PASIR GUDANG: Selepas tiga tahun ditunda berikutan pandemik COVID-19, Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) ke-25 akan diadakan di Bukit Layang-Layang di sini mulai 22 hingga 26 Feb ini.
Presiden Majlis Pelayang Malaysia (MPM), Datuk A. Rahim Nin berkata, festival kali ini bakal disertai 110 peserta dari 40 negara termasuk empat penyertaan baharu melibatkan Isle Of Man, Ireland Utara, Republik Czech dan Tahiti.
Beliau berkata festival memasuki usia Jubli Perak itu bertemakan Layangkasa Dinamik, dijadual dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada 25 Feb, dengan jangkaan kira-kira 350,000 pengunjung.
"Pelbagai acara menarik akan diadakan termasuk menaikkan 25 wau tradisional Malaysia secara serentak oleh 25 peserta antarabangsa dengan memakai busana tradisional negara bagi pengiktirafan Malaysia Book Of Records," katanya pada sidang media Prapelancaran FLLSPG ke-25, di sini, semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri, K. Raven Kumar.
Antara Wau tradisional yang akan dinaikkan ialah Wau Merak, Wau Bulan, Wau Puyoh, Wau Kucing, Wau Helang, Wau Jalabudi, Wau Pungguk, Wau Kangkang, Wau Seri Bulan, Wau Helang Sapir dan Wau Kapal.
A. Rahim berkata, selain pertunjukan layang-layang peserta antarabangsa dan tempatan, terdapat juga pameran wau dan layang-layang, persembahan kesenian dan kebudayaan pada setiap malam dengan lebih 320 gerai jualan dan pameran.
Katanya, perkhidmatan bas perantara secara percuma turut disediakan buat pengunjung dengan orang ramai boleh meletakkan kenderaan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.
Menurut beliau, pihaknya turut menitikberatkan keselamatan pengunjung dengan membuat penghadang di kawasan menaikkan wau dan layang-layang peserta bagi mengelakkan berlaku pencerobohan.
Tambahnya festival yang dianjurkan bersama MBPG, MPM, Persatuan Pelayang, Tourism Johor, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor serta Persatuan Pelancongan Pasir Gudang itu turut mendapat tajaan daripada pelbagai pihak.
Untuk rekod, kali terakhir FLLSPG diadakan ialah pada Februari 2019 yang menyaksikan penyertaan 45 negara termasuk Colombia, Bulgaria, Hungary dan Venezuela.
Bagaimanapun, FLLSPG ke-25 yang dijadual berlangsung pada Februari 2020 dibatalkan berikutan kebimbangan terhadap penularan COVID-19. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023

K. Raven Kumar (tiga, kanan) menerima cenderahati Wau Merak daripadaA. Rahim Nin (dua, kanan) pada Majlis Pra-Pelancaran Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) ke-25, di Pasir Gudang, semalam. - Gambar BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang jana ekonomi setempat - MB Johor
Festival itu menarik 300,000 pengunjung dengan penyertaan pelayang dari 40 negara.

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang mulai 22 Feb ini
Isle Of Man, Ireland Utara, Republik Czech dan Tahiti merupakan antara peserta baharu dari 40 negara yang akan menyertainya.

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang dijadual Februari 2023
Program membabitkan penyertaan 25 negara itu dijangka menarik lebih 300,000 pengunjung.

Festival Layang-Layang Sedunia ke 18 dirasmikan
Festival kali ke-18 itu buat pertama kalinya memperkenalkan pertandingan layang-layang peringkat sekolah Asean.