KUALA LUMPUR: Usaha Persatuan Nurani Rakyat Malaysia (PNRM) memperjuangkan nasib wanita dan golongan B40 nyata berbaloi selepas ia berjaya merangkul Anugerah Pencapaian Luar Biasa Tahunan Dalam Industri Kemanusiaan dan Amal baru-baru ini.
Anugerah itu buat julung kalinya diadakan anjuran Ikon Malaysia dengan kerjasama Organisasi Pengarah Syarikat Malaysia (MOCAD).
Pengalaman diri pernah bergelar ibu tunggal menguatkan lagi keinginan Presiden PRNM Datin Putri Nurshahirah Rashid, 37 tahun, untuk membimbing dan membantu wanita lain untuk berdiri di atas kaki sendiri menerusi perniagaan.
Beliau dianggap layak dijadikan inspirasi dan contoh, bukan saja dalam bidang perniagaan, malah sebagai ibu kepada lapan anak dan isteri berkerjaya.
“Alhamdulillah, anugerah pertama sejak penubuhan persatuan ini pada 2018. Ia buat semua ahli PNRM, pihak berkaitan dan keluarga yang banyak membantu, bahkan yakin dengan kemampuan saya.
“Pada mulanya, apabila dihubungi pihak penganjur saya masih tidak percaya dan risau ia satu ‘scam’ (penipuan).
"Namun, selepas melewati laman sosial, baharu saya yakin untuk menerima anugerah yang diberikan bagi mewakili industri kerja amal,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Selain menguruskan persatuan berjumlah ribuan ahli di seluruh negara, Putri Nurshahirah turut memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan di Syarikat PNR Megah Holdings Sdn Bhd sejak 2013.
Katanya, tahun lalu beliau turut mengetengahkan produk minuman kesihatan Cocofitz bagi membantu wanita lain menjana pendapatan di atas talian.
“PNRM bertindak sebagai pemudah cara, menjadi jambatan yang menghubungkan antara ahli dan kerajaan, serta badan korporat, menerusi pelbagai program bimbingan dan bantuan keusahawanan.
“Pelbagai aktiviti sosioekonomi dianjurkan bagi membantu meningkatkan ekonomi di samping mengukuhkan sumber kewangan ahlinya.
"Alhamdulillah, ada yang berjaya malah menjadi pemilik kilang sebagainya,” tambahnya.
Astro Awani
Sun Mar 13 2022

Putri Nurshahirah bersama Anugerah Pencapaian Luar Biasa Tahunan Dalam Industri Kemanusiaan dan Amal anjuran Ikon Malaysia dengan kerjasama Organisasi Pengarah Syarikat Malaysia, baru-baru ini. - Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

SUKMA 2026 di Selangor dijangka berlangsung Ogos - Exco
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor dijangka berlangsung pada bulan Ogos, kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi.

KKDW garis empat fokus utama hala tuju 2025 - Ahmad Zahid
KKDW gariskan empat fokus utama iaitu pembangunan modal insan, keusahawanan, ekonomi dan reformasi birokrasi sebagai tunjang hala tujunya tahun ini.

Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tetap teguh sebagai sebuah parti yang inklusif, mengutamakan keharmonian antara kaum dan memastikan tiada pihak yang tertinggal dalam arus pembangunan.

Mencari golongan ‘miskin’ dan ‘kelas pertengahan’ di Malaysia
Kerajaan telah lama memberi tumpuan kepada pembentukan kelas pertengahan yang kukuh kerana peranannya yang penting dalam memacu pembangunan ekonomi.

NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.

Belanjawan Sabah, Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bangunkan keusahawanan Sabah
Belanjawan Sabah 2025 dan Belanjawan 2025 peringkat Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bagi memajukan sektor keusahawanan di negeri ini.

Terengganu bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.887 bilion
Kerajaan Negeri Terengganu hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.887 bilion yang diperuntukkan untuk Perbelanjaan Mengurus.

Sertai bidang TVET, pilihan tepat buat 'Mowgli' Malaysia
Muhammad Syukur yakin peluang keemasan dapat diperoleh dengan kemahiran TVET yang dimilikinya.

Kerajaan seru usahawan muda perlu berani ambil risiko - Fadillah
Kerajaan sentiasa membuka ruang kepada usahawan muda untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap yang lebih tinggi.