BALIK PULAU: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mahu Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengambil langkah segera bagi memastikan telur ayam yang dieksport adalah selamat dan tidak dicemari bakteria Salmonella Enteritidis (SE).
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata langkah itu penting agar pemantuan dan pembetulan dapat dilakukan segera dan tidak menimbulkan masalah di negara pengimport.
"DVS kena kenal pasti telur ayam yang selamat supaya bila dihantar ke Singapura tidak timbul masalah ia tidak selamat atau mengandungi bakteria SE...Sepatutnya kita kena kesan dulu sebelum dieksport ke sana (Singapura)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Seri Pulau, di sini hari ini.
Menurutnya, MAFI juga masih menunggu laporan penuh daripada DVS mengenai isu telur ayam tercemar bakteria SE yang datangnya dari ladang ayam di negara dan telah dikesan di Singapura.
Semalam, Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan untuk menarik balik telur ayam yang mempunyai cetakan kod 'CEM014, diimport dari sebuah lagi ladang di Malaysia setelah mengesan kehadiran bakteria SE.
SFA dilaporkan berkata pihaknya telah mengarahkan empat pengimport untuk menarik balik produk tersebut sebagai langkah berjaga-jaga, memandangkan bakteria SE boleh menyebabkan penyakit bawaan jika telur berkenaan dimakan mentah atau tidak dimasak dengan betul.
Dalam isu berasingan, Che Abdullah berkata pada tahun ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM35.6 juta kepada 212 Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di seluruh negara dalam usaha membantu melaksanakan projek perusahaan kecil dan melahirkan lebih ramai usahawan peladang dalam kalangan 900,000 ahlinya.
"MAFI melalui LPP bersedia membantu dari segi aspek peruntukan pembangunan projek dan menjadi penyelaras bagi memastikan ahli bergerak lebih progresif dan dapat menambah pendapatan di samping meningkatkan ekonomi serta memastikan bekalan makanan dalam negara mencukupi," katanya.
Dalam pada itu, katanya MAFI juga bersetuju dengan cadangan LPP Pulau Pinang untuk menjadikan PPK Seri Pulau sebagai agro edutourism kerana terletak di lokasi yang strategik dan mampu menarik pelancong bagi melihat sendiri projek pertanian di negeri ini.
PPK Seri Pulau mempunyai pebagai projek pertanian seperti penanaman cendawan, sayur konvensional dan akuaponik membabitkan peruntukan RM812,010 dengan melibatkan 20 usahawan peladang dan berpotensi untuk terus dimajukan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 21 2021
Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata langkah itu penting agar pemantuan dan pembetulan dapat dilakukan segera dan tidak menimbulkan masalah di negara pengimport. - Gambar fail
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
DVS bangunkan aplikasi MyFeed tingkatkan pengeluaran daging, susu
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) membangunkan aplikasi mudah alih dikenali sebagai MyFeed bagi mengira dan merancang 'ration' atau catuan makanan harian yang lengkap untuk haiwan ternakan.
Mewarna anak ayam tidak dikategori sebagai penganiayaan haiwan - DVS
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) memaklumkan perkara itu termaktub di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
Video tular: Lelaki dera anjing direkod keterangan - Veterinar
DVS telah merekodkan keterangan seorang lelaki dipercayai mendera anjing baka Husky di sebuah kondominium di Kajang.
Malaysia bebas penyakit anthrax - Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) hari ini mengesahkan tiada sebarang laporan penyakit anthrax di Malaysia ketika ini.
Ternakan di dalam negara bebas penyakit Nipah - DVS
Status itu adalah berdasarkan hasil survelan ke atas 399 sampel babi komersial sehingga Ogos lepas yang mendapati keputusan ujian adalah negatif.
DVS tarik balik arahan gantung import lembu, kerbau dari Australia
DVS telah menarik balik arahan penggantungan import ternakan hidup lembu dan kerbau dari Australia, berkuatkuasa serta-merta.
Bekalan telur ayam bagi sambutan Aidilfitri mencukupi - DVS
DVS sentiasa komited dalam memastikan bekalan telur ayam negara terus stabil dan sentiasa prihatin terhadap keperluan serta kebajikan rakyat Malaysia.
Kerja musnahkan populasi babi dijangkiti ASF di Kerian selesai - DVS
DVS memaklumkan penyitaan, penutupan dan proses disinfeksi ke atas dua ladang babi komersial pula sedang dijalankan.
Isu kekurangan bekalan lembu untuk Aidiladha selesai sebelum Julai, tempoh kuarantin disingkatkan
Isu kekurangan bekalan lembu hidup bagi ibadah korban dijangka selesai menjelang awal Julai ini, termasuk tempoh kuarantin kemasukan lembu import yang dipendekkan kepada 14 hari.