KUANTAN: Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah sekali lagi menegaskan bahawa Wisma Putra tidak akan membuat sebarang pengumuman berkaitan nama calon yang dipertimbangkan untuk dilantik sebagai ketua perwakilan Malaysia di luar negara.
"Wisma Putra hanya akan sebutkan nama-nama selepas menerima watikah daripada Yang di-Pertuan Agong dan selagi tiada (watikah), kita tidak akan menyebut nama," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pertandingan Bola Keranjang Pantai 3x3 di Beserah di sini hari ini.
Saifuddin berkata demikian semasa diminta mengulas laporan sebuah media baru-baru ini yang menyebut nama Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dikatakan akan dilantik sebagai Duta Besar Malaysia.
Sebelum ini, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota telah menasihatkan semua pihak supaya tidak memanjangkan nama atau isu berkaitan lantikan duta kerana ia tidak membantu dari segi hubungan baik Malaysia dengan negara luar.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin berpandangan cadangan Malaysia supaya Menteri Luar Kemboja Prak Sokhonn sebagai Duta Khas Pengerusi ASEAN ke Myanmmar untuk bertemu dengan beberapa pihak berkepentingan pada lawatannya ke Myanmar pada Mac ini, diterima baik.
Beliau berpandangan pertemuan dengan pihak yang dicadangkan itu bertujuan bagi memastikan mesej yang hendak disampaikan diterima pihak terlibat memandangkan semua pihak berkepentingan tersebut mempunyai peranan tersendiri di Myanmar.
"Beliau (Prak Sokhonn) tidak menjawab secara rasmi tetapi saya dapat merasakan cadangan itu diterima baik dan beliau juga seorang Menteri Luar yang berpengalaman dan sudah tentu akan secara upaya bertemu dengan semua," katanya.
Pada Pemukiman Menteri Luar ASEAN di Phnom Penh, Kemboja baru-baru ini, Saifuddin mencadangkan supaya Duta Khas Pengerusi ASEAN ke Myanmar untuk bertemu Majlis Perundingan Perpaduan Negara (NUCC) yang merupakan platform dialog dan penyelarasan dasar terdiri daripada Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG), Ahli Parlimen dipilih, parti politik, kumpulan perwakilan negeri sementara, masyarakat sivil dan bukan-kumpulan bantahan ganas dan kumpulan bersenjata.
Saifuddin semasa itu juga mencadangkan supaya Duta Khas tersebut melihat keputusan mesyuarat Perhimpunan Rakyat Myanmar pada 27 hingga 29 Jan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 20 2022
Datuk Seri Saifuddin Abdullah sekali lagi menegaskan bahawa Wisma Putra tidak akan membuat sebarang pengumuman berkaitan nama calon yang dipertimbangkan untuk dilantik sebagai ketua perwakilan Malaysia di luar negara. - Gambar fail/BERNAMA
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
4 rakyat Malaysia di Lubnan selamat tiba di KLIA, seorang lagi petang ini - Wisma Putra
Wisma Putra sedang berusaha untuk memastikan baki 16 rakyat Malaysia bersama keluarga mereka dapat dipindahkan dengan selamat.
Rakyat Malaysia di Iraq, Iran diminta mendaftar melalui E-Konsular - Wisma Putra
Semua rakyat Malaysia yang berada atau melancong ke Iraq dan Iran disarankan untuk segera mendaftar melalui E-Konsular.
Tiada pelajar Malaysia berdaftar lanjut pengajian di Lubnan - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi mengesahkan tiada pelajar Malaysia berdaftar yang melanjutkan pelajaran di Lubnan, setakat ini.
Malaysia hulur bantuan kepada Namibia yang dilanda kemarau
Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya menyerahkan sumbangan negara kepada Perdana Menteri Namibia, Saara Kuugongelwa Amadhila pada Isnin.
Malaysia kecam penggunaan peranti komunikasi sebagai senjata di Lubnan
Malaysia amat bimbang dengan penggunaan peranti komunikasi sebagai bahan letupan di seluruh Lubnan yang telah mengorbankan 21 nyawa.
Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Bandung - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan atau terjejas setakat ini akibat gempa bumi di Bandung, Indonesia yang berlaku pada Rabu.
Wisma Putra nasihatkan rakyat Malaysia di Poland, Republik Czech waspada susulan banjir
Rakyat Malaysia berkunjung ke kawasan terjejas banjir di Poland dan Republik Czech dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan.
Kerajaan komited pertahan hak kedaulatan kawasan maritim Malaysia - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri berkata pendirian ini selaras dengan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen PBB mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.
Wisma Putra pantau situasi di Lubnan, Malbatt kekal selamat
Batalion Pengaman Malaysia (Malbatt) 850-11 kekal selamat kerana ditempatkan jauh dari zon konflik utama di Lubnan.
Presiden Brazil undang PM Anwar hadiri Sidang Kemuncak G20 - Kementerian Luar
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva mengundang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Rio de Janeiro.