Dalam kejadian jam 10.18 pagi itu, api marak secara tiba-tiba dipercayai bermula dari bahagian enjin feri.
Menurut Ketua Operasi Balai Bomba Langkawi Zabidi Che The, sebaik menerima panggilan, beberapa anggota dan jentera digerakkan ke lokasi.
![Sebaik tiba, api dilihat sedang marak di bahagian badan feri.](http://img.astroawani.com/2016-04/61459836397_freesize.jpg)
Sebaik tiba, api dilihat sedang marak di bahagian badan feri.
Bagaimanapun, ketika kejadian, tiada sesiapa di dalam feri yang berkapasiti muatan 500 penumpang itu.
![Ketika kejadian, tiada sesiapa di dalam feri yang berkapasiti muatan 500 penumpang itu.](http://img.astroawani.com/2016-04/81459836422_freesize.jpg)
Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
Insiden ini merupakan kejadian kedua feri terbakar di depoh pembaikan di Langkawi.