Enam perompak bertopeng dan bersenjatakan parang berjaya melarikan 5 kilogram emas bernilai RM900,000 milik sebuah syarikat dalam rompakan di Jalan Hadapan Rumah Pam Jabatan Pengairan dan Saliran di Seberang Jaya, pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, suspek bertindak melarikan kereta jenis Proton X70 yang dipandu dua pekerja syarikat berkenaan yang sedang dalam perjalanan ke sebuah kedai emas di Jitra, Kedah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata ketika kejadian sebuah kereta jenis BMW dinaiki suspek secara tiba-tiba telah memberhentikan kenderaan di hadapan kereta jenis Proton yang dipandu pekerja syarikat berkenaan.
Sebuah lagi kenderaan jenis pacuan empat roda pula menghalang belakang kereta mangsa sambil diawasi dua lelaki yang memakai topeng serta memegang parang.
Menurut Nik Ros Azhan, suspek bertindak memecahkan cermin kereta mangsa di bahagian hadapan kiri serta kanan dan menarik mangsa keluar dari kereta.
Suspek melarikan dua beg mengandungi barang kemas yang disimpan di dalam but kereta serta dompet dan kenderaan milik mangsa.
Polis masih meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian dan polis sedang giat memburu suspek.
Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Astro Awani
Mon Jun 03 2019

Enam perompak bertopeng dan bersenjatakan parang berjaya melarikan 5 kilogram emas bernilai RM900,000 milik sebuah syarikat dalam rompakan di Seberang Jaya. -Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Emas hampir RM1 juta dilarikan enam suspek di Seberang Jaya
Suspek bertindak memecahkan cermin kereta mangsa di bahagian hadapan kiri serta kanan dan menarik mangsa keluar dari kereta.