IPOH: Awas jika anda menerima pesanan Telegram mencurigakan daripada kenalan, keluarga atau saudara-mara, kerana aplikasi tersebut terdedah kepada jenayah penipuan, 'Telegram Takeover'
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak Supt Hasbullah Abd Rahman berkata penipuan melalui penggodaman aplikasi Telegram kini sering berlaku dengan penggodam melakukan pelbagai modus operandi (MO).
"Jika sebelum ini MO penipu ialah dengan menyamar sebagai rakan atau saudara mara yang kononnya mahu meminjam wang, namun MO mereka kini (mungkin penggodam yang sama) akan memasukkan talian pengguna ke dalam kumpulan pelaburan tidak wujud atau berkongsi link yang membawa kepada kecurian wang dalam akaun bank," katanya ditemui Bernama di pejabatnya di sini.
Hasbullah berkata melalui aduan yang diterima pihaknya sebelum ini, terdapat mangsa telah datang membuat laporan kononnya rakannya mahu meminjam wang melalui Telegram dan dia telah memindahkan sejumlah wang melalui transaksi secara dalam talian.
"Namun, apabila dia bertemu rakannya, rakannya itu menafikan dan kedua-duanya membuat laporan polis, ternyata mereka telah menjadi mangsa penggodaman Telegram," katanya menambah bahawa Perak merekodkan sebanyak 54 kes bagi tahun 2022 sehingga 2023 dengan jumlah kerugian RM134,959.01.
Hasbullah turut menasihatkan pengguna mengenai tanda-tanda Telegram mereka sedang digodam iaitu termasuk akaun tidak dapat diakses, video, mesej dan gambar dihantar ke kontak lain tanpa pengetahuan, Telegram meminta perincian setiap kali log masuk akaun dan mendapat SMS ataupun 'notification' yang akaun diakses dari peralatan lain.
"Jika ini berlaku, pengguna perlu set semula dengan menetapkan langkah keselamatan seperti two step verification, menggunakan kod pin atau cap jari.
"Ini kerana jika kita terus 'uninstall' Telegram' itu dari telefon pintar dan membiarkan penipu terus menggunakan akaun kita sewenang-wenangnya, mungkin ia akan memberi masalah kepada kita atau lebih ramai yang akan tertipu, langkahnya ialah terus gunakan namun ambil langkah keselamatan lebih ketat seperti disediakan aplikasi tersebut,"katanya.
Beliau berkata pengguna juga perlu log keluar jika membukanya dengan alat komunikasi lain dan tidak mendedahkan kod OTP Telegram dan reset atau nyahaktif akaun jika mengenal pasti akaun telah melakukan aktiviti mencurigakan.
Pengguna juga perlu melaporkan kepada polis jika penggodaman Telegram melibatkan wang dan nyawa, katanya.
Mengulas lanjut, selain menyamar sebagai rakan atau saudara-'mara, penipu akan menambah nombor atau akaun Telegram mangsa ke dalam kumpulan 'pelaburan' untuk tujuan penipuan atau berkongsi link palsu kononnya untuk mendapatkan bantuan kerajaan dan sebagainya.
"Jangan sesekali menekan link tersebut kerana, penipu berkongsi pautan fail APK (android package kit) tidak sah bagi tujuan 'mencuri' wang di dalam akaun.
"Mangsa akan diminta mengemas kini maklumat peribadi di link yang telah dimuat turun, seterusnya page error akan terpapar dan duit dalam akaun bank akan lesap," katanya sambil menasihati pengguna agar berhati-hati dengan penipuan penjualan emas secara dalam talian.
Katanya barang kemas akan diiklankan di dalam Facebook, Instagram, Telegram dengan tujuan menarik perhatian mangsa dan mangsa seterusnya akan dimasukkan dalam kumpulan Whatsap atau Telegram.
"Mangsa akan diminta memasukkan wang ke dalam akaun suspek bagi proses pembelian emas, namun mangsa tidak memerima sebarang emas yang dibeli dan suspek kemudian gagal dihubungi," katanya menambah Perak merekodkan 199 kes tipu pembelian emas secara dalam talian dengan jumlah kerugian RM1,004,234.81 bagi tempoh 2019 sehingga 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024

Penipuan melalui penggodaman aplikasi Telegram kini sering berlaku dengan penggodam melakukan pelbagai modus operandi (MO). - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

Anak menteri kahwin di negara jiran, sorok daripada keluarga - KPN
Polis mengesahkan sijil nikah anak seorang menteri Kabinet adalah sah selepas mereka berkahwin di negara jiran pada September lalu.

Telegram dapat lesen penyedia media sosial - Fahmi Fadzil
Kelulusan itu menjadikan ia penyedia ketiga yang diberikan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi, selepas TikTok dan WeChat.

Inisiatif berani diperlukan pulih hubungan AS-China, kata pakar
Inisiatif berani dan berfikiran ke hadapan diperlukan untuk memulihkan hubungan Amerika Syarikat (AS)-China.

Punca nahas pesawat Azerbaijan Airlines: Gangguan luaran fizikal, teknikal
Azerbaijan Airlines pada Jumaat mengumumkan bahawa keputusan awal siasatan menunjukkan "gangguan luaran fizikal dan teknikal" menjadi punca nahas pesawat Embraer 190 miliknya di Kazakhstan pada Rabu l

Telegram, WeChat mula proses pelesenan, MCMC puji usaha tingkat keselamatan siber
Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka beroperasi di Malaysia.

Pengurus inap desa rugi lebih RM60,000 ditipu skim pelaburan bitcoin
Seorang pengurus inap desa kerugian lebih RM60,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan bitcoin dalam talian.

Telegram halang lebih 15 juta saluran dengan kandungan berbahaya sepanjang 2024
Telegram Menghalang Lebih 15 Juta Saluran Dengan Kandungan Berbahaya Sepanjang 2024

Pelesenan media sosial: Telegram akhirnya beri respon positif
Telegram akhirnya memberi maklum balas positif berhubung pelaksanaan pelesenan media sosial yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.

Suri rumah rugi RM130,000 selepas terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang suri rumah berusia 50-an kerugian RM130,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian di sini pada awal November lepas.