MEKAH: Mudah, penuh dengan maklumat dan mesra pengguna.
Itulah kelebihan bakal diperoleh apabila menggunakan empat aplikasi yang dibangunkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) ketika berada di Mekah iaitu THhujjaj, Hajjmobility, E-Taib dan E-bimbingan sempena musim Haji tahun ini.
Pengarah Operasi Bahagian Teknologi Maklumat Haji TH Shamsul Kamar Hussein Kamal berkata aplikasi itu bukan sahaja boleh menjadi saluran maklumat penting untuk petugas tetapi juga mampu menjadi rujukan kepada pelbagai persoalan bagi 14, 306 jemaah Malaysia.
Beliau berkata lebih menarik, pengguna mampu menguasainya dalam tempoh yang singkat meskipun warga emas serta mereka yang kurang cekap menggunakan teknologi.
"Sebenarnya terdapat peningkatan pemahaman tentang teknologi maklumat dalam kalangan warga emas sekarang ini tetapi bagi mereka yang ada masalah akan dibantu oleh petugas terutama ketika menggunakan THhujjaj.
"THhujjaj ini memang mudah digunakan... jemaah haji yang pertama kali pun tak perlu risau kerana ia sangat mudah dan semua isu berkaitan haji boleh diperoleh daripada aplikasi itu," katanya kepada pemberita di Bangunan Al Jandriah di sini.
Shamsul Kamar juga berkata tempoh dua tahun tidak bertugas di Mekah akibat COVID-19 telah digunakan sebaiknya oleh pasukan teknologi maklumat TH untuk melakukan penambahbaikan sistem sedia ada malah berpeluang mencipta aplikasi baharu.
Mengakui peredaran teknologi yang semakin pantas, beliau berkata TH juga tidak ketinggalan dalam mendapatkan penggunaan sistem terbaik dan terkini agar tidak membebankan jemaah haji kelak.
"Proses pembangunan digitalisasi dilakukan setelah TH melihat keperluan untuk memudahkan jemaah... kita mulakan THhujjaj ini dah lebih empat tahun termasuk mengkaji apa yang boleh ditambah baik dengan membuat pelbagai versi percubaan.
"Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dua tahun lepas ia telah siap tetapi tidak dapat dilakukan sesi ujian kerana sistem ini hanya boleh digunakan di Mekah," katanya.
Shamsul Kamar berkata Hajjmobility pula akan membantu petugas memantau semua pergerakan jemaah terutama dalam menyusun pengangkutan dan penginapan malah sistem ini mampu mengurangkan kesilapan pengurusan ketika di Tanah Suci.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 01 2022
![Empat aplikasi TH di Mekah mudah diguna, salur maklumat penting Empat aplikasi TH di Mekah mudah diguna, salur maklumat penting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81654100137_ShamsulKamar.jpg)
Shamsul Kamar berkata aplikasi itu bukan sahaja boleh menjadi saluran maklumat penting untuk petugas tetapi juga mampu menjadi rujukan kepada pelbagai persoalan bagi 14, 306 jemaah Malaysia. - Bernama
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![TH beri komitmen kepada Pasukan Petugas Khas polis tangani isu penipuan TH beri komitmen kepada Pasukan Petugas Khas polis tangani isu penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71597663553_TabungHaji.jpg)
TH beri komitmen kepada Pasukan Petugas Khas polis tangani isu penipuan
Lembaga Tabung Haji (TH) menyatakan komitmen penyertaan mereka dalam Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu jemaah haji terkandas dan penipuan pakej haji yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
![14 sekeluarga tunai haji bersama, hasil menabung selama 35 tahun 14 sekeluarga tunai haji bersama, hasil menabung selama 35 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717924575_Hajikeluarga.jpg)
14 sekeluarga tunai haji bersama, hasil menabung selama 35 tahun
Baharin Osman dapat melihat hasil daripada disiplin menabung apabila mereka sekeluarga, 14 orang kesemuanya, dapat menunaikan haji pada musim ini, 1445H/2024M.
![Makkah Route: Bukti keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia Makkah Route: Bukti keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713849159_MohdNaimMokhtar.jpg)
Makkah Route: Bukti keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia
Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap Tabung Haji.
![Jemaah haji terkandas: TH tidak terima laporan rasmi setakat ini Jemaah haji terkandas: TH tidak terima laporan rasmi setakat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
Jemaah haji terkandas: TH tidak terima laporan rasmi setakat ini
Lembaga Tabung Haji (TH) setakat ini tidak menerima laporan rasmi berhubung kejadian rakyat Malaysia terkandas di Makkah dan Madinah akibat terpedaya dengan pakej haji menggunakan visa pelancong.
![TH sedia sepenuhnya santuni 31,600 jemaah haji TH sedia sepenuhnya santuni 31,600 jemaah haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714948631_masjidKubaMadinah.jpg)
TH sedia sepenuhnya santuni 31,600 jemaah haji
Persediaan Tabung Haji kini mencapai skala 90 peratus lengkap, sementara 10 peratus lagi menanti kedatangan KT jemaah pertama pada 9 Mei.
![TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714297727_TBBAKALHAJI.jpg)
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos menunaikan haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
![TH sumbang RM1 juta bantu asnaf bermasalah pendengaran TH sumbang RM1 juta bantu asnaf bermasalah pendengaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708605453_TBMohdNaimMokhtar.jpg)
TH sumbang RM1 juta bantu asnaf bermasalah pendengaran
Lembaga Tabung Haji (TH) menyumbang RM1 juta bagi Program Pusat Audiometrik Bergerak untuk membantu warga asnaf yang mempunyai masalah pendengaran.
![TH tawar perlindungan takaful berganda TH Khairat sehingga RM24,000 TH tawar perlindungan takaful berganda TH Khairat sehingga RM24,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708069299_TBtabunghajijp.jpg)
TH tawar perlindungan takaful berganda TH Khairat sehingga RM24,000
Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan peluang kepada pendeposit untuk mendapatkan perlindungan takaful TH Khairat berganda dengan manfaat kewangan sehingga RM24,000 menerusi dua sijil perlindungan.
![Jangan tertipu! Upah haji RM1,000- RM3,500 terlampau rendah - TH Jangan tertipu! Upah haji RM1,000- RM3,500 terlampau rendah - TH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81675085818_TabungHaji.jpg)
Jangan tertipu! Upah haji RM1,000- RM3,500 terlampau rendah - TH
Syed Saleh menambah tawaran badal haji pada harga sekitar RM1,000 sehingga RM3,500 ke atas disifatkan terlampau murah.
![Penerbangan pertama haji dijangka 21 Mei, TH masih merayu kuota tambahan Penerbangan pertama haji dijangka 21 Mei, TH masih merayu kuota tambahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-08/51566731134_jemaahhaji.jpg)
Penerbangan pertama haji dijangka 21 Mei, TH masih merayu kuota tambahan
Jumlah sebenar jemaah yang akan menunaikan haji tahun ini belum diketahui kerana TH masih dalam proses mengemukakan rayuan kuota tambahan.