Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersedia memberi bimbingan kepada petani khususnya pesawah dalam usaha untuk membantu golongan terbabit keluar daripada garis kemiskinan dengan meningkatkan kaedah pertanian secara moden.
Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak berkata FAMA menyambut baik cadangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengatasi masalah tersebut dengan memperbaharui cara penanaman selain memperkenalkan tanaman kontan yang dapat mengurangkan kebergantungan kepada hasil padi.
"Kerajaan beri perhatian yang serius pada bidang penanaman sebab itu golongan pesawah digalakkan untuk menanam tanaman jenis jangka pendek seperti tembikai, jagung manis dan sayur-sayuran.
"FAMA bukan sahaja akan bantu dari aspek pemasaran sebaliknya dari peringkat awal lagi kita akan bantu antaranya dengan mengenal pasti dan mencadangkan jenis tanaman yang sesuai ditanam dan jenis tanah yang sesuai," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir semalam, mengenai isu kemiskinan dalam kalangan pesawah dan antara faktor yang didapati menyumbang kepada perkara itu adalah kerana terlalu bergantung kepada hasil padi.
Ahmad berkata jika pesawah melaksanakan tanaman jangka pendek, ia bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan mereka tetapi dapat memastikan bekalan makanan negara mencukupi dan mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan import.
"Pesawah yang menjalankan tanaman jangka pendek ini juga dapat pastikan pengguna dapat bekalan yang segar, berkualiti dengan harga yang berpatutan. Sebenarnya banyak tanaman yang kita mampu keluarkan sendiri dan terlalu banyak sangat mengimport, tidak bagus untuk ekonomi negara.
"Jadi, jika pesawah menyahut seruan Perdana Menteri banyak yang boleh dimanfaatkan oleh mereka melalui FAMA termasuk kemudahan-kemudahan yang disediakan FAMA termasuk pusat pengumpulan tanaman, tempat simpanan, pemprosesan dan pengangkutan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata sehingga kini sebanyak 800 pasar tani telah diwujudkan di seluruh negara dan FAMA menyasarkan jumlah itu mencecah 1,000 pasar tani menjelang 2020, selain memfokuskan produk lain termasuk MyFarm Outlet dan Agro Bazar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2019
FAMA sedia beri bimbingan kepada petani dalam usaha membantu golongan itu keluar daripada garis kemiskinan. - Gambar hiasan
Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.
Saya individu tepat untuk Man United - Ruben Amorim
Ruben Amorim percaya dia adalah 'individu yang tepat pada masa yang tepat' untuk mengubah nasib Manchester United.
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Latihan profesional tawar peluang terbaik untuk kanak-kanak autistik capai potensi penuh
Keluarga dengan kanak-kanak ASD memerlukan kejelasan mengenai perkhidmatan berkualiti yang boleh didapati sejak didiagnosis sehingga dewasa.
P. Pinang perlu sedia khidmat kaunseling bergerak tangani isu cubaan bunuh diri
Perkhidmatan tersebut diperlukan bagi membantu mereka yang memerlukan sokongan emosi.
Jenama baharu HRD Corp mampu beri latihan, peluang pekerjaan
Penjenamaan baharu Lembaga Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) mampu memberi latihan dan peluang pekerjaan kepada golongan belia termasuk murid berkeperluan khas (MBK) di negara ini.
Coretan mangsa buli... masih segar di ingatan walau hampir 20 tahun berlalu
Apabila terbuka kembali kisah tentang buli, terbayang pengalaman hitam sewaktu tinggal di asrama...
Kesejahteraan mental perlu jadi keutamaan rakyat Malaysia
Satu daripada lima remaja berusia 13 hingga 17 tahun di Malaysia mengalami kemurungan.
Penggunaan vape dalam kalangan pelajar di Johor terkawal - Exco
Aminolhuda berkata, mengikut rekod salah laku pelajar oleh pihak sekolah, didapati hanya 757 murid terlibat dengan penggunaannya daripada keseluruhan 576,901 pelajar di negeri ini.
FAMA sedia bimbing petani, bantu keluar daripada kemiskinan
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersedia memberi bimbingan kepada petani khususnya pesawah dalam usaha untuk membantu golongan terbabit keluar daripada garis kemiskinan.
Mentor berperanan besar hasilkan graduan berkualiti
Kehidupan di zaman kolej dan universiti memberikan banyak pengalaman pahit dan manis kepada kehidupan seseorang graduan.
Jangan pinggirkan kumpulan LGBT dari Islam - Fuziah
Yang haram itu, tetap haram, tetapi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) perlu ditangani dengan penuh ihsan dan hormat, ujar Fuziah Salleh.
Kematian Adam Rayqal satu kekejaman luar biasa, di luar norma kemanusiaan
Ibu bapa dinasihatkan supaya terlebih dahulu menyelidik latar belakang pengasuh dan persekitaran di pusat asuhan kanak-kanak.