Empat individu berputih mata kerana tak sempat merasa hasil rompakan mereka selepas ditahan polis di sebuah hotel di Kemayan Square dalam tempoh dua jam selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Merpati, kelmarin.
Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner, Thiew Hock Poh, berkata, suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berumur antara 22 hingga 47 tahun menjadikan rumah dan kereta mewah sebagai sasaran melakukan jenayah.
“Suspek sebelum itu memecah masuk sebuah rumah di Taman Merpati kira kira jam 3.15 petang kelmarin sehingga menyebabkan mangsa kerugian kira-kira RM350,000.
“Bertindak atas maklumat, kita berjaya menjejaki suspek di sebuah hotel pada hari sama dan penahanan dua lelaki di laluan hotel membawa kepada penemuan barangan dan hasil pecah rumah di dalam bilik hotel bersama dua lagi suspek di dalamnya,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis daerah Seremban, semalam.
Beliau berkata, pihaknya turut menemui jam tangan, resit barang kemas, rantai keemasan, subang dan wang tunai melebihi RM200,000.
“Polis juga menemui sebuah dron yang dipercayai digunakan untuk mengintip lokasi yang disasarkan.
“Turut dirampas tiga buah kenderaan iaitu sebuah Toyota Vellfire dan dua Honda City selain wang tunai lebih RM260,000 di dalam Toyota Velfire,” katanya.
Katanya, keseluruhan wang tunai yang dirampas dalam serbuan bekenaan dianggarkan bernilai lebih setengah juta.
Hock Poh berkata, modus operandi suspek ialah masuk melalui pondok pengawal kawasan rumah mewah lalu menunjukkan kad pengenalan orang lain dan masuk ke rumah yang disasarkan dengan membunyikan loceng.
“Sekiranya penghuni tiada, mereka akan masuk dengan umpil pintu depan.
“Kita percaya penahan suspek ini berjaya menyelesaikan kes pecah rumah sekitar daerah ini termasuk di beberapa negeri lain dengan jumlah keseluruhan 34 kes setakat ini,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, empat suspek termasuk seorang wanita didapati positif dadah.
“Mereka direman bermula semalam sehingga 20 November nanti.
“Kes disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sinar Harian
Wed Nov 14 2018
![Empat berputih mata, tak sempat joli hasil rompakan Empat berputih mata, tak sempat joli hasil rompakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/71542239631_ROMPAK.jpg)
Wang tunai lebih setengah juta bersama dron yang dirampas. - Foto Sinar Harian
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![DJI hantar kargo di Gunung Everest guna dron DJI hantar kargo di Gunung Everest guna dron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717802918_TBDron.jpg)
DJI hantar kargo di Gunung Everest guna dron
Dron DJI FlyCart 30 (FC30) berjaya membawa kargo dalam bentuk tong oksigen, beg sandang dan bekalan makanan sehingga 15 kilogram.
![Budak lapan tahun dinobat juruvideo dron termuda dunia Budak lapan tahun dinobat juruvideo dron termuda dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716853904_tbAZSDroneFest.jpg)
Budak lapan tahun dinobat juruvideo dron termuda dunia
Pengiktirafan Louisa Royer yang membawa dronnya semasa melakukan percutian di Eropah, Jepun, Australia dan Korea Selatan oleh GWR.
![Dron Turki mungkin kesan tapak nahas helikopter, 73 pasukan SAR dikerah Dron Turki mungkin kesan tapak nahas helikopter, 73 pasukan SAR dikerah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716171424_TBAKINCIUAV.jpg)
Dron Turki mungkin kesan tapak nahas helikopter, 73 pasukan SAR dikerah
Persatuan Bulan Sabit Merah Iran memaklumkan, tapak nahas berkenaan dikesan dron milik Turki.
![Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714195079_FirmaDronChinaDJ.jpg)
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
![[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Apa perkembangan seterusnya? [LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Apa perkembangan seterusnya?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713517893_Militaryjpg.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Apa perkembangan seterusnya?
Setiausaha Negara AS, yang menjawab soalan di Capri, enggan mengulas mengenai serangan Israel terhadap Iran.
![Jordan pertahan tindakan pintas dron Iran Jordan pertahan tindakan pintas dron Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713140172_AymanSafadi.jpg)
Jordan pertahan tindakan pintas dron Iran
Negara itu konsisten dengan polisinya bahawa ia akan bertindak ke atas pencerobohan pihak asing di ruang udaranya.
![Iran lancar lebih 200 dron ke Israel Iran lancar lebih 200 dron ke Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713064544_Iranmissilesdron.jpg)
Iran lancar lebih 200 dron ke Israel
Tentera Israel berkata bahawa puluhan pelancaran peluru berpandu permukaan telah dikenal pasti menghampiri wilayah Israel.
![Jordan pintas dron Iran ke Israel Jordan pintas dron Iran ke Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713062137_Iranattack.jpg)
Jordan pintas dron Iran ke Israel
Tentera juga berada dalam keadaan berjaga-jaga dan sistem radar memantau sebarang aktiviti dron yang datang dari arah Iraq dan Syria.
!['Kami serang Israel kerana abai amaran PBB' - IRGC 'Kami serang Israel kerana abai amaran PBB' - IRGC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713056980_IranmissilesIsr.jpg)
'Kami serang Israel kerana abai amaran PBB' - IRGC
Serangan dilakukan ke atas Israel atas sebab mereka mengabaikan arahan Majlis Keselamatan PBB supaya menghentikan pencerobohan.
![Tentera Israel tembak jatuh dron Iran Tentera Israel tembak jatuh dron Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713052432_Iranianmissiles.jpg)
Tentera Israel tembak jatuh dron Iran
Letupan kuat kedengaran selepas sistem pertahanan udara menembak jatuh objek yang terbang di langit bandar itu.