OPENAI hari ini mengumumkan penawaran aplikasi ChatGPT untuk para pengguna macOS, sekali gus memudahkan lagi pengguna Mac mengakses ChatGPT dengan pantas pada bila-bila masa.

Dengan memasang aplikasi ChatGPT pada Mac, pengguna boleh lakukan akses pantas kepada ChatGPT dengan hanya tekan kekunci Option + Space.

Seperti biasa, pengguna boleh bertanyakan soalan, memuat naik fail serta gambar, dan sebagainya – sekali gus menerima maklum balas daripada ChatGPT.

Bagi anda yang menggunakan sistem operasi macOS, boleh memuat-turun aplikasi ChatGPT hari ini, dan menggunakannya untuk mengakses penawaran kecerdasan buatan generatif oleh OpenAI ini. -Amanz