KOTA KINABALU: Nama Datuk Ewon Benedick bukan asing lagi di bibir rakyat Sabah terutama masyarakat Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR), yang mengenali beliau sebagai seorang pemimpin muda yang semakin meningkat naik.
Berasal dari Kampung Penampang Proper, Penampang, Ewon, 39, merupakan 'anak kampung' yang mudah didekati, justeru pelantikan beliau sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi disambut dengan perasaan gembira, serta harapan menggunung bagi membentuk negara serta Sabah yang lebih baik.
Naib Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) itu dilahirkan pada 1 Ogos 1983 di kampung ayahnya Benedick Yong Santung @ Donik di Kampung Penampang Proper, dan ibunya Gobidah Gindai berasal dari Kampung Kiau, Kota Belud.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (2002-2005), dan mendapat pendidikan antaranya di Kolej Matrikulasi Ibukota Kinabalu (2001-2002) dan Sekolah Menengah Kebangsaan St Micheal, Penampang (1999-2000).
Menyusuri karier politiknya, anak muda etnik Kadazan itu bergiat aktif dalam UPKO dengan menjadi Ketua Komulakan UPKO (2006-2018), Ketua Bahagian UPKO Kota Belud (2013-2022), sebelum menjadi Naib Presiden parti itu pada 2018 hingga kini.
Beliau bakal mengambil alih jawatan sebagai Presiden UPKO daripada Ahli Parlimen Tuaran Wilfred Madius Tangau, pada kongres parti itu dijadual pada 14 hingga 15 Jan tahun hadapan.
Ewon juga pernah menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah (2018-2020).
Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian selama dua penggal, selepas memenangi kerusi DUN itu dengan majoriti 3,294 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun 2018, dan majoriti 3,459 undi pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 tahun 2020.
Pada PRU15, Ewon mewakili Pakatan Harapan memenangi kerusi Parlimen Penampang dengan majoriti 14,410 undi, mengalahkan penyandang Datuk Darell Liking daripada Parti Warisan dalam saingan empat penjuru.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 03 2022
Ewon menerima surat cara pelantikan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, 3 Dis 2022. --fotoBERNAMA
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
KUSKOP, QSB berpotensi jalin kerjasama majukan PKS di Sabah - Ewon
Bagi merealisasikan kerjasama, QSB disarankan menjadi syarikat vendor berdaftar dengan KUSKOP.
Kajian pelaksanaan dilakukan bagi teruskan PROTEGE dalam RMK13 - Ewon
Ewon Benedick berkata dapatan daripada kajian mengenai PROTEGE itu adalah penting bagi membolehkan kementeriannya meneruskan program itu dalam RMK13.
Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon
Akta Koperasi 1993 akan dipinda melibatkan 96 peruntukan asal dalam akta tersebut yang akan disusun semula dan ditambah baik.
TEKUN Nasional salur pembiayaan RM98.9 juta kepada usahawan Sabah - Ewon
TEKUN Nasional salur pembiayaan sebanyak RM98.9 juta kepada 4,400 usahawan informal dan mikro di Sabah pada tahun ini.
14 daripada 36 pembangunan premis Tamu Desa di Sabah siap sepenuhnya - Ewon
Sebanyak 14 daripada 36 projek Program Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah bagi fasa pertama siap sepenuhnya pada bulan lepas.
21 peratus rakyat Malaysia sertai koperasi tahun lepas - Ewon
Sumbangan gerakan koperasi melalui pengumpulan modal syer dan yuran adalah RM17.45 bilion dan penjanaan aset pula berjumlah RM165.9 bilion.
Ekspo Pelancongan dan Makanan Halal platform PMKS terokai potensi baharu pasaran
Ekspo Pelancongan dan Makanan Halal menjadi platform PMKS menerokai potensi baharu sektor pelancongan dan makanan halal dalam negara.
Semangat merdeka, warga KUSKOP diseru beri perkhidmatan terbaik - Ewon
Warga kementerian seharusnya bersyukur dan merasa bertuah kerana menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia yang berdaulat.
Lebih 2,000 koperasi sekolah catat perolehan RM430 juta tahun lepas - Ewon
Pencapaian 2.07 juta anggota gerakan koperasi sekolah ini amat membanggakan kerana ia dinilai dari segi usaha dan komitmen yang diberikan.
Gerakan koperasi perlu laksana peranan signifikan melalui sektor hartanah - Ewon
Gerakan koperasi di Malaysia perlu melakukan peranan lebih signifikan melalui sektor pembangunan hartanah dan pembinaan yang boleh memberikan impak tinggi.