KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah menjalankan siasatan terhadap ladang CES 008 Lay Hong di Jeram, Selangor untuk mengenal pasti punca pencemaran Salmonella Enteritidis (SE) pada telur.
DVS dalam kenyataan hari ini memaklumkan jabatan itu telah membuat daya jejak sumber jangkitan SE, menjalankan siasatan penyakit, menyemak rekod pemvaksinan, pengeluaran telur dan rekod program survelan (pengawasan) penyakit di ladang.
Pada masa sama, DVS juga menjalankan pensampelan (sampel persekitaran, kloaka, makanan ternakan, air minuman dan telur) untuk pengesanan SE.
"Telur keluaran ladang CES 008 tidak dibenarkan dijual di pasaran tempatan sebagai telur sajian sehingga keputusan siasatan diperolehi. Telur daripada ladang ini hanya untuk penghasilan produk telur yang melalui rawatan haba di kilang pemprosesan syarikat yang terletak di Kapar dan Meru, Selangor.
"DVS juga menjalankan siasatan dan ujian SE terhadap semua ladang milik syarikat Lay Hong Berhad bagi memastikan telur keluaran ladangnya adalah bebas SE. DVS tidak membenarkan kemasukan semula telur 'recall' CES 008 ke Malaysia," demikian menurut kenyataan tersebut.
Sementara itu, DVS memaklumkan penggantungan CES 008 ke Singapura tidak menjejaskan pengeksportan bekalan telur dari lain-lain ladang ke negara itu dan bekalan untuk pasaran tempatan.
Selain itu, DVS memaklumkan bahawa melalui Program Survelan Penyakit Haiwan Kebangsaan, Salmonellosis merupakan salah satu penyakit yang dipantau di semua ladang ayam di Malaysia.
Semalam, Bernama melaporkan Singapura telah mengarahkan empat pengimportnya menarik balik telur keluaran Lay Hong di Malaysia daripada pasaran republik itu sebagai langkah berjaga-jaga.
Menurut Agensi Makanan Singapura (SFA), arahan itu dibuat berikutan penemuan bakteria SE pada produk tersebut yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan sekiranya produk berkenaan dimakan mentah atau separuh masak.
DVS memaklumkan terdapat lebih 2000 spesies Salmonella dan gejala pada manusia akibat jangkitan SE antaranya sakit perut, cirit-birit, loya, muntah serta demam. Namun, SE boleh dimusnahkan dengan cara memasak produk berkenaan dengan sempurna.
Terdahulu, DVS memaklumkan jabatan itu telah membuat sesi libat urus bersama pihak pengurusan Lay Hong hari ini.
"Terdapat 10 ladang ayam yang terdiri daripada dua ladang pullet dan lapan ladang ayam penelur milik syarikat Lay Hong Berhad. Hanya satu ladang iaitu CES 008 yang mengeksport telur ke Singapura.
"Pihak syarikat memaklumkan bahawa 100 peratus telur keluaran daripada ladang CES 008 adalah untuk pasaran eksport ke Singapura.
"Pihak syarikat bersetuju untuk melaksanakan tindakan pembetulan dan pemantauan lebih kerap dan meningkatkan kawalan biosekuriti," demikian menurut kenyataan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 14 2021
![DVS ambil tindakan susulan kes penarikan balik telur dari pasaran Singapura DVS ambil tindakan susulan kes penarikan balik telur dari pasaran Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71615726631_Telur.jpg)
DVS memaklumkan bahawa melalui Program Survelan Penyakit Haiwan Kebangsaan, Salmonellosis merupakan salah satu penyakit yang dipantau di semua ladang ayam di Malaysia. - Gambar hiasan/ Bernama
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
![Video tular: Lelaki dera anjing direkod keterangan - Veterinar Video tular: Lelaki dera anjing direkod keterangan - Veterinar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720088707_deraanjing.jpg)
Video tular: Lelaki dera anjing direkod keterangan - Veterinar
DVS telah merekodkan keterangan seorang lelaki dipercayai mendera anjing baka Husky di sebuah kondominium di Kajang.
![Malaysia bebas penyakit anthrax - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia bebas penyakit anthrax - Jabatan Perkhidmatan Veterinar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712062533_membersihkankandang.jpg)
Malaysia bebas penyakit anthrax - Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) hari ini mengesahkan tiada sebarang laporan penyakit anthrax di Malaysia ketika ini.
![Ternakan di dalam negara bebas penyakit Nipah - DVS Ternakan di dalam negara bebas penyakit Nipah - DVS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674121256_babi.jpg)
Ternakan di dalam negara bebas penyakit Nipah - DVS
Status itu adalah berdasarkan hasil survelan ke atas 399 sampel babi komersial sehingga Ogos lepas yang mendapati keputusan ujian adalah negatif.
![DVS tarik balik arahan gantung import lembu, kerbau dari Australia DVS tarik balik arahan gantung import lembu, kerbau dari Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687164076_lembu.jpg)
DVS tarik balik arahan gantung import lembu, kerbau dari Australia
DVS telah menarik balik arahan penggantungan import ternakan hidup lembu dan kerbau dari Australia, berkuatkuasa serta-merta.
![Bekalan telur ayam bagi sambutan Aidilfitri mencukupi - DVS Bekalan telur ayam bagi sambutan Aidilfitri mencukupi - DVS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81669977579_Telur.jpg)
Bekalan telur ayam bagi sambutan Aidilfitri mencukupi - DVS
DVS sentiasa komited dalam memastikan bekalan telur ayam negara terus stabil dan sentiasa prihatin terhadap keperluan serta kebajikan rakyat Malaysia.
![Kerja musnahkan populasi babi dijangkiti ASF di Kerian selesai - DVS Kerja musnahkan populasi babi dijangkiti ASF di Kerian selesai - DVS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663922258_babi.jpg)
Kerja musnahkan populasi babi dijangkiti ASF di Kerian selesai - DVS
DVS memaklumkan penyitaan, penutupan dan proses disinfeksi ke atas dua ladang babi komersial pula sedang dijalankan.
![Isu kekurangan bekalan lembu untuk Aidiladha selesai sebelum Julai, tempoh kuarantin disingkatkan Isu kekurangan bekalan lembu untuk Aidiladha selesai sebelum Julai, tempoh kuarantin disingkatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81622717997_LEMBU.jpg)
Isu kekurangan bekalan lembu untuk Aidiladha selesai sebelum Julai, tempoh kuarantin disingkatkan
Isu kekurangan bekalan lembu hidup bagi ibadah korban dijangka selesai menjelang awal Julai ini, termasuk tempoh kuarantin kemasukan lembu import yang dipendekkan kepada 14 hari.
![Satu kematian disahkan rabies di Selangor pada 4 April - JKNS Satu kematian disahkan rabies di Selangor pada 4 April - JKNS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81626187656_PengarahJabatanKe.jpg)
Satu kematian disahkan rabies di Selangor pada 4 April - JKNS
Hasil siasatan dalam kalangan masyarakat setempat mendapati mendiang dilihat masih berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan dua hari sebelum meninggal.
![DVS kuat kuasa pelesenan bagi empat aktiviti libatkan haiwan DVS kuat kuasa pelesenan bagi empat aktiviti libatkan haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-06/71559645602_HotelKucing.jpg)
DVS kuat kuasa pelesenan bagi empat aktiviti libatkan haiwan
Langkah ini selaras dengan Seksyen 15 Akta Kebajikan Haiwan 2015, Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan (Fi Pelesenan) 2021.
![DVS perketat syarat lembu import susulan penyakit kulit berbonjol DVS perketat syarat lembu import susulan penyakit kulit berbonjol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41622889901_LSDLembu.jpg)
DVS perketat syarat lembu import susulan penyakit kulit berbonjol
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) mengetatkan syarat import lembu hidup daripada negara luar.