PASIR GUDANG: Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) ke-25 yang diadakan di Bukit Layang-Layang di sini, mulai Rabu lepas hingga hari ini dapat membantu menjana kemakmuran ekonomi setempat.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, festival memasuki usia Jubli Perak itu telah menarik kira-kira 300,000 pengunjung dengan penyertaan pelayang dari 40 negara termasuk empat penyertaan baharu melibatkan Isle Of Man, Ireland Utara, Republik Czech dan Tahiti.
Beliau berkata festival dengan kerjasama strategik Majlis Pelayang Malaysia (MPM), Persatuan Pelayang Johor, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Tourism Johor, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor serta Persatuan Pelancongan Pasir Gudang itu turut mengharumkan nama Johor ke seluruh pelosok dunia.
"Ia tidak hanya menjadi acara pelancongan yang begitu signifikan di negeri ini khususnya dan negara amnya, FLLSPG ini diharap dapat memainkan peranan tersendiri dalam menjana kemakmuran ekonomi setempat.
"Saya dimaklumkan, selain daripada peserta berdaftar, jumlah peminat yang turut sama bermain layang-layang sepanjang festival ini berlangsung turut dijangka mencapai angka ribuan orang," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian FLLSPG ke-25 di sini malam tadi.
Turut hadir Presiden MPM, Datuk A. Rahim Nin dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani.
Sementara itu, A. Rahim berkata, festival bertemakan 'Layangkasa Dinamik' yang disertai 700 peserta kebangsaan dan 109 pelayang antarabangsa itu turut memberi kesan limpahan ekonomi kepada lebih 350 pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) dengan nilai jualan lebih RM23,000.
Menurut beliau, festival yang sebelum ini terpaksa ditunda selama tiga tahun berikutan pandemik COVID-19 telah menarik pelancong tempatan dan luar negara untuk menyaksikan pertunjukan layang-layang sekali gus merangsang ekonomi di kawasan terlibat.
"Terdapat 40 negara menyertai festival ini dan mereka (peserta) bukan datang secara individu tetapi bersama rakan-rakan. Saya turut difahamkan inap desa dan hotel di sekitar Pasir Gudang mendapat tempahan penuh, semua ini adalah kesan daripada penganjuran FLLSPG," katanya.
Beliau berkata, pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena festival itu terutama acara menaikkan 25 wau tradisional Malaysia oleh peserta antarabangsa yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records.
Kali terakhir FLLSPG diadakan adalah pada Februari 2019 manakala FLLSPG ke-25 yang dijadual berlangsung pada Februari 2020 sebelum ini terpaksa dibatalkan berikutan kebimbangan terhadap penularan COVID-19.
- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) ke-25 yang diadakan di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang, Johor mulai Rabu lepas hingga hari ini dapat membantu menjana kemakmuran ekonomi setempat. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang jana ekonomi setempat - MB Johor
Festival itu menarik 300,000 pengunjung dengan penyertaan pelayang dari 40 negara.

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang mulai 22 Feb ini
Isle Of Man, Ireland Utara, Republik Czech dan Tahiti merupakan antara peserta baharu dari 40 negara yang akan menyertainya.

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang dijadual Februari 2023
Program membabitkan penyertaan 25 negara itu dijangka menarik lebih 300,000 pengunjung.

Festival Layang-Layang Sedunia ke 18 dirasmikan
Festival kali ke-18 itu buat pertama kalinya memperkenalkan pertandingan layang-layang peringkat sekolah Asean.