PUTRAJAYA: Kerja-kerja memusnahkan populasi babi dijangkiti penyakit Demam Babi Afrika (ASF) di dua ladang komersial ternakan haiwan itu di Kerian, Perak dan pelupusan bangkainya secara tanam selesai dilakukan, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).
DVS dalam kenyataan hari ini memaklumkan penyitaan, penutupan dan proses disinfeksi ke atas dua ladang babi komersial pula sedang dijalankan.
"DVS telah membuat pemantauan (survelan), pemeriksaan klinikal dan persampelan di ladang babi komersial di dalam kawasan terjangkit (Zon Pemantauan/Survelan) termasuk rumah sembelih di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.
"Survelan lapangan dan siasatan serta persampelan pada babi komersial dipergiatkan lagi di ladang dan rumah sembelih. Syarat pindah babi serta produk babi dari negeri Perak ke seluruh Semenanjung Malaysia telah diperketatkan," menurut kenyataan itu.
Pada Isnin, DVS mengesahkan kejadian penyakit ASF di dua ladang komersial ternakan babi di Kerian berdasarkan ujian reaksi rantai polimerase oleh Institut Penyelidikan Veterinar.
Sehubungan itu, DVS memberitahu semua ladang babi komersial diminta memperkukuh amalan dan kemudahan biosekuriti di premis masing-masing bagi mencegah kemasukan penyakit ASF.
Antara langkah yang boleh diambil ialah memastikan pagar perimeter lengkap bagi mengelak pencerobohan orang dan haiwan liar termasuk babi hutan.
"Penternak juga dinasihatkan untuk tidak menghantar babi ke rumah sembelih sekiranyaada tanda klinikal disyaki penyakit di ladang.
"Kenderaan pengangkut babi mesti melalui proses disinfeksi secara menyeluruh meliputi permukaan luar dan di dalam lori, sebelum dan selepas keluar dari kawasan rumah sembelih," katanya.
DVS menasihatkan orang ramai untuk tidak membeli babi hidup secara terus dari ladang atau kenderaan pengangkut babi selain tidak panik kerana penyakit ASF adalah tidak zoonotik iaitu tidak berjangkit kepada manusia.
"Setakat ini, tiada laporan atau aduan kematian babi yang tinggi diterima dari daerah Kerian," katanya dan menambah semua penternak diminta melaporkan kepada DVS dengan kadar segera jika berlaku kematian luar biasa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 23 2022

DVS memaklumkan penyitaan, penutupan dan proses disinfeksi ke atas dua ladang babi komersial pula sedang dijalankan. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar siasat setiap aduan berkait penganiayaan haiwan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menegaskan setiap aduan berkaitan penganiayaan haiwan yang diterima diambil tindakan sewajarnya.

Penganiayaan haiwan: Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil sebarang tindakan yang dilaporkan oleh aktivis kebajikan haiwan.

Malaysia diminta tangguh sementara eksport produk sarang burung walet ke China
Keputusan itu selaras dengan Protokol bagi Eksport Produk Sarang Burung dari Malaysia ke China.

DVS bangunkan aplikasi MyFeed tingkatkan pengeluaran daging, susu
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) membangunkan aplikasi mudah alih dikenali sebagai MyFeed bagi mengira dan merancang 'ration' atau catuan makanan harian yang lengkap untuk haiwan ternakan.

Mewarna anak ayam tidak dikategori sebagai penganiayaan haiwan - DVS
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) memaklumkan perkara itu termaktub di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

Mahkamah tetap 19 Ogos dengar kes dera anjing ‘Husky’
Kertas siasatan berhubung kes dera anjing baka Husky di sebuah kondominium di Kajang sudah pun lengkap dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Malaysia bebas penyakit anthrax - Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) hari ini mengesahkan tiada sebarang laporan penyakit anthrax di Malaysia ketika ini.

15 ladang babi diarah tutup, 204 kompaun dikeluarkan
Sebanyak 15 daripada 116 premis ternakan babi di seluruh Seberang Perai telah disekat dan dibatalkan Lesen Premis Veterinar sejak tahun lalu.

Ladang babi disyaki cemar Sungai Kulim, Sungai Air Merah diarah tutup
Arahan itu dikeluarkan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selepas semakan mendapati ladang itu tiada lesen sah untuk beroperasi.

Malaysia bebas penyakit kuda Afrika - DVS
Perkara itu dimaklumkan WOAH menerusi surat yang dihantar kepada DVS.