Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata, bacaan paras air laut itu yang tertinggi setakat ini dicatatkan berlaku berbanding sebelum ini.
“Air mulai naik dan memasuki kawasan penduduk di sepanjang persisir pantai bermula jam 1.15 pagi dan perlahan-lahan surut jam 2.30 pagi.
"Langkah keselamatan telah diambil APM dengan menempatkan anggota untuk melakukan pemantauan di kawasan ‘hotspot’ seperti Terminal Feri Kuala Kedah, Taman Seri Putra, Pasar Kota Marina dan Kampung Tepi Laut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, bimbang berlakunya banjir akibat pertembungan air laut dan sungai ini APM turut mengambil langkah aktif dengan melakukan pemantauan di beberapa sungai utama di daerah ini yang berisiko berlakunya banjir.
Norlizawati berkata, hanya dua rumah di Kampung Alor Gunong terjejas namun air kembali surut sejam kemudian.