KOTA BHARU: Polis Kelantan sedang menjalankan siasatan dalaman ke atas empat anggotanya yang ditahan selepas disyaki membekalkan air ketum dan tembakau kepada tahanan di lokap Mahkamah Kota Bharu, 30 Okt lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata sebelum ini keempat-empat anggota berpangkat koperal dan lans koperal berusia antara 25 hingga 33 tahun itu, direman tiga hari.
"Siasatan dalaman masih dijalankan dan kita akan ambil tindakan sementara untuk proses tahan kerja.
"Sekiranya benar bahan itu dibawa sama ada untuk kegunaan mereka atau untuk diedarkan, tindakan akan diambil di bawah kes jenayah iaitu mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kelantan, di sini hari ini.
Susulan kes itu, Muhamad Zaki berkata pihaknya akan memberi penekanan kepada aspek penyeliaan termasuk mencari kaedah penyeliaan terbaik bagi ketua polis daerah dan jabatan masing-masing.
"Jika berlaku apa-apa kesalahan, orang yang menyelia juga akan terlibat dan disebabkan itu kita amat menekankan agar pemantauan dilakukan oleh pegawai penyelia.
"KPN (Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain) pada Ogos lalu menyeru semua pegawai dan anggota yang memegang jawatan sebagai penyelia dalam Polis Diraja Malaysia agar melaksanakan arahan 'total enforcement' (penguatkuasaan penuh) ke atas Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993," katanya.
Beliau menambah kes seumpama itu pertama kali dikesan di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 05 2023

Muhamad Zaki berkata pihaknya akan memberi penekanan kepada aspek penyeliaan termasuk mencari kaedah penyeliaan terbaik bagi ketua polis daerah dan jabatan masing-masing. - Gambar fail/Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Tiada letupan, gegaran kuat berlaku di Machang - Polis
Polis mengesahkan tiada sebarang aktiviti yang menggunakan bahan letupan atau kebakaran hingga kononnya berlaku letupan dan gegaran kuat di Kampung Kelaweh, Machang hari ini.

Dua lelaki menyamar anggota SPRM ditahan di Pasir Mas
Polis menahan dua lelaki dipercayai menyamar sebagai anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sekitar Pasir Mas, semalam.

Polis Kelantan bakal guna dron canggih kekang jenayah rentas sempadan
Kegunaan dron dapat menangani masalah penyeludupan termasuk dadah, barang kawalan dan barang-barang tidak sah yang keluar masuk dari Kelantan.

Polis Kelantan mohon helikopter persediaan hadapi Monsun Timur Laut
Polis Kelantan memohon agar sebuah helikopter ditempatkan di negeri ini sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), dijangka bermula tidak lama lagi.

Polis kesan tiga individu tipu urusan jual beli tanah
Polis Kelantan sedang mengesan tiga individu termasuk dua adik-beradik, bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan urusan pembelian sebidang lot tanah.

Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.

Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, awal pagi tadi.

90 kes jenayah seksual direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Lima ditahan seludup beras, pelbagai jenis dadah
Polis menahan lima penyeludup warga tempatan kerana disyaki menyeludup 50 kampit beras dari negara jiran dalam operasi kontraban di Kelantan.

Lelaki bergelar 'Datuk' dikehendaki polis ditahan, direman di Kelantan
Ia berkaitan dengan kes ugutan dan mencederakan mangsa di Kota Bharu, baru-baru ini.