"Yang haram itu, tetap haram" tetapi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) perlu ditangani dengan penuh ihsan dan hormat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.
Beliau berkata cara terbaik menangani isu itu ialah dengan tidak meminggirkan kumpulan itu dan tidak menjauhkan mereka dari Islam.
"Pendirian kami ialah yang haram tetap haram dan tidak ada kompromi dalam hal itu. Tetapi isunya adalah di mana kita harus bermula dalam mengendalikan isu ini.
"Misalnya, isu LGBT, Islam tidak membenarkan ajaran di luar dari Al-Quran," kata beliau.
Fuziah menyatakan demikian semasa sesi soal jawab di Persidangan Undang-undang Malaysia Antarabangsa (IMLC) 2018, dengan tema 'Raising The Bar By Preserving and Furthering the Rule of Law', di sini hari ini.
Beliau berkata jika kita meminggirkan kumpulan itu, seperti yang berlaku sebelum ini, bagaimana mereka dapat hidup dengan bermaruah kerana kita tidak terima mereka di tempat kerja dan menghalang mereka di tempat-tempat awam serta melihat mereka sebagai kotor.
"Pendekatan boleh berbeza dan tidak meminggirkan mereka. Malahan dalam pertemuan dengan Nisha Ayub (aktivis transgender), beliau bercakap dengan kami tentang apa yang telah beliau lakukan - menemui transgender dari kalangan pekerja seks, dan mengenai pekerjaan untuk mereka.
"Kita juga bincangkan bagaimana kita boleh bekerjasama dengan agensi-agensi lain dengan menyediakan mereka kemahiran dan peluang yang wajar di tempat kerja.
"Kami bincang tentang cara mendekatkan mereka kepada Islam... Kami tawarkan pekerjaan dan perbincangan kepada mereka tetapi itu semua tidak dilaporkan oleh media. Kerana itu orang ramai salah faham tentang pendekatan kami," kata timbalan menteri itu semasa sesi pleno berjudul "100 days: Scorecard on GE14 Promises".
Persidangan empat hari itu bertujuan memperkasa golongan peguam secara holistik dalam mendepani cabaran modern bagi menginternalizasi perkhidmatan guaman agar mereka bersiap sedia untuk merebut peluang-peluang yang muncul.
Antara yang hadir di persidangan itu ialah Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum, Peguam Negara Tommy Thomas dan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 14 2018

FUZIAH: Isunya adalah di mana kita harus bermula dalam mengendalikan isu ini.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.

Isu 3R: Bebas beri pandangan selagi tidak langgar garis perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan sesekali bertolak ansur sekiranya kenyataan itu berbaur hasutan yang berupaya mencetus bibit keganasan dan pergaduhan kaum.

Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun
Permohonan pengarah dan penerbit filem bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan akan diputuskan pada 14 Jun.

Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.

Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik
Individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat perpaduan rakyat.

Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.

Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.

Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.

PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.

Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.