-kurangnya usaha kerajaan yang telah dilaksanakan berjaya meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat terbawah.
BACA: #SuaraMalaysia: 69 peratus sedia terima pelaksanaan subsidi bersasar
Sementara itu, ditanya mengenai bentuk pelaksanaan Pasar Raya Rahmah, beliau berkata ia tidak sama dengan model yang dijalankan oleh pentadbiran terdahulu.
“Kedai 1Malaysia ialah kerajaan yang mewujudkan dan membangunkan kedai itu. Tujuannya bagus tapi gagal.
“Ini yang dibezakan. Pasar Raya Rahmah ini, kerajaan hanya menjadi mediator. Yang memainkan peranan ialah hypermarket. Kerajaan tidak terlibat, hanya sekadar memudahcara.” katanya lagi.
Irfan Faruqi
Fri Mar 24 2023

Salahuddin berkata KPDN tidak angkuh untuk mengakui apa yang dilaksanakan menerusi inisiatif rahmah belum menyelesaikan masalah kos sara hidup yang dibangkitkan. - Gambar fail BERNAMA
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU
KPDN bersama Kementerian Perdagangan Turkiye, bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang akan memantau aspek pelaksanaan MoU yang dimeterai kedua-dua pihak.

Subsidi bersasar diesel : KPDN, PDCK pertingkat langkah elak ketirisan di sempadan
KPDN Kelantan dan Persatuan Pakatan Dealer-dealer Caltex Kelantan akan bekerjasama membanteras ketirisan subsidi di sempadan Malaysia-Thailand.

Kerajaan belum tetap tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel - Armizan
Kerajaan belum menetapkan tarikh sebenar pelaksanaan penyasaran subsidi diesel meskipun secara prinsipnya ia akan dilaksanakan pada tahun ini.

Polis tumpas sindiket penyeludupan diesel bernilai RM15.2 juta, 12 lelaki ditahan
Polis manahan 12 individu termasuk dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dengan nilai rampasan lebih RM15.2 juta.

Harga runcit minyak masak sawit tulen dalam botol kekal - KPDN
Harga minyak masak botol bagi satu kg kekal pada harga RM6.90, 2kg pada RM13.30, 3kg (RM19.60) dan 5kg (RM30.90) berkuat kuasa hari ini.

KPDN anjur Simposium Kos Sara Hidup 2023 dari 28-29 Nov
Simposium anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu diadakan secara berskala besar selepas kali pertama ia diadakan pada 2021.

Kekosongan jawatan Menteri KPDN: Amanah serah kepada PM
Meskipun berharap jawatan itu diberi kepada pemimpin atau ahli Amanah, namun beliau berkata, Perdana Menteri lebih berhak menentukannya.

Syor masukkan beras tempatan Sabah dalam senarai kawalan harga - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah mensyorkan supaya beras tempatan di Sabah dimasukkan dalam senarai barang kawalan harga.

Cadangan penambahbaikan Payung Rahmah, biarlah kementerian buat kajian menyeluruh - Salahuddin
KPDN perlu diberi ruang untuk membuat kajian menyeluruh mengenai inisiatif Payung Rahmah sebelum mengambil kira cadangan-cadangan yang dibuat pihak tertentu.

Payung Rahmah seimbangkan kuasa beli, wujudkan lebih banyak pilihan - Salahuddin
Salahuddin berkata, realitinya pengguna di Malaysia akan tetap berbelanja mengikut kemampuan dan keinginan masing-masing.