KUALA LUMPUR: Fasa mobilisasi projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama enam bulan bermula Jun lepas menunjukkan perkembangan positif dan berjalan lancar selari dengan syor oleh beberapa pihak berkepentingan.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata banyak perkara telah dilaksanakan dan diselesaikan dalam tempoh tiga bulan pertama fasa tersebut terutama dari sudut komersial dan antara kerajaan dengan kerajaan.
Beliau berkata hasil rundingan yang dibuat dengan 145 vendor tempatan dan 42 pengilang peralatan asli (OEM) luar negara, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) selaku syarikat pembuat telah menerima aku janji terutamanya melibatkan peralatan serta sistem untuk menyokong BNSSB meneruskan projek LCS.
"Proses penamatan syarikat Contraves Advanced Devices (CAD) dan Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) selaku orang tengah juga sedang giat dilakukan bagi membolehkan BNSSB berunding secara terus dengan OEM dan vendor.
Langkah ini akan dapat mengurangkan kos peralatan kapal yang perlu dibayar kepada vendor dan OEM memandangkan tiada lagi penglibatan pihak pengantara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hishammuddin berkata bagi tujuan penstrukturan semula hutang, BNSSB juga giat berunding dengan sembilan institusi perbankan dan ia dijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh mobilisasi itu.
Selain itu, beliau berkata BNSSB juga sedang berunding dengan Naval Group dari Perancis mengenai reka bentuk terperinci, yang memutuskan akan menghantar pasukan teknikalnya untuk melakukan audit terhadap reka bentuk terperinci kapal itu pada bulan ini.
Pada masa sama, Hishammuddin berkata wakil Kerajaan Perancis juga telah bertemu dengannya dan menyerahkan komitmen bertulis menyatakan projek LCS turut menjadi keutamaan negara itu sekali gus akan meneruskan serta menyelesaikan projek berkenaan.
"Ini perkembangan yang mustahak dan amat membantu memandangkan Naval Group dimiliki Kerajaan Perancis," katanya.
Hishammuddin berkata pembinaan LCS juga hanya akan disambung semula sebaik sahaja semua rundingan selesai dan setiap perjanjian dimuktamadkan dalam fasa mobilisasi yang akan berakhir Disember nanti dan beliau telah menegaskan sekurang-kurangnya sebuah LCS perlu siap sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun ini.
"Tempoh ini realistik memandangkan apabila fasa mobilisasi ini selesai, semua pihak terlibat mempunyai 14 bulan untuk memastikan kapal siap dibina dan berada di permukaan air sebelum menjalani latihan seperti 'Harbour Acceptance Test' dan 'Sea Acceptance Trial'," katanya.
Sementara itu, Hishammuddin memaklumkan sementara menunggu LCS siap sepenuhnya, TLDM telah memohon perolehan Kapal Misi Pesisir (LMS) kumpulan kedua yang dilengkapi persenjataan yang lebih menyeluruh dan perkara itu telah dibawa ke Unit Perancang Ekonomi oleh kementeriannya.
"Semua pihak tidak menoleh ke belakang lagi sebaliknya sedang berusaha bertungkus-lumus demi memastikan TLDM dapat memiliki aset yang diperlukan ini," katanya.
Pada masa sama, kementerian saya juga akan terus memberi kerjasama penuh kepada apa jua siasatan yang sedang dilaksanakan badan-badan berkuasa ketika ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 02 2022

Hishammuddin berkata banyak perkara telah dilaksanakan dan diselesaikan dalam tempoh tiga bulan pertama fasa tersebut terutama dari sudut komersial dan antara kerajaan dengan kerajaan. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.

Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.

'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.

Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.

'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.

PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.

Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.

Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.

Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.