PUTRAJAYA: Nilai eksport makanan akuakultur dan nangka ke China masing-masing dijangka mencecah RM42 juta dan RM10 juta setahun, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Dalam kenyataan pada Khamis KPKM memaklumkan ia susulan pemeteraian Protokol Kuarantin dan Keperluan Kesihatan bagi Pengeksportan Makanan Akuakultur dan Protokol Keperluan Pemeriksaan dan Kuarantin bagi Pengeksportan Nangka Segar ke China pada 1 April lepas.
Menurut kenyataan itu pemeteraian kedua-dua protokol tersebut membuka ruang pasaran eksport baharu ke negara tembok besar itu melibatkan pengeksportan nangka segar dan makanan akuakultur yang dihasilkan di Malaysia.
"Kerajaan menjangkakan pelaksanaan kedua-dua protokol ini akan menggalakkan perkembangan industri tanaman nangka tempatan serta membuka pasaran baharu kepada kilang makanan akuakultur di Malaysia," menurut KPKM.
Kedua-dua protokol ditandatangani Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mewakili Malaysia dan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) diwakili Menterinya Yu Jianhua ketika lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China pada 29 Mac hingga 1 April lepas.
Pada 2021, menurut KPKM nilai eksport nangka Malaysia sebanyak RM18.5 juta dengan pasaran utama eksport tersebut ialah Singapura, Republik Czech, Jerman, Hong Kong dan Emiriah Arab Bersatu.
Bagi industri makanan akuakultur pula, pada tahun sama nilai eksport sedia ada bernilai RM53 juta dengan pasaran ke Arab Saudi, Brunei, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.
Menurut kenyataan tersebut ketika ini Malaysia hanya dibenarkan untuk mengeksport tepung ikan ke China dan pelaksanaan protokol berkenaan berupaya membuka peluang pasaran baharu kepada kilang makanan akuakultur di negara ini.
Pemain industri yang berminat untuk berdaftar sebagai pengeksport nangka ke China boleh menghubungi Jabatan Pertanian dengan mengemukakan e-mel kepada pro@doa.gov.my, manakala bagi pendaftaran pengeksport makanan akuakultur ke China boleh menghubungi Jabatan Perikanan melalui e-mel kepada pro@dof.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2023

Nilai eksport makanan akuakultur dan nangka ke China masing-masing dijangka mencecah RM42 juta dan RM10 juta setahun, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Jabatan Pertanian tunggu kelulusan GACC eksport durian segar ke China
Jabatan Pertanian sedang menunggu kelulusan daripada Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) bagi mengeksport durian segar ke negara berkenaan yang dijangka diperoleh pada tahun hadapan.

Perdagangan luar China lepasi RMB20 trilion
Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) menyifatkan prestasi itu selaras dengan jangkaan selepas meraih pertumbuhan sebanyak 2.1 peratus.

Eksport makanan akuakultur, nangka ke China dijangka cecah RM42 juta dan RM10 juta
Nilai eksport makanan akuakultur dan nangka ke China masing-masing dijangka mencecah RM42 juta dan RM10 juta setahun.