LONDON: Tumpuan antarabangsa kali ini kepada pilihan raya umum United Kingdom (UK) yang dijadualkan esok (4 Julai) walaupun secara amnya, Januari 2025 dilihat sebagai masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya berkenaan.
Perdana Menteri Britain yang juga pemimpin Parti Konservatif, Rishi Sunak termasuk semua pemimpin parti politik lain telah memulakan kempen pilihan raya mereka.
UK yang terdiri daripada England, Ireland Utara, Scotland dan Wales, mempunyai populasi kira-kira 67 juta orang dan mempunyai ekonomi keenam terbesar di dunia.
Pusat pengundian di seluruh UK akan dibuka pada 4 Julai dari jam 7 pagi hingga 10 malam waktu tempatan.
Sekilas perkembangan politik di UK:
1) Sunak telah menjadi Perdana Menteri selama kurang daripada dua tahun, selepas tempoh jawatan selama 45 hari dipegang oleh Liz Truss.
Truss meletakkan jawatan pada Oktober 2022 berikutan kekecohan mengenai pengumumannya untuk laksanakan peminjaman berskala besar dan pelbagai pemotongan cukai dalam belanjawan mini yang dikecam dengan teruk oleh rakyat.
2) Raja Charles III memberikan keizinan untuk membubarkan Parlimen pada 30 Mei.
3) Terdapat beberapa parti politik di UK namun hanya dua parti yang mendominasi arena politik pada abad ke-20 dan ke-21 iaitu Parti Konservatif dan Parti Buruh.
Parti Konservatif dipimpin oleh Sunak selepas mengambil alih daripada Truss pada Oktober 2022.
Parti Buruh pula dipimpin oleh Keir Starmer. Parti ini berkuasa antara 1977 hingga 2010 di bawah Tony Blair dan Gordon Brown.
Manakala parti lain adalah Parti Hijau, Reformasi UK, Scottish National Party, Plaid Cymru dan Democratic Unionist Party (DUP.
4) Parti Konservatif telah berkuasa selama 14 tahun. Dalam pilihan raya 2019, Parti Konservatif telah memenangi 43 peratus undi popular dan meraih sebanyak 365 kerusi dengan Boris Johnson sebagai pemimpin parti.
Semenjak itu, mereka kehilangan beberapa kerusi, sebahagain ketika pilihan raya kecil dan kini (sebelum pembubaran pada 30 Mei), parti tersebut hanya mempunyai sebanyak 344 kerusi.
Manakala Parti Buruh pula memenangi 32 peratus undi dan mendapat 2022 kerusi pada 2019, meningkat kepada 205.
5) Menurut hasil tinjaun oleh YouGov, berikut beberapa isu yang akan ditekankan sepanjang pilihan raya umum UK menjelang ke 4 Julai 2024:
* Ekonomi - 52%
* Penjagaan kesihatan - 50%
* Imigresen - 40%
* Krisis perumahan -24%
* Alam sekitar - 20%
Agensi
Tue Jul 02 2024

Rishi Sunak telah menjadi Perdana Menteri selama kurang daripada dua tahun, selepas tempoh jawatan selama 45 hari dipegang oleh Liz Truss. - Gambar fail REUTERS

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Rishi Sunak akui kekalahan, ucap tahniah kepada Keir Starmer
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, mengakui berdepan kekalahan dalam pilihan raya Britain dan menyatakan bahawa Parti Buruh pembangkang telah menang pada Jumaat.

Parti Buruh menang, raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024
Menepati ramalan, parti pembangkang, Parti Buruh Berjaya meraih majoriti mudah dalam Pilihan Raya Britain pada Jumaat.

Pilihan raya UK: Keir Starmer bakal dilantik sebagai PM hari ini?
Keir Starmer akan menjadi Perdana Menteri UK yang baharu hari ini selepas Raja Charles III secara rasmi menjemput untuk membentuk kerajaan.

Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK
Tumpuan antarabangsa kali ini kepada pilihan raya umum United Kingdom (UK) yang dijadualkan esok (4 Julai).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Parti Konservatif UK hadapi dakwaan skandal pertaruhan, tambah tekanan kepada Sunak
Nick Mason mengambil cuti sementara disiasat oleh Suruhanjaya Perjudian kerana didakwa meletakkan pertaruhan terhadap waktu pilihan raya.

Khidmat negara wajib untuk remaja 18 tahun di UK, janji Sunak
Remaja berusia 18 tahun akan diwajibkan menjalani khidmat negara sekiranya Parti Konservatif (Tories) memenangi pilihan raya pada 4 Julai ini, kata Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, lapor agensi b

Pilihan raya Britain: "Saya atau Starmer? Pilih yang ada rancangan..." - Rishi Sunak
Rakyat Britain perlu membuat pilihan terbaik demi masa depan generasi akan datang di saat dunia menyaksikan perpecahan masyarakat.

Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.

Keadaan di Gaza semakin tidak boleh diterima, kata PM Britain kepada Netanyahu
UK tuntut Israel segera lakukan siasatan bebas dan menyeluruh susulan kematian tujuh pekerja bantuan di Gaza.