Empat daripada lapan remaja yang cedera ketika berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam di sini dua hari lepas, dibenarkan keluar daripada wad Hospital Sultanah Aminah (HSA), petang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata mereka ialah Muhamad Farhan Che Mat, 16, Muhammad Zulfadli Yusri, 19, Abdul Samad Abdul Kadir, 16, dan Muhammad Arasshat Abdullah, 14.
"Setakat ini, empat remaja disahkan dibenar keluar hospital, dua di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan keadaan masih sama (kritikal) manakala dua lagi di wad untuk menerima rawatan serta fisioterapi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ayub berkata dua mangsa yang masih berada di ICU ialah Mohamed Shamizal Iqmal Abdullah, 16, dan Muhd Nazri Mahmudi, 13.
Sementara dua mangsa yang berada di wad ialah Muhammad Fitri Muhammad Fatoni, 17, dan Muhammad Arif Salman, 15.
Kemalangan menimpa kumpulan remaja terbabit berlaku pada 3 pagi, menyebabkan lapan maut manakala lapan lagi cedera setelah basikal mereka dilapor dirempuh sebuah kereta.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh dilapor sebagai berkata mereka antara 20 dan 30 remaja yang dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam dan jalan sekitarnya sebelum dirempuh seorang pemandu wanita.
Beliau berkata pemandu tersebut yang dari arah Taman Pelangi dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh kumpulan remaja berkenaan. -- Bernama
Bernama
Mon Feb 20 2017

Gambar fail menunjukkan Muhammad Zulfadli Yusri, 19 yang cedera dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru melakar lokasi kejadian di Hospital Sultanah Aminah Sabtu lalu. - Foto Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

UCI setuju Pusat Kecemerlangan BMX Asia di Malaysia, Johor jadi pilihan PKBM
Amarjit berkata, perancangan penubuhan pusat serantau itu di Johor sudah dibincangkan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UCI dua minggu lepas.

Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke suku akhir acara keirin
Shah Firdaus Sahrom, berjaya mara ke suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 dalam perlumbaan di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.

Misi Haji 2024: Kayuhan suci ke Haramain dari Kuala Lumpur
Perjalanan 12,000 kilometer mereka melalui jalan darat memakan masa tujuh bulan merentasi tujuh negara.

Ramsay tunjuk lebam pada badan, ingatkan untuk pakai topi keledar ketika berbasikal
Jika tidak memakai topi keledar, Gordon Ramsay merasakan kemalangan itu mungkin meragut nyawanya.

Malaysia rangkul perak pecut berpasukan lelaki, wanita
Skuad negara merangkul perak acara pecut berpasukan lelaki dan wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di New Delhi.

Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya
Kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang anggota bomba terbabit dan basikal.

LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.

China ada 200 juta basikal untuk kegunaan setiap hari - Persatuan basikal
Penduduk bandar Cina menunggang basikal atau kenderaan dua roda berkuasa elektrik sekitar 30 daripada 100 kali perjalanan mereka.

Kanak-kanak 8 tahun maut dilanggar MPV
Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menaiki basikal dipercayai secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan.

Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.