APPLE hari ini mengumumkan mereka akan mengintegrasikan ChatGPT secara terus pada sistem operasi iOS, iPadOS dan juga macOS, sekali gus memudahkan para pengguna untuk mengakses dan menggunakan keupayaan ChatGPT dengan mudah pada peranti masing-masing.

ChatGPT ditawarkan secara percuma melalui penawaran Apple ini, di mana pengguna tidak perlu melakukan sebarang pendaftaran akaun atau langganan.

Namun, sekiranya mempunyai akaun berbayar, pengguna boleh pautkan dalam menggunakan akses tambahan yang dibawakan olehnya.

Dengan langkah ini, pengguna boleh menggunakannya dalam melakukan penjanaan gambar, penjanaan teks, membaiki teks yang ditaip, menganalisis dokumen dan sebagainya.

Untuk permulaan, ia akan hadir pada Writing Tools dalam sistem Apple. ChatGPT juga turut boleh digunakan bersama-sama Siri untuk mendapatkan pelbagai jawapan menarik dengan mudah.

Sokongan ChatGPT dengan versi GPT-4o ini akan ditawarkan melalui iOS, iPadOS dan macOS pada tahun ini. -Amanz