KUALA LUMPUR: Enam individu nyaris maut selepas tiga kenderaan yang mereka naiki dihempap sebatang pokok tumbang berhampiran susur masuk Lebuhraya MRR2 menghala ke Ampang, di sini ketika hujan lebat dan ribut hari ini.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, ketika kejadian enam mangsa yang terdiri daripada tiga lelaki dewasa dan tiga wanita dewasa itu menaiki tiga kenderaan berasingan jenis Perodua Alza, Perodua Myvi dan Proton Exora.
Jurucakap berkenaan berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.19 petang tadi sebelum menghantar sebuah jentera serta lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi ke lokasi kejadian.
Katanya, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan daripada kenderaan masing-masing dan berada dalam keadaan selamat.
"Bomba bersama-sama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menjalankan kerja-kerja memotong, mengalihkan dan membersihkan pokok tumbang tersebut," katanya ketika dihubungi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 29 2023

Ketika kejadian enam mangsa yang terdiri daripada tiga lelaki dewasa dan tiga wanita dewasa itu menaiki tiga kenderaan berasingan jenis Perodua Alza, Perodua Myvi dan Proton Exora. - Foto JBPM

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pemancing maut, rakan cedera parah dihempap pokok ketika berkhemah di Kuala Lipis
Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah selepas dihempap pokok tumbang ketika berkhemah di Lubuk Beriang, Kampung Pagar Sasak, Padang Tengku, Kuala Lipis hari ini.

Pokok tumbang: Suami isteri parah, anak dalam kandungan meninggal dunia
Pemeriksaan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar mendapati Nuraleya Syazreena mengalami pendarahan dalam kepala.

Enam individu nyaris maut kereta dihempap pokok tumbang
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan daripada kenderaan masing-masing dan berada dalam keadaan selamat.

Ribut: Penghantar makanan maut dihempap pokok tumbang
Mangsa yang berusia 20 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kesihatan Malaysia (KKM).