KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengetuai delegasi negara ke Persidangan Agung Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Kali Ke-42 di Paris, Perancis, yang berlangsung pada 7 Nov lepas hingga semalam.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, dalam persidangan itu, Fadhlina yang juga Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia telah menyampaikan kenyataan negara semasa sesi perbahasan umum dan berkongsi visi serta pencapaian Malaysia dalam menjayakan agenda UNESCO.
Menurut KPM, antara yang diketengahkan ialah mengenai peranan aktif Malaysia dalam mendukung agenda UNESCO seperti melalui sumbangan kepakaran dan kewangan melalui Program Kerjasama Malaysia-UNESCO yang memanfaatkan lebih 7,000 peserta daripada 87 negara.
"Malaysia juga mengetengahkan usaha yang diterajui secara bersama dengan Brunei, Indonesia, Thailand dan Singapura dalam mengangkat kebaya sebagai warisan kebudayaan yang diiktiraf UNESCO.
"Ini merupakan satu daripada usaha dalam meraikan persamaan dan solidariti rantau ASEAN demi memperkasakan warisan budaya tempatan ke peringkat global," menurut kenyataan itu.
KPM menerusi kenyataan sama memaklumkan Malaysia turut menyumbang dalam pembangunan pengetahuan menerusi Kursi UNESCO berkaitan Pembelajaran Masa Hadapan yang disandang oleh Malaysia serta pengiktirafan terkini UNESCO Triple Crown Site kepada Sabah dalam memelihara dan mempromosi tapak warisan dunia, biosfera dan geopark di Sabah.
"Negara-negara anggota turut disarankan untuk sentiasa memupuk kepercayaan serta keharmonian sejagat selain mewujudkan kerjasama erat dan strategik dalam menangani cabaran global melalui pendekatan penyelesaian silang.
"Semua negara anggota perlu memberi tumpuan untuk mencapai agenda SDG 2030 (Matlamat Pembangunan Mampan 2030) serta melaksanakan usaha yang berterusan selepas 2030," menurut kenyataan itu.
Pada persidangan itu, Fadhlina turut berkongsi mengenai kesungguhan Malaysia menyediakan peluang pendidikan berkualiti bagi semua murid merentasi batasan kaum, agama atau status sosial.
"Ini dilakukan menerusi elemen pembangunan pendidikan berteraskan Pendidikan Manusiawi yang menumpukan kepada penerapan nilai dan pendekatan berorientasikan insan dalam pembangunan karakter berkonsepkan Karamah Insaniah," menurut KPM.
Selain menghadiri persidangan agung, Menteri Pendidikan turut menyertai Dialog Peringkat Menteri Berkaitan Pendidikan Keamanan yang dihadiri oleh menteri-menteri negara anggota UNESCO serta mengadakan lawatan ke beberapa institusi pendidikan yang boleh dijadikan penanda aras bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Penyertaan di persidangan agung itu membuktikan komitmen berterusan Malaysia selaku negara anggota UNESCO sekali gus membuka berpeluang kepada negara untuk membuat intervensi bagi memastikan prestasi dan pencapaian Malaysia dalam bidang kompetensi UNESCO adalah selari dengan agenda semasa global. - BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2023

Fadhlina Sidek mengetuai delegasi negara ke Persidangan Agung Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Kali Ke-42 di Paris, Perancis, yang berlangsung pada 7 Nov lepas hingga semalam. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

PRK Sungai Bakap: Fadhlina tulis warkah, rayu undi calon PH
Orang sebaik dan cerdik seperti Joohari wajar mendapat tempat untuk menjadi pemimpin di Pulau Pinang, kata Fadhlina.

Kesantunan berbahasa dalam kalangan rakyat perlu dipertingkat - Fadhlina
Kesantunan berbahasa dalam perbualan seharian rakyat negara ini harus dipertingkatkan bagi memelihara dan menghormati keindahan bahasa Melayu, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Roslan Hussin masih lagi Pengarah JPNS - Fadhlina
Justeru, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata meminta beliau terus fokus kepada tugasnya sebagai Pengarah JPNS.

Fadhlina ketuai delegasi Malaysia ke Persidangan Agung UNESCO di Paris
Menteri Pendidikan sampaikan kenyataan negara dan berkongsi visi serta pencapaian Malaysia dalam menjayakan agenda UNESCO.

Polis tahan lelaki berhubung mesej ugutan terhadap Menteri Pendidikan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan perkara berkenaan dan kes masih dalam siasatan.

Berita gembira kepada pendidik sempena Hari Guru - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek membayangkan beberapa berita gembira akan diumumkannya sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang akan berlangsung esok.

Cuaca panas: Menteri Pendidikan minta kerjasama sekolah tangguh aktiviti luar bilik darjah
Semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diminta memberi kerjasama untuk menangguhkan aktiviti luar berikutan cuaca panas serta kering berpanjangan yang sedang melanda neg

Harga makanan di kantin sekolah tidak akan naik - KPM
Fadhlina menjelaskan, harga makanan di kantin sekolah adalah berdasarkan garis panduan dan perjanjian antara pengusaha dan pihak sekolah.

Beban beg murid, GST tumpuan di Dewan Rakyat hari ini
Menteri Pendidikan dijangka menyatakan penyelesaian masalah untuk meringankan beban beg dalam kalangan murid.

Banjir: Sesi persekolahan tidak tangguh, KPM beri kelonggaran PdPR
Kementerian beri perhatian khusus baik pulih semua sekolah yang terjejas akibat banjir dalam tempoh dua minggu sebelum sesi bermula.