ALOR SETAR: Orang ramai yang berhasrat bercuti ke Langkawi menggunakan feri dari Terminal Jeti Kuala Perlis pada 10 hingga 13 Februari ini terpaksa memilih laluan alternatif lain untuk ke pulau legenda terbabit.
Menurut notis yang dikeluarkan Cuti-Cuti Langkawi Sdn Bhd, operasi feri dari Kuala Perlis ke Langkawi dan dari Langkawi ke Kuala Perlis diberhentikan susulan paras air laut surut ke tahap rendah.
Katanya, bagaimanapun perjalanan feri itu akan kembali beroperasi seperti biasa bermula pada 14 Februari depan.
Penduduk, Norshahril Md Yusup, 33, berkata, dia dan beberapa rakan bercadang untuk bercuti ke Langkawi pada 11 Februari ini dengan menggunakan perkhidmatan feri dari Kuala Perlis.
"Perjalanan dari rumah saya ke Jeti Kuala Perlis hanya mengambil masa 20 minit sahaja, mujur tak beli tiket lagi jadi bila keluar notis macam ni terpaksa naik feri dari Kuala Kedah.
"Kalau nak tunda perjalanan pun kami sudah buat perancangan rapi, rakan- rakan dari Kuala Lumpur pun sudah mengambil cuti untuk ke Langkawi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Muhd Hisyam Zuhdi Mohd Zaki, 30, berkata, dia bersama rombongan dari Kota Bharu memilih untuk menggunakan pengangkutan udara dari Kota Bharu ke Langkawi.
"Pada awalnya kami bercadang untuk menggunakan perkhidmatan feri dari Kuala Perlis, tetapi bila hendak membeli tiket kami lihat ia tidak dijual untuk perjalanan pada 10 Februari,
"Mujur juga ada penerbangan terus, jadi lebih memudahkan kami," katanya.
Sementara itu, Pegawai Operasi Feryline Kuala Perlis, Roslan Abd Ghani Seman berkata, operasi feri bagi empat hari itu diberhentikan buat sementara waktu berikutan paras air laut mencatatkan bacaan di bawah 1.6 meter.
"Pihak pengurusan memang tidak membuka jualan tiket bagi tarikh dimaklumkan dan pelancong yang berhasrat untuk ke Langkawi boleh menggunakan feri dari Terminal Jeti Kuala Kedah," katanya.
Menurutnya, penumpang yang ingin membawa masuk kenderaan ke Langkawi masih boleh berbuat demikian pada tarikh berkenaan.
"Saya difahamkan perkhidmatan Langkawi Auto dan Roro masih beroperasi pada tarikh berkenaan dan sebarang maklumat lanjut boleh layari laman web mereka.
"Untuk pertanyaan lanjut mengenai tiket feri, penumpang boleh emelkan ke support@cuticutilangkawi.com," katanya.
Tambahnya lagi, sepanjang Disember jumlah pengunjung yang keluar masuk ke Langkawi dari dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah adalah sebanyak 288,868 orang.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Jan 28 2022

Operasi feri dari Kuala Perlis ke Langkawi dan dari Langkawi ke Kuala Perlis diberhentikan susulan paras air laut surut ke tahap rendah. - Foto fail/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Operator feri akan diberi subsidi diesel, janji jangan naik tambang - Loke
Kerajaan akan memberi subsidi diesel kepada pengusaha feri dan bot penumpang serta perkhidmatan feri RORO di beberapa pulau utama negara berkuat kuasa 1 Januari 2025.

Hampir 2,000 penumpang feri Langkawi terkandas akibat cuaca buruk
Sebanyak lapan perjalanan feri Kuala Kedah-Langkawi terpaksa dibatalkan hari ini akibat cuaca buruk termasuk ombak setinggi empat meter, mengakibatkan seramai 1,926 penumpang terkandas

Ombak 4 meter, feri bawa 259 penumpang dari Langkawi terpaksa patah balik
Sebuah feri yang membawa 259 penumpang dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah terpaksa berpatah balik, akibat cuaca buruk yang berlaku pada Ahad.

Lagi kejadian feri Langkawi terkandas di Kuala Kedah
Kejadian feri penumpang terkandas di perairan berhampiran Terminal Feri Kuala Kedah di sini, berlaku lagi.

Perjalanan feri ke Langkawi tidak terjejas akibat air pasang besar
Jadual perjalanan feri dari Terminal Feri Kuala Kedah ke Langkawi tidak terjejas dengan fenomena air pasang besar yang berlaku hari ini.

Penduduk Langkawi nikmati potongan harga tiket melalui pembelian dalam talian
Penduduk Langkawi dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas akan menikmati kemudahan potongan harga istimewa.

Jabatan Laut periksa feri elak kerosakan berulang
Pengusaha feri juga memberi jaminan bahawa semua penumpang yang telah membeli tiket untuk pulang dari Langkawi ke destinasi masing-masing akan disediakan tempat duduk.

Hanya satu perjalanan feri ulang alik ke Langkawi dalam sehari
Tindakan itu diambil berikutan masih ramai individu melakukan perjalanan keluar masuk ke pulau berkenaan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan sudah dikuatkuasakan.

Pengusaha feri Langkawi cuci feri lebih kerap, elak penularan COVID-19
Langkah itu juga bagi meningkatkan keyakinan orang ramai untuk terus berkunjung ke Langkawi.

Feri penumpang Langkawi terbakar
Dalam kejadian jam 10.18 pagi itu, api marak secara tiba-tiba dipercayai bermula dari bahagian enjin feri.