PUTRAJAYA: Gerakan koperasi di Malaysia perlu melakukan peranan lebih signifikan melalui sektor pembangunan hartanah dan pembinaan yang boleh memberikan impak tinggi, bukan sahaja kepada ahlinya malah juga untuk orang ramai.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata pembangunan hartanah tidak hanya tertumpu kepada perumahan malah juga pembangunan secara built to suit iaitu bangunan yang akan digunakan sebagai hospital, hotel, kilang, gudang, pusat data dan lain-lain peluang yang menguntungkan.
"Saya amat menggalakkan gerakan koperasi menceburi bidang hartanah kerana selain membantu menjana pendapatan, usaha itu juga dapat membantu rakyat Malaysia memiliki rumah.
"Konsep koperasi yang berpaksikan prinsip keterangkuman, dengan mencipta keuntungan melalui aktiviti milikan bersama, adalah bersesuaian untuk diamalkan dalam situasi ekonomi pada masa ini," katanya pada majlis sambutan Hari Koperasi Negara peringkat Wilayah Persekutuan 2024, di sini malam tadi.
Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Leftenan Jen (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal.
Ewon berkata menyahut usaha kerajaan untuk menggalakkan sektor koperasi supaya terlibat dalam pembangunan hartanah dan pembinaan, SKM menyediakan pembiayaan Tabung Modal Pusingan SKM, yang dikenali sebagai Pembiayaan 100 Koperasi Terbaik (Bestfi-100).
Beliau berkata pembiayaan daripada tabung itu ditawarkan khusus kepada koperasi yang tersenarai sebagai 100 koperasi terbaik, dengan jumlah pembiayaan yang boleh dimohon sehingga RM30 juta.
Ewon berkata setakat Disember 2023, sebanyak 1,171 koperasi berdaftar di Wilayah Persekutuan dengan keahlian sebanyak 2.39 juta.
Kedudukan aset koperasi secara keseluruhannya bernilai RM21.65 bilion dan menjana modal syer atau yuran berjumlah RM8.95 bilion manakala perolehan sebanyak RM5.67 bilion.
"Bagi saya, ini adalah satu angka yang besar dan mampu mewujudkan satu rangkaian perniagaan yang kukuh dan mampan.
"Nilai aset yang menjadi tunjang kekuatan gerakan koperasi di negara ini harus digunakan secara mampan dengan dikembangkan melalui platform pelaburan yang berdaya saing dan berimpak tinggi bagi memberikan tujahan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar yang disumbangkan oleh gerakan koperasi," katanya.
Pada majlis itu, Ewon turut melancarkan Inisiatif Strategk Baharu (NSI) SKM Wilayah Persekutuan iaitu Projek Rumah Selangorku: Shorea Garden yang dimajukan oleh Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Bhd (Koop Sahabat).
Projek Rumah SelangorKu Shorea Garden bernilai RM63.8 juta itu merupakan projek pembangunan usaha sama antara Koperasi Sahabat Bhd dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor.
Projek yang akan dibangunkan di atas tanah seluas 4.046 hektar di Puchong dan menawarkan 230 unit pada harga bermula RM275,000 itu itu akan dilengkapi antaranya pusat komuniti, dan pondok kawalan keselamatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024

Ewon menyampaikan ucapan pada Hari Koperasi Negara Peringkat Wilayah Persekutuan malam tadi. - Foto Bernama
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Gerakan koperasi perlu laksana peranan signifikan melalui sektor hartanah - Ewon
Gerakan koperasi di Malaysia perlu melakukan peranan lebih signifikan melalui sektor pembangunan hartanah dan pembinaan yang boleh memberikan impak tinggi.