MENGAPA filem pendek jadi antara program perdana (flagship) Festival Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia (KLWBC) 2020?
Malah, Sekretariat Acara menyediakan dana bagi geran pembikinan filem serta hadiah wang tunai bagi pelbagai anugerah menjelang Festival Filem KLWBC 2020 Oktober nanti.
Selain itu, Sekretariat Acara turut menjadualkan penganjuran sesi tontonan terbuka semua filem pendek yang menyertai festival ini.
Acara 100 minit untuk 10 filem ini akan ditayangkan sepanjang Minggu Filem KLWBC 2020 di Panggung Drama DBKL mulai 7 hingga 13 Oktober.
Kemuncaknya ialah Malam Anugerah Festival Filem KLWBC 2020 pada 17 Oktober di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Ini apresiasi dan penghormatan pada pembikin filem pendek generasi baharu. KLWBC 2020 melihat koloni kreatif ini sebagai aset strategik industri perbukuan masa depan.
Festival ini juga petanda wujudnya harapan menggunung pada generasi perfileman muda yang pro karya sastera dalam kerja kesinemaan mereka.
Acara flagship ini juga penting dalam proses menyuburkan migrasi karya sastera ke filem.
Kalau kita ingin menuai hasil, mulakan dengan usaha menyemai benih. Benih pula tidak akan subur dan berbuah kalau ladangnya tidak dilaras secara sistematis.
Ladang yang baik tentunya tempat baka disemai dan dipelihara hingga membesar, berkembang subur dan boleh dituai pada masa depan.
Bagi kalendar KLWBC 2020, usaha memindahkan karya sastera ke layar sinema diletakkan dalam empat kluster utama bagi pendanaan korporat.
Festival filem menjadi kluster kedua yang dibentangkan kepada 60 pelabur korporat pada sesi mendapatkan rakan strategik KLWBC 2020 pada sesi tertutup 17 Februari lalu.
Hampir 40 GLC dan syarikat senaraian awam mewakilkan pembuat dasar CSR yang mewakili.
Kepimpinan kanan korporat diberikan penjelasan detils mengenai pentingnya kluster novel ke filem diberikan sokongan.
Langkah ini bagi membuka ruang baharu untuk pelaburan pengendali Dana CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat), A&P (Advertorial dan Promosi dan OOH (Out of Home) melihat filem sebagai destinasi penjenamaan dan produk agenda sosial.
Selain Festival Filem KLWBC 2020, tiga lagi kluster utama ialah meraih dana CSR bagi Projek 100 Buku Emas menjelang 100 tahun novel moden Malaysia pada 2025.
Sayembara menulis novel dan puisi KLWBC 2020. Serta Tokoh Korporat dan Rakyat Membaca.
Empat kluster ini bagi menghasilkan "blue print" khas, sekaligus usaha membina ekosistem penyumberan dana komersil secara teratus.
Ini menjadikan industri buku menuju jalan dana mandiri tanpa bergantung pada subsidi token atau "bailout" kerajaan.
Tanpa strategi baharu, Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2021-2030 yang akan bermula tahun depan, bakal bermula dan berlalu tanpa mampu menyumbang kepada sebarang perubahan.
Empat kluster flagship KLWBC 2020 dijadikan makmal "blue print" bagi membantu penyediaan model kerja yang lebih strategik kepada pelaksanaan DMK 2021-2030.
Ingat! Industri buku di zon kritikal
Industri buku dijangka akan terus menyuram pada lima tanun mendatang sekiranya pelan pembangunan tidak dirancang.
Pada anggaran pertumbuhan ekonomi negara berkembang pada paras statik antara 4 hingga 5 peratus, arus pasaran akan kekal menyenget.
Industri buku akan terus mengalami kemerosotan daya beli dan kecelaruan identiri.
Sama ada kekal di pasaran fizikal yang berkos tinggi serta kekurangan daya beli, atau menyertai platfrom digital yang tidak menampakkan demand menguntungkan.
Persekitaran kemerosotan jualan dan kecelaruan migrasi akan terus menghantui pemain industri sama seperti lima tahun kebelakangan ini.
Selain, projek 100 Buku Emas, Projek Runut Bunyi Popular (OST) muzikal turut menjadi kluster utama.
Karya sastera juga ditawarkan sebagai aset migrasi bagi mengisi demand perkembangan dunia muzik yang dijangka meledak berikutan bangkitkan pasaran muat turun 5G.
Era penstriman 5G yang bakal memulakan langkahnya pada September tahun ini dijangka mencetuskan demand muzikal audio visual yang agresif selepas 24 bulan berada di pasaran.
Karya sastera dalam audio visual muzikal wajar diterokai secara komersil dengan jangkaan munculnya pelbagai platform langganan baharu yang lebih kompetitif.
Amir "The Big Brother" dan koloni pembikin filem pendek
Amir Muhammad dan Kuman Film dilantik sebagai penyeleras Festival Filem KLWBC 2020.
Sekretariat Acara tidak mahu menguasai atau mendoktrinkan koloni anak muda pembikin filem dengan sebarang campur tangan kreatif dan kawalan syarat yang tidak relevan.
Amir sangat memahami senario industri. Sebagai "abang besar", pengarah dan penerbit filem, Amir lebih faham apa yang wajar dilakukan dalam membina kolaborasi ini.
Campurtangan yang tidak cerdik oleh pihak yang "tidak berada dalam scene sebenar" perkembangan filem pendek hanya akan merosakkan keadaan.
Wang dan dana pembikinan bukan bererti pemodal berkuasa menentukan apa saja. Budaya sihat ialah menyediakan ruang kreatif yang matang.
Wang dalam konteks ini, ertinya - pemodal mahukan karya bermutu melalui proses menghormati idea kreatif anak muda.
Zaman menjajah minda dan jiwa anak muda melalui peruntukkan wang (model kapitalis) sudah berlalu.
Sekarang zaman anak muda dihargai; dibantu supaya minda dan jiwa kreatif mereka berkembang dan memberikan manfaat pada masa depan industri buku.
Koloni pembikin filem dan komposer industri runut bunyi mampu mencipta empayar ke arah peluasan penyebaran idea kreatif dan pemikiran sosial dalam teks sastera.
"Kami akan memulakan sesi promosi dan pitching secepat mungkin. Pengarah berbakat sudah dikenal pasti," kata Amir.
Malah, kata Amir - kaedah pembiayaan dan syarat asas untuk penyertaan Festival Filem KLWBC 2020 sudah disediakan.
Sekretariat acara tidak menyentuh apa-apa. Amir bebas mengendalikan acara ini mengikut acuan dan kemahuan yang dirasakan perlu.
Sebagai "abang besar", Amir pasti lebih peka pada kemahuan koloni muda ini.
Novel ke filem sudah lama jadi industri
Apabila filem Gone With The Wind (GWTW) dihasilkan pada 1939, ia menjadi titik penting mengenai potensi luar biasa yang mampu dicapai oleh filem hasil karya saster.
Novel GWTW karya Margaret Mitchell dicetak pada 1936. Roman luar biasa novel ini menyebabkan David O dipengaruhi impian menjadikannya sebuah filem.
Tiga tahun selepas meletup sebagai karya sastera, Selznick of Selznick Imternational Filem bertindak pantas memulakan kerja-kerja produksi.
Novel hebat ini diangkat ke leyar lebar Hollywood oleh pengarah Victor Fleming.
Akhirnya, GWTW menjadi filem klasik yang hidup sepanjang zaman.
Lapan dekad selepas ditayangkan, Clark Gable dan Vivien Leigh dikenang sebagai antara hero dan heroin lagenda bagi filem cinta.
Siapa dapat melupakan betapa romantiknya cinta Rhett dan Scarlett. Malah, kita takkan lupa pada watak Ashley (Leslie Howard) dan Melanie (Olivia de Havilland.
Di Malaysia, pencinta filem tahap pecandu layar lebar juga takkan melupakan filem Ranjau Sepanjang Jalan (RSJ).
Novel Sasterawan Negara Shahnon Ahmad terbitan tahun 1966 ini menjadi tanda aras luar biasa sejarah filem Melayu dekad 80-an.
Penerbit Abas Bandung menjadikan RSJ novel agung. Namun, pengarah Jamil Sulong menghidupkan teks Shahnon di pawagam pada 1983.
Ini filem airmata lakonan Sarimah Ahmad dan Ahmad Mahmood.
RSJ menjadi tanda aras karya sastera dalam lensa filem. Lahuma dan Jeha kekal menjadi watak yang sukar dilupakan oleh penonton filem ini.
Pecandu filem Melayu dekad 80-an akan mengenang filem ini setara dengan pecandu filem Hollywood era 70-an mengagumi The Godfather (1972).
Godfather diangkat dari novel judul sama karya Mario Puzo (1969).
Filem ini bukan saja menjadikan novelnya mendunia, tetapi meletakkan pengarahnya Francis Ford Capolla sebagai lagenda filem sepanjang zaman.
Berlatarkan New York pada 1945 hingga 1955, filem ini mengangkat watak utama Marlon Brando dan Al Pacino ke kelas A Hollowood.
Lagu Runut Bunyi Speak Softly Love nyanyian Andy William dan digubah Hanny Williams meletakkan Nina Rota sebagai genius OST.
Begitulah filem dan muzikal mampu menjadi rakan kolaborasi sastera.
Menjadikan semua ini bergabung dalam ekonsistem komersil yang dinamik - ia memerlukan usaha yang komprehensif.
Antara idea dan dana. Antara pemegang taruh perbukuan dan pelabur komersil CSR.
KLWBC 2020 bukan setakat acara riang-ria 365 hari. Ia ladang menuju DMK 2021-2030.
* Zainal Rashid Ahmad merupakan wartawan dan penulis sastera. Beliau telah banyak novel antaranya Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014) dan lain-lain. Zainal Rashid Ahmad juga pernah memenangi 38 hadiah sastera.
** Kenyataan dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Zainal Rashid Ahmad
Mon Feb 24 2020
Suburkan migrasi karya sastera ke filem. - Gambar hiasan
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
PBAKL 2022: 1.24 juta pengunjung dicatatkan dalam tempoh 10 hari
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 yang berakhir hari ini, mencatatkan kunjungan seramai 1.24 juta pengunjung dalam tempoh 10 hari pesta buku itu diadakan.
Cubaan memperbetulkan sudut pandang tentang Rusia
Buku Senandika Cinta & Korona di Rusia tulisan bakal doktor, anak muda warga Malaysia, bermatlamat menukar sudut pandang tidak tepat tentang Rusia, Covid-19 dan cabaran jihad menimba ilmu di Rusia
Wanita UMNO gesa pihak berkuasa rampas buku Tommy Thomas
Wanita UMNO bahagian seluruh negara telah membuat laporan polis dan berharap tindakan segera dapat diambil berhubung perkara itu.
Dakwaan memfitnah: Polis panggil bekas Peguam Negara, Tommy Thomas
Polis Selangor membuka kertas siasatan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan memfitnah.
KLWBC 2020: 'Live Streaming' dan potensi penjualan buku cara baharu
Banyak perkara sedang berubah di media sosial terutama Facebook. Sekaligus mengubah landskap media sosial yang kini dipenuhi akaun perniagaan.
KLWBC 2020: Berhijrah ke platform digital
Pengalaman terbang ke sana-sini bersama ibunya membuatkan Tony berfikir: perlu wujud syarikat tambang murah bagi peniaga kecil seperti ibunya.
Siapa Cempaka Putih? Saksikan kesudahan SYOK Seram: 'Buku' malam ini
Drama ini mengisahkan seorang penyampai radio yang telah menerima sebuah buku pemberian wanita misteri bernama Cempaka Putih.
KLWBC2020: Muzik perpaduan Andy Flop Poppy
Andy sudah 25 tahun melalui kehidupan 'havoc' dalam dunia muzik sebagai bintang pop bersama band Flop Poppy.
KLWBC 2020: Mengenal Pyanhabib lelaki sunyi yang berani
Ketika muda dan mula menyerap populariti di dunia hiburan dan dikenali di bidang kesusasteraan - Pyanhabib sebenarnya lelaki sunyi.
KLWBC 2020: Apabila novelis menulis skrip
Menonton telefilem Pencipta Pegang Waktu (PPW) pada Jumaat, 31 Julai jam 10 malam terasa sentuhannya. Malah, melahirkan rasa kagum.