PAPAR: Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata pihaknya telah mensyorkan supaya beras tempatan di Sabah dimasukkan dalam senarai barang kawalan harga bagi membantu rakyat di Negeri di Bawah Bayu itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) itu berkata pihaknya telah mengemukakan mengenai perkara itu kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bagi merealisasi hasrat itu.
"Disyorkan KPKM (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan) mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Sabah untuk meneliti kesesuaian dan mempertimbangkan pindaan dibuat kepada perintah sedia ada bagi membolehkan harga beras tempatan di Sabah dimasukkan dalam senarai kawalan harga.
"Pindaan kepada perintah ini boleh disusuli dengan pertimbangan membawa bekalan beras putih tempatan dari Semenanjung ke Sabah untuk membolehkan rakyat di Sabah juga memanfaatkan alternatif harga beras yang lebih rendah melalui beras putih tempatan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan ke Program Jualan Rahmah Kampung Kawang di Perkarangan Masjid Nurul Iman, Kampung Kawang di sini hari ini.
Menjelaskan situasi itu, Armizan berkata kawalan harga beras tempatan terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan melalui Kawal Selia Padi dan Beras, KPKM.
Beliau berkata punca kuasa perkara itu merujuk kepada Akta Kawalselia Padi dan Beras (Akta 522) 1994, Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga) (Pindaan) (No.5) 2008, bagaimanapun beras tempatan Sabah tidak termasuk dalam senarai dikawal harga.
Katanya ini kerana pihaknya difahamkan industri beras tempatan di Sabah sedikit berbeza dengan Semenanjung sebagai contoh kapasiti saiz kilang padi, daya kecekapan dan daya saing antara pengilang-pengilang di Sabah adalah lebih rendah berbanding Semenanjung.
"Tahap infrastruktur berbeza ditambah cabaran musim banjir juga memberi kesan kepada kualiti pengeluaran padi. Kaedah agihan subsidi juga berlainan sebagai contoh benih padi di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Atas sebab itu, harga beras tempatan di Sabah tidak termasuk dalam perintah pengawalan.
"Selain mengambil kira kadar penghasilan padi rendah lima peratus serta kos pengeluaran padi yang tinggi, harga jualan beras tempatan Sabah adalah lebih tinggi dan tidak dikawal harganya. Ini bertujuan untuk menyokong industri beras tempatan Sabah terus kekal mampan dan berdaya saing," katanya.
Sementara itu, Armizan berkata pihaknya sedang berusaha untuk mengadakan Jualan Rahmah sebanyak dua kali sebulan di lebih 600 Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara bagi membantu rakyat yang terkesan dengan kenaikkan harga barang keperluan.
"Inisiatif ini susulan peruntukan tambahan RM50 juta untuk memperluaskan Jualan Rahmah seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Julai lalu, bagi menawarkan barang keperluan dengan harga sehingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran setempat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023

Armizan menunjukkan harga barang jualan Rahmah pada Program Jualan Rahmah Kampung Kawang di Perkarangan Masjid Nurul Iman, Kampung Kawang, Papar hari ini, - Foto Bernama

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Syor masukkan beras tempatan Sabah dalam senarai kawalan harga - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah mensyorkan supaya beras tempatan di Sabah dimasukkan dalam senarai barang kawalan harga.