KUCHING: Sarawak akan terus menuntut lima baki perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) daripada Kerajaan Persekutuan.
Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata lima perkara itu masih dalam perbincangan kedua-dua pihak.
Antaranya, jumlah keahlian lembaga pengarah dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Kerajaan Sarawak telah mengemukakan cadangan calon ahli untuk mewakili Kerajaan Sarawak.
“Ini adalah penting bagi memastikan Kerajaan Sarawak mengetahui kedudukan kewangan negara, antara lainnya, untuk membantu usaha Kerajaan Sarawak dalam perbincangan dan rundingan berkenaan pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Ibrahim Baki (GPS-Satok) mengenai jumlah tuntutan di bawah MA63 yang belum selesai di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada Jumaat.
Bagaimanapun kata Hasidah, pihaknya belum menerima maklum balas daripada kerajaan Persekutan berhubung perkara tersebut.
Beberapa tuntutan lain termasuk isu pentadbiran badan kehakiman di Sabah dan Sarawak, pengiktirafan JKR Sarawak, Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (DID) dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182, cadangan pertambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak di Parlimen, dan perbincangan mengenai formula semakan Pemberian Khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.
Selain itu, Hasidah berkata Kerajaan Sarawak telah mencadangkan pindaan kepada Senarai Perundangan di dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, ia termasuk untuk memindah ‘Pelancongan’ daripada Butiran 25A dalam Senarai I (Senarai Persekutuan), untuk disenaraikan sebagai salah satu butiran di dalam Senarai III (Senarai Bersama).
Untuk rekod, Sarawak telah mendapatkan hak menerusi MA63 yang dituntut dalam Mesyuarat Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 sebelum ini.
Antara persetujuan rundingan di antara Kerajaan Sarawak dan Petronas melalui Commercial Settlement Agreement (CSA) pengiktirafan hak Sarawak untuk mengenakan cukai jualan ke atas produk petroleum, pengiktirafan hak Sarawak untuk mengawal selia pengagihan gas di Sarawak dan pindaan kepada Perkara 1(2), 160(2) dan 161A (6) dan (7) Perlembagaan Persekutuan, yang telah berkuat kuasa mulai 11 Februari 2022.
Shafik Ahmad
Fri May 20 2022

Hasidah (gambar) berkata demikian pada sidang DUN Sarawak pada Jumaat.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.

Persetujuan bersama KPM, JPN Sabah di bawah MA63 beri impak positif - Fadhlina
Persetujuan bersama yang telah dicapai antara Kementerian Pendidikan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 mampu memberi impak positif.

MA63: Perbincangan positif kerajaan Persekutuan-Sarawak isu pendidikan, kesihatan
Kerajaan Persekutuan memberi kerjasama erat kepada kerajaan Sarawak dan Sabah bagi mempertingkatkan kelancaran perkhidmatan kesihatan di dua negeri berkenaan.

Tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: AGC teliti aspek perundangan
Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang meneliti dari sudut perundangan mengenai pelaksanaan pertambahan kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.

Tambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak dilaksana selepas PRU16 - Fadillah
Pelaksanaan bagi pertambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak hanya dimuktamadkan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

MA63: Tuntutan berkaitan isu pendidikan Sabah masih dibincang - TPM Fadillah
Ia masih dalam perbincangan walaupun telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan Negeri Sabah No.1/2024 yang diadakan pada 26 Ogos lepas.

Akta Laut Wilayah dan pelantar benua Sabah kekal perkara tidak boleh dirunding
Sabah tegas untuk menolak sebarang bentuk rundingan berkaitan Akta Laut Wilayah 2012 (TSA 2012) dan pelantar benua.

MA63: Penyelesaian 11 tuntutan satu titik manis dalam sejarah Malaysia - Penganalisis
Ia pastinya menjadi nadi penilaian masyarakat Borneo khususnya di Sarawak, untuk bersandar harapan dan keyakinan kepada Kerajaan MADANI.

Tambahan peruntukan interim dijangka rancak pembangunan di Sabah, Sarawak
Perlu ada satu mekanisme khusus termasuk pemantauan dan kaedah pemberian dalam memastikan penyaluran dana ke Sabah dan Sarawak tidak disalahgunakan.

MA63: Sebanyak 11 tuntutan berjaya diselesaikan - TPM
Sebanyak 11 tuntutan di bawah platform rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah berjaya diselesaikan.