SEPANJANG tahun ini, terdapat banyak yang diperkatakan mengenai keperluan perkakasan baharu untuk memanfaatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk pengguna.
Presiden NVIDIA, Jensen Huang mengatakan bahawa kuasa komputer yang dibeli sekitar 5-6 tahun lalu tidak mencukupi untuk menguasakan teknologi kecerdasan buatan yang dibangunkan sekarang.
Malah, syarikat-syarikat seperti Humane dan Rabbit telah memperlihatkan aksesori AI mereka sendiri untuk membolehkan orang ramai tidak begitu bergantung kepada peranti pintar sekiranya mereka hanya mahu menggunakan fungsi kecerdasan buatan untuk menanyakan soalan, dan apa-apa fungsi lain yang memerlukan kebolehan kecerdasan buatan.
Sam Altman, CEO dan pengasas OpenAI yang membangunkan ChatGPT mempunyai pendapat yang berbeza.
Beliau berkata peranti pintar dan juga komputer riba yang dilancarkan baru-baru ini cukup bagus untuk keperluan kecerdasan buatan sedia ada.
Tidak kira sama ada anda akan memerlukan sambungan internet, selular ataupun pemprosesan kecerdasan buatan dalam peranti, beliau mengatakan bahawa peranti-peranti sedia ada sudahpun bersedia untuk masa hadapan di mana kecerdasan buatan akan menjadi sebuah fungsi biasa yang akan digunakan oleh orang ramai.
Perkara ini juga bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Syarikat-syarikat pembuat CPU seperti Intel dan AMD baru memperkenalkan cip pemprosesan yang hadir dengan pemproses kecerdasan buatan terbina, dan Apple juga dilihat akan membangunkan cip pemprosesan dengan kemampuan yang sama untuk produk-produk MacBook mereka tidak lama lagi.
Sam Altman, yang berada di kampus Cambridge bercakap mengenai sebuah teknologi AI baharu yang sedang dibangunkan yang mengetahui tentang sebarang emel yang diterima, dan mendengar semua perbualan yang dilakukan.
Ia dapat dilihat sebagai penaiktarafan kepada pembantu digital sedia ada, yang boleh menjawab sebarang pertanyaan yang anda mungkin ada untuk diri anda, dan anda tidak perlu membeli satu peranti khusus untuk teknologi kecerdasan buatan ini.
OpenAI juga dilihat mahu membangunkan cip neural tersendiri mereka untuk tujuan memproses arahan kecerdasan buatan, dan telah berkata bahawa beliau akan melaburkan 1 atau 50 bilion dolar untuk memastikan teknologi kecerdasan buatan dapat dimanfaatkan oleh orang ramai. -Amanz
Amanz
Wed May 08 2024
![Dunia AI tidak perlu perkakasan baharu – Sam Altman Dunia AI tidak perlu perkakasan baharu – Sam Altman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707268800_TBSamAltmanjpg.jpg)
Sam berkata peranti pintar dan komputer riba yang dilancarkan baru-baru ini sudah cukup bagus untuk keperluan kecerdasan buatan sedia ada. -Gambar fail
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Aplikasi ChatGPT untuk MacOS simpan perbualan tanpa sebarang penyulitan Aplikasi ChatGPT untuk MacOS simpan perbualan tanpa sebarang penyulitan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720148626_tbOpenAI.jpg)
Aplikasi ChatGPT untuk MacOS simpan perbualan tanpa sebarang penyulitan
Mengikut semakan pembangun, OpenAI didapati menyimpan pelbagai data perbualan dan pertanyaan dalam teks biasa, tanpa sebarang penyulitan.
![OpenAI bakal tinggalkan China, syarikat AI lain mungkin menyusul OpenAI bakal tinggalkan China, syarikat AI lain mungkin menyusul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707662600_OpenAI.jpg)
OpenAI bakal tinggalkan China, syarikat AI lain mungkin menyusul
OpenAI mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa mereka akan meninggalkan pasaran China pada 9 Julai ini.
![Aplikasi ChatGPT ditawarkan untuk semua pengguna macOS Aplikasi ChatGPT ditawarkan untuk semua pengguna macOS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719462649_AplikasiChatGPT.jpg)
Aplikasi ChatGPT ditawarkan untuk semua pengguna macOS
Dengan memasang aplikasi ChatGPT pada Mac, pengguna boleh lakukan akses pantas kepada ChatGPT dengan hanya tekan kekunci Option-Space.
![OpenAI tidak dibayar Apple sebaliknya akan lakukan perkongsian pendapatan OpenAI tidak dibayar Apple sebaliknya akan lakukan perkongsian pendapatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718268723_OpenAIApple.jpg)
OpenAI tidak dibayar Apple sebaliknya akan lakukan perkongsian pendapatan
Ramai yang tertanya-tanya apakah bayaran yang diterima oleh
![Apple Intelligence guna dua model AI yang dibangunkan sendiri Apple Intelligence guna dua model AI yang dibangunkan sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718179118_AppleIntelligence.jpg)
Apple Intelligence guna dua model AI yang dibangunkan sendiri
Model-model ini dibangunkan sendiri dan bukan OpenAI seperti yang dibimbangi Elon Musk.
![Elon Musk tarik tuntutan saman ke atas OpenAI, Sam Altman Elon Musk tarik tuntutan saman ke atas OpenAI, Sam Altman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710843810_ElonMusk.jpg)
Elon Musk tarik tuntutan saman ke atas OpenAI, Sam Altman
Tiada sebab diberikan mengapa saman ditarik dan pihak Elon Musk belum mengemukakan sebarang kenyataan rasmi mengenainya.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Jun 2024.
![Bekas kakitangan Google, OpenAI ingin perlindungan jika beri amaran bahaya AI Bekas kakitangan Google, OpenAI ingin perlindungan jika beri amaran bahaya AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714195700_OpenAI.jpg)
Bekas kakitangan Google, OpenAI ingin perlindungan jika beri amaran bahaya AI
Antara taktik yang digunakan bekas majikan ialah meminta mereka menandatangani dokumen tidak mendedahkan maklumat (NDA).
![Pengguna percuma ChatGPT kini boleh akses GPT, muat naik fail Pengguna percuma ChatGPT kini boleh akses GPT, muat naik fail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717213570_ChatGPT.jpg)
Pengguna percuma ChatGPT kini boleh akses GPT, muat naik fail
Walau bagaimanapun, buat masa ini, pengguna versi percuma tidak boleh menghasilkan GPT mereka tersendiri.
![ChatGPT Edu diumum untuk kegunaan di universiti ChatGPT Edu diumum untuk kegunaan di universiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715229620_chatGPTjpg.jpg)
ChatGPT Edu diumum untuk kegunaan di universiti
Pengguna ChatGPT Edu diberikan akses kepada model GPT-4o yang boleh mengenal pasti teks, melakukan pengaturcaraan dan perkiraan matematik.