PUTRAJAYA: Isu penyebaran berita palsu dan tindakan kerajaan Indonesia mengharamkan transaksi e-dagang di platform media sosial TikTok adalah antara topik yang akan diutarakan pada pertemuan dengan pengurusan tertinggi TikTok hari ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Jasamu Dikenang Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini, beliau berkata pertemuan itu akan diadakan di bangunan Parlimen pada 4.30 petang.
"Saya dapati setiap hari akan ada kenyataan media daripada menteri atau kementerian mengenai berita palsu yang sedang tersebar dalam media sosial termasuk Tiktok. Sudah pasti sebaran palsu ini, kita di pihak kerajaan berusaha (menangani) dengan adanya segmen baharu setiap hari (di RTM) iaitu Biar Betul!.
"Namun pada masa sama kita perlukan kerjasama erat juga di kalangan platform media sosial sekiranya mereka mendapati (ada) elemen-elemen 'coordinated inauthentic behavior' (CIB)," katanya.
Beliau berkata pengendali platform media sosial sewajarnya mengambil tindakan proaktif kerana CIB sudah semestinya melanggar garis panduan yang telah ditetapkan.
Mengulas larangan transaksi e-dagang dalam Tiktok di Indonesia, Fahmi berkata beliau akan berhubung dengan kerajaan Indonesia bagi mendapatkan maklumat secara terperinci mengenainya dan juga daripada pengurusan TikTok.
"Saya ambil maklum ada ramai yang setuju, ramai kurang setuju, tapi kita ingin faham dahulu keadaan secara keseluruhan. Konteks di Malaysia berbeza daripada Indonesia tapi saya lihat ada keperluan untuk lihat secara keseluruhan," kata Fahmi.
Pada 7 Okt lepas, Fahmi berkata kerajaan akan meneliti terlebih dahulu tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia mengharamkan transaksi e-dagang di platform media sosial TikTok sebelum merangka langkah yang bersesuaian di Malaysia.
Menteri Perdagangan Indonesia Zulkifli Hasan sebelum ini mengumumkan Indonesia mengharamkan transaksi e-dagang dalam platform media sosial TikTok yang memberi pendapatan tinggi peniaga dalam talian.
Dalam pertemuan dengan pengurusan Tik Tok itu, Fahmi juga akan membangkitkan isu dana iklan atau 'advertising expenditure' yang dihadapi oleh beberapa syarikat media.
Terdahulu, Fahmi dalam ucapan pada majlis berkenaan berkata pengalaman petugas KKD sepanjang tempoh berkhidmat diharap dapat dikongsikan kepada penjawat awam yang sedang berkhidmat.
"Melalui perkongsian ilmu ini, adalah diharapkan agar mutu penyampaian perkhidmatan penjawat awam khususnya warga kementerian dan agensi bawah KKD dapat sentiasa ditambah baik," katanya.
Seramai 128 pesara merangkumi agensi di bawah KKD antaranya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Jabatan Penyiaran dan Jabatan Penerangan diraikan dalam majlis itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2023

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil ketika sidang media selepas Majlis Jasamu Dikenang Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) 2023 hari ini. - Foto Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Fahmi bertemu wakil organisasi, pengamal media bincang isu gaji dan hilang kerja
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil organisasi dan pengamal media bagi membincangkan isu kebajikan kakitangan media.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap stesen televisyen langgar garis panduan - Fahmi
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan ditetapkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa agensi berita untuk memanfaatkan AI bagi menangani maklumat palsu.

Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah akan ditambah baik, beri manfaat kepada pekerja
Fahmi berkata pihaknya akan mendapatkan analisis daripada syarikat berkaitan bagi meneliti serta mengkaji keperluan untuk penambahbaikan itu.

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 fokus isu jenayah dalam talian
Pindaan ini bertujuan menyediakan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan mampan.

Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai
Fahmi berkata sambutan itu cukup meriah dengan kehadiran komuniti setempat meskipun dalam keadaan cuaca kurang baik.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.

Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.