KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup 17 premis perniagaan termasuk empat hotel yang disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral dan dikendalikan warga asing menerusi Ops Patuh Terhadap Premis-Premis Komersial di sekitar ibu negara yang dilaksanakan dari 15 hingga 31 Ogos lepas.
DBKL dalam kenyataan memaklumkan, premis itu diarah tutup di bawah seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976, dan pada masa sama pihaknya mengeluarkan 91 notis kompaun atas pelbagai kesalahan dalam pemeriksaan di premis-premis komersial berkenaan.
Menurutnya 30 warga asing yang terdiri daripada lima warga Vietnam, tujuh warga Thailand, 12 warga Indonesia serta enam rakyat Bangladesh yang bekerja sebagai tukang urut dan pengendali premis ditahan dalam operasi itu.
"DBKL turut menyita 45 barangan daripada premis terbabit seperti kamera litar tertutup (CCTV), televisyen, kondom, minyak pelincir, buku log, monitor, video dekoder dan lain-lain peralatan," menurut kenyataan itu.
Sebanyak 621 premis/syarikat diperiksa sepanjang operasi itu melibatkan aktiviti perhotelan, pusat urut, restoran, kedai runcit, pasar raya, kedai barangan am dan lain-lain aktiviti yang telah dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menurut DBKL 22 notis kompaun telah dikeluarkan menerusi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atas pelbagai kesalahan terhadap individu, pemilik premis, syarikat yang ingkar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PPN yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Warga kota diminta untuk terus bekerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada DBKL secara dalam talian melalui https://adukl.dbkl.gov.my," menurutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 01 2021
DBKL dalam kenyataan memaklumkan, premis itu diarah tutup di bawah seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976. - Foto: Facebook DBKL
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
DBKL potong bekalan air penduduk PA, PPR culas bayar sewa
DBKL akan melaksanakan operasi pemotongan bekalan air terhadap penyewa Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membayar tunggakan sewa.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Sebahagian Jalan Masjid India terlibat insiden tanah jerlus dibuka semula
Kawasan ground zero berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang dijangka selesai menjelang hujung Disember 2024.
DBKL kenal pasti lokasi, bantu golongan belia mula perniagaan
DBKL telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi untuk membantu golongan belia memulakan perniagaan di sekitar ibu negara.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.
Kepengerusian ASEAN: Kesiapsiagaan banjir kilat diberi keutamaan sepanjang masa - Dr Zaliha
Kesiapsiagaan menghadapi banjir, terutama banjir kilat di ibu negara, terus diberi keutamaan sepanjang masa khususnya selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Laos.
Tiada keperluan mendesak pinda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 - MBWP
Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) berpandangan bahawa tiada keperluan yang mendesak untuk meminda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.
Beberapa jalan di ibu kota dinaiki air susulan hujan lebat malam ini
Hujan lebat sejak 7.30 malam ini di ibu kota telah menyebabkan beberapa jalan utama dinaiki air.
DBKL pantau banjir kilat menerusi bilik gerakan 24 jam - Dr Zaliha
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaktifkan bilik gerakan bagi memantau sebarang kejadian terutamanya banjir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.