KUALA LUMPUR: Umat Islam di seluruh negara memanfaatkan peluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di lokasi masing-masing susulan fenomena Istiwa' A'dzam pada 5.18 petang hari ini.
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Unit Falak) Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Muhammad Saidul Marjuni berkata Istiwa' A'dzam adalah fenomena yang berlaku dua kali setahun iaitu pada 28 Mei (5.18 petang) dan 16 Julai (5.26 petang) apabila kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam ketika mendirikan solat.
"Bayang yang dihasilkan oleh matahari pada ketika itu (masa yang ditetapkan pada kedua-dua tarikh tersebut), betul-betul tepat menghala ke arah kiblat.
"Kami sarankan umat Islam supaya memastikan ketepatan arah kiblat di rumah masing-masing agar kita dapat beribadah dengan lebih tepat dan sempurna," katanya kepada pemberita selepas mendemonstrasikan kaedah menyemak arah kiblat kepada pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.
Muhammad Saidul menerangkan kepada pengunjung di sini bagaimana arah kiblat boleh ditentukan berdasarkan arah bayang menggunakan beberapa objek yang lazimnya mudah didapati di rumah seperti benang, kertas dan batang penyapu atau apa-apa objek tegak.
Di PULAU PINANG, Jabatan Mufti negeri telah mengeluarkan surat pekeliling kepada semua masjid untuk membuat semakan arah kiblat sempena fenomena Istiwa' A'dzam susulan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri.
Penolong Mufti Kanan (Falak) Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang Muhammad Haniff Baderun berkata sebanyak 33 masjid telah membuat semakan dan masih terdapat lebih 174 masjid yang perlu melakukan semakan semula arah kiblat hari ini terutama masjid yang dibina sebelum 1990-an.
Di SABAH, cuaca cerah di kebanyakan tempat pada petang ini membolehkan orang ramai di negeri di bawah bayu itu membuat semakan arah kiblat di rumah masing-masing.
Antara yang berkongsi pengalaman adalah Imam Masjid Ar-Akmar di Kota Kinabalu Mohd Muslihin Tamin, 64, yang berkata beliau bersama ahli jawatankuasa masjid telah memberitahu kepada ahli kariah masjid tentang fenomena Istiwa' A'dzam sejak minggu lepas.
Deiryll Jonisan, 27, seorang guru dari Gayang, Tuaran pula berkata dia teruja dengan fenomena hari ini kerana membolehkan dirinya memeriksa arah kiblat yang sebelum ini dilakukannya dengan hanya menggunakan aplikasi telefon pintar.
Di SARAWAK, cuaca terik di sekitar Bintulu yang terletak di wilayah tengah negeri itu memberi peluang kepada orang ramai menyaksikan fenomena Istiwa' A'dzam di Pusat Falak Bintulu.
Menurut Ketua Penolong Mufti Bahagian Falak di Jabatan Mufti Sarawak Razalie Hussaini, kira-kira 50 orang menyaksikan fenomena itu terdiri daripada pegawai pusat falak, pegawai jabatan mufti serta wakil masjid dan surau di sekitar Bintulu.
Sementara itu, keadaan cuaca yang tidak mengizinkan di beberapa negeri menyukarkan usaha untuk menyemak semula arah kiblat.
Di KELANTAN, usaha beberapa jemaah dari Masjid Haji Mohamad Nor, Blok Pasir Puteh, Mengkebang di Kuala Krai tidak berhasil apabila cuaca mendung menyebabkan tiada bayang kelihatan di kawasan lapang berhampiran masjid tersebut.
Imam masjid itu Mohd Solleh Mohamad berkata segala persiapan telah dilakukan para jemaah awal pagi tadi kerana tidak mahu melepaskan peluang melihat fenomena Istiwa' A'dzam hari ini.
Di JOHOR pula, cuaca mendung dan berawan menyebabkan bayang yang digunakan bagi menentukan arah kiblat tidak kelihatan jelas.
Ahli Kelab Astronomi Johor Azfanizam Abdul Aziz, 41, berkata meskipun bayang hanya kelihatan sedikit tepat 5.18 petang tadi, namun ia tetap boleh digunakan sebagai panduan arah kiblat dengan menggunakan peralatan mudah iaitu objek tegak seperti sebatang pensel.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023

Pembantu Mufti Jabatan Mufti negeri Pulau Pinang Ustaz Muhammad Firdaus Lutfee menentukan arah kiblat berikutan fenomena Istiwa Adzam yang berlaku pada 5.18 petang hari ini di Masjid Sungai Kecil. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Fenomena Istiwa' A'dzam: Orang ramai manfaat peluang semak arah kiblat
Umat Islam di seluruh negara memanfaatkan peluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di lokasi masing-masing susulan fenomena Istiwa' A'dzam pada 5.18 petang hari ini.