BULI, hakikatnya, bukan perkara asing di Malaysia.
Bezanya, sama ada ia 'terkantoi', didedahkan secara besar-besaran. Tapi biasanya, disapu semua bukti-bukti ke longkang, diabaikan begitu sahaja.
Perkataan buli kini tular semula apatah lagi selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun kepada enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Kesalahan mereka - menyebabkan kematian kepada Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lepas.
Tidak perlulah penulis ceritakan apa berlaku, pasti ramai sudah tahu apatah lagi membayangkan pedihnya tekapan seterika panas sebanyak 90 kali kepada mangsa - termasuk di alat sulit.
Tergamak sungguh!
"Saya pesan kepada masyarakat di luar sana, jangan jadi pembuli.
"Contohnya seperti saya, kalau buli membahayakan masyarakat menghilangkan nyawa, kesannya kepada kedua ibu bapa...
"Saya kehilangan anak sulung yang menjadi harapan keluarga," luah bapa Zulfarhan, Zulkarnain Idros, 57, di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa.
Kisah arwah sebenarnya membuka semula kotak memori penulis, terkenang kembali peristiwa hampir 20 tahun lepas, tahun 2002 secara tepatnya.
Semuanya berlaku di asrama sebuah sekolah. Nampak baik-baik sahaja pada awalnya tapi tak lama selepas itu, semua pelajar Tingkatan 1 diarah masuk ke bilik senior, termasuklah penulis.
Katanya, salah seorang penghuni dorm kehilangan dompet, jadi pelakunya harus dicari.
Kes curi sebenarnya merupakan perkara sensitif di asrama dan kalau 'kantoi' mencuri, siap! Pasti akan dikeroyok beramai-ramai.
Kami dikumpulkan di tengah dorm, lampu ditutup. Tiba-tiba, rasa tendangan hinggap di badan, tercampak kami ke kiri dan kanan, hanya menadah badan ditendang bertubi-tubi.
Rasanya lebih lima kali juga badan penulis ditendang. Kemudian, diarahkan kami beratur. Seorang senior tanya, adakah penulis ambil dompet rakan sebilik?
"Tak bang."
Pangggg!
Habis dijawab, pelempang terus hinggap di pipi, berdesing telinga.
Datang seorang lagi senior, bertanya kepada penulis.
"Sakit ke?" tanyanya, kononnya berbentuk simpati, rupanya nak lepaskan sedas pelempang lagi.
Pangggg!
Sekali lagi pipi penulis ditampar, kali ini lebih teruk kerana bibir penulis terkoyak, menitik-nitik darah ke lantai. Mungkin kerana panik, penulis dibawa ke tepi.
Pada waktu itu, penulis hanya melihat rakan-rakan lain ditampar dan ditendang. Pencurinya? Tiada yang mengaku, mungkin juga kerana tiada yang mencuri.
Penulis laporkan insiden itu kepada ibu bapa, mereka lihat kesannya dan mereka laporkan kepada guru dan warden asrama.
Hebatnya, identiti penulis langsung tidak disorok, terdedah segalanya malah guru panggil ke pejabat, duduk sebilik dengan senior yang menampar penulis pula.
Akibatnya? Penulis dipulaukan, semua langsung tidak berkawan dengan penulis kerana budaya di situ memang begitu, andai ada yang 'report', pasti akan dipulaukan.
Insiden itu hampir 20 tahun berlalu namun masih segar di ingatan. Dah maafkan? Ya, penulis sudah maafkan. Penulis juga mohon maaf andai ada yang susah akibat insiden tersebut.
Bapa Zulfarhan Osman pun boleh maafkan tertuduh, penulis yang setakat ditampar pastinya lebih mudah untuk memaafkan.
Sampai sekarang, sebenarnya, selalu teringat pesanan rakan kepada penulis:
"Buli ni, kalau anda rasa anda patut buli orang lain sebab anda pun pernah kena, malah lagi teruk, sampai bila-bila pun kitaran buli itu tidak akan berakhir.
"Tapi kalau anda rasa saya pernah kena buli, saya tak suka, saya tertekan sebab dibuli, saya tak mahu orang lain rasa benda sama. Nescaya, kitaran buli akan menemui titik noktah."
Akhir kalam, hayatilah tanda pagar #sayNOtoBULLY yang selalu terpampang di baju Zulkarnain dan Hawa Osman, bapa dan ibu kepada arwah.
Al-Fatihah buat Allahyarham Zulfarhan Osman.
* Nama dan identiti penulis dirahsiakan, kerana perkara pokoknya bukan semata-mata tentang mangsa, tetapi tentang pelaku, perlakuan buli, dan sistem serta persekitaran yang membenarkan perbuatan keji itu berterusan.
Surat Pembaca
Thu Nov 04 2021
Banyak perkara buruk boleh terjadi ke atas orang yang kita sayangi, namun adakah kita bertanya dan peduli? - Gambar hiasan
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"
Isu buli UPNM: Pegawai kadet jalani pemeriksaan fizikal berkala kesan penderaan
Pemeriksaan fizikal berkala akan dijalankan terhadap pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan UPNM bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan.
KPT bakal bincang dengan Mindef bagi tangani salah laku di UPNM
KPT memaklumkan bahawa langkah itu untuk memastikan keselamatan pelajar di kampus tersebut terjamin dan agar insiden serupa tidak berulang.
Kementerian Pertahanan ambil langkah proaktif cegah kes buli di UPNM
Kementerian Pertahanan melaksanakan beberapa langkah proaktif untuk mencegah berlakunya kes buli di Akademi Latihan Ketenteraan, UPNM.
Kes buli ALK UPNM: Agong mahu Kementerian Pertahanan ambil serius kes berulang
Budaya buli tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana perlakuan tersebut menjejaskan kesejahteraan pelajar serta mencemar reputasi IPT.
Kes buli hanya rosakkan imej UPNM, serah pada polis untuk siasat - Menteri
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kementerian Pertahanan berpendirian kejadian seumpama itu tidak wajar berlaku dan hanya merosakkan imej UPNM dan institusi pengajian tinggi.
Kes buli UPNM: Polis tunggu laporan perubatan, ambil keterangan 16 individu
Polis masih menunggu laporan perubatan pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa dibuli dengan dada ditekap seterika oleh penuntut senior.
Buli: Tindakan segera perlu, lindungi kesejahteraan pelajar - Lee
Ikatan Komuniti Selamat menggesa pendekatan tanpa toleransi terhadap buli dan tindakan segera perlu dilaksanakan bagi menangani isu berkenaan.
Kes pelajar tahfiz: Polis tahan tiga beradik bantu siasatan
SAC Mohd Razali berkata, kesemua tangkapan merupakan adik-beradik berusia lingkungan 13, 15 dan 20 tahun itu dan ditahan pada Jumaat lalu.
Ada kecederaan pada empat pelajar tahfiz, dipercayai melarikan diri - Polis
Rusdi berkata, tempoh kecederaan itu dipercayai berlaku semasa mereka berada di pusat tahfiz itu, namun perkara tersebut masih dalam siasatan.