MELAKA: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek membayangkan beberapa berita gembira akan diumumkannya sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh esok.
Beliau berkata pengumuman itu dijangka memberi semangat serta impak terhadap keseluruhan ekosistem pendidikan negara.
"Tunggu esok, insya-Allah ada beberapa perkara yang saya fikir (akan diumumkan esok) untuk kita bagi semangat kepada guru-guru kita dan keseluruhan kepada ekosistem pendidikan dan negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2023 di MITC Ayer Keroh yang turut dihadiri Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia Datuk Azmir Jaafar.
Katanya, penghormatan sewajarnya harus diberikan kepada golongan pendidik jika mahu melihat Malaysia membangun sebagai sebuah negara bangsa yang kuat.
"Refleksi guru bangsa ini akan memberikan refleksi kepada kekuatan dan jati diri yang kuat kepada rakyatnya.
"Biar orang (luar) melihat rakyat Malaysia, orang (luar akan) ingat guru-guru bangsa inilah yang telah mendidik rakyat Malaysia sehingga menjadi rakyat yang kuat jati diri ... maknanya kekuatan bangsa itu lahir daripada kekuatan guru-gurunya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2023

Fadhlina (dua, kanan) meluangkan masa beramah mesra bersama salah seorang penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's Shaiful Putra Zakaria (depan, kiri) pada majlis penyampaian anugerah di MITC. - Foto/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.

Peranan besar guru dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar
Dalam zaman yang semakin moden menyaksikan guru juga perlu berhadapan dengan pelbagai suasana serta ragaman anak murid.

Awang Sariyan terima Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman UPSI 2023
Anak kelahiran Kampung Teluk Kerang, Pontian, itu pernah menyandang Kursi Za'ba di UPSI dan Kursi Pengajian Melayu di Beijing, China.

Hari Guru: PM Anwar harap guru bantu lonjak martabat negara
Perdana Menteri merayu golongan pendidik untuk memberi kesempatan baharu serta membantu kerajaan dalam melonjakkan semangat rakyat dalam membawa negara ke peringkat tertinggi.

Minat generasi baharu dalam bidang teknologi masih lemah - PM Anwar
Kerajaan menggesa Kementerian Pendidikan untuk mencari jalan terbaik khusus bagi mendidik dan melatih minat generasi baharu dalam bidang teknologi dan sains yang dilihat masih lemah.

Program Cuti-Cuti Cikgu antara 10 inisiatif baharu diumum sempena Hari Guru
Inisiatif baharu itu turut membantu mengurangkan kos sara hidup, merancakkan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan negara.

Berita gembira kepada pendidik sempena Hari Guru - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek membayangkan beberapa berita gembira akan diumumkannya sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang akan berlangsung esok.

JPN Pulau Pinang kumpul 16,200 puisi Hari Guru untuk MBOR
Semua puisi itu dihasilkan oleh murid dan pelajar sekolah di seluruh negeri itu, sejak 19 Mei lepas hingga semalam.

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's mampu cungkil bakat guru
Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2022 mengiktiraf pendidik serta menjadi medium bagi mengetengahkan pendidik yang berfikiran luar kotak.

Peranan bekas pengetua sekolah rendah dapat pengiktirafan antarabangsa, negara
Dua anugerah diberikan kepada warga pendidik atas jasanya yang membawa perubahan dan kecemerlangan.