SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri masuk hari ketiga hari ini dan kemeriahannya masih terasa meskipun ada dalam kalangan kita sudah beransur-ansur pulang dari desa untuk kembali bekerja.
Seperti biasa, media sosial menjadi medan bukti meriahnya sambutan Aidilfitri yang diraikan apabila masing-masing sakan memuat naik gambar berpakaian sedondon seisi keluarga, pasangan, waima #teamsingle bersama majikan (kucing peliharaan).
Di sebalik peragaan baju raya menerusi pentas media sosial, nampaknya tahun ini dinding-dinding media sosial juga meriah dengan pameran kod QR.
Ada kod QR yang berwarna merah jambu, ada yang berwarna hitam. Kedua-duanya dikongsi dengan dua tujuan berbeza iaitu memberi duit raya dan meminta duit raya.
Begitulah pantasnya perkembangan teknologi hari ini apabila segalanya di hujung jari. Bahkan, tanpa menulis sebarang kata, perkongsian kod QR sudah diketahui maknanya.
Ramai juga dalam kalangan kenalan penulis yang berkongsi kod QR berwarna hitam daripada e-dompet, sebuah aplikasi yang menyediakan fungsi Money Packet bagi memudahkan pengguna menghantar duit raya kepada kenalan.
Begitu juga individu-individu terkenal di media sosial yang berkongsi kod QR sama untuk dikongsi secara rawak, ‘siapa cepat, dia dapat’.
Ada yang berjaya, ada yang hampa apabila Money Packet sudah habis ditebus dalam masa sangat singkat.
Di sebalik kekecewaan kenalan yang gagal menebus duit raya, terdapat individu yang meluahkan rasa terkilan setelah mendapati duit raya ditebus oleh individu-individu tidak dikenali, bahkan bukan dalam senarai rakan akaun media sosial mereka.
Di sinilah silapnya apabila tanpa sedar perkongsian kod QR di media sosial juga ibarat melepaskan ikan di lautan tanpa sekatan.
Niat untuk diberi kepada nelayan yang memerlukan tetapi disambar pula oleh ‘jerung-jerung’ yang kelaparan.
Ya, dalam lautan internet inilah ‘jerung-jerung’ atau erti kata mudahnya, scammer berumah tangga, beraya dan berkampung.
Perkongsian kod QR tanpa sekatan ibarat memberi makan kepada ‘jerung-jerung’ tersebut. Akhirnya niat untuk bersedekah kepada kenalan tidak kesampaian.
Belum lagi bercerita tentang perkongsian kod QR berwarna merah jambu iaitu kod QR bank yang dikongsi dengan tujuan meminta duit raya secara rawak.
Tindakan tersebut telah mendapat perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi kod QR bank peribadi secara meluas di laman sosial bagi mengelak mereka menjadi mangsa penipuan atas talian.
“Berhati-hati ketika memberikan kod QR akaun bank untuk tujuan menerima duit raya.
"Pendedahan maklumat akaun di media sosial adalah tidak digalakkan kerana dikhuatiri akan disalah guna oleh scammer melalui pancingan data bagi tujuan penyamaran dan penipuan kewangan,” menurut KPDN menerusi hantaran di laman sosial.
Mungkin hari ini ia nampak remeh kerana kepercayaan kita terhadap keselamatan sistem perbankan internet yang dijamin.
Namun, selagi belum terkena, selama itu kita akan buat sambil lewa.
Ini kerana ramai juga dalam kalangan mangsa-mangsa scammer sebelum ini bingung bagaimana mereka boleh menjadi mangsa.
Zaman sudah berubah, satu klik sahaja sudah boleh membawa padah.
Dalam pada itu, perihal meminta duit raya juga menimbulkan pertikaian kerana ia adalah perbuatan dilarang dalam agama Islam.
Hal itu telah dibangkitkan sejak beberapa tahun sebelum ini dan sepatutnya dalam meraikan kemenangan menyambut Syawal, ia tidak dilakukan, apatah lagi setelah sebulan mengharungi Ramadan yang penuh keberkatan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 24 2023
![Duit raya untuk kawan, 'jerung' dapat habuan Duit raya untuk kawan, 'jerung' dapat habuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81682297400_TBqrcode.jpg)
Perkongsian kod QR tanpa sekatan ibarat memberi makan kepada jerung-jerung tersebut. Akhirnya niat untuk bersedekah kepada kenalan tidak kesampaian. - Gambar hiasan
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![MyBorderPass catat 150,000 pengguna dalam tempoh 21 hari - Saifuddin Nasution MyBorderPass catat 150,000 pengguna dalam tempoh 21 hari - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737727755_SaifuddinNasutionI.jpg)
MyBorderPass catat 150,000 pengguna dalam tempoh 21 hari - Saifuddin Nasution
Aplikasi MyBorderPass mencatatkan lebih 150,000 pengguna dalam tempoh 21 hari sejak diperkenalkan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
![Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737182628_TBKDM.jpg)
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
![Data peribadi pengguna selamat, tahap keselamatan kod QR di tahap tinggi - JIM Data peribadi pengguna selamat, tahap keselamatan kod QR di tahap tinggi - JIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736245015_autogate.jpg)
Data peribadi pengguna selamat, tahap keselamatan kod QR di tahap tinggi - JIM
Aspek keselamatan data pengguna dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) bagi mengelak kecurian data.
![Melaka hasrat gubal undang-undang kecil PBT berhubung pemasangan QR pada ternakan Melaka hasrat gubal undang-undang kecil PBT berhubung pemasangan QR pada ternakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736178435_AbRaufYusoh.jpg)
Melaka hasrat gubal undang-undang kecil PBT berhubung pemasangan QR pada ternakan
Kerajaan Melaka berhasrat mewujudkan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menghendaki pemilik ternakan memasang kod respons pantas (QR) pada haiwan ternakan seperti lembu.
![MCMC, Kerajaan Melaka jalin kerjasama Inisiatif Kampung Digital MCMC, Kerajaan Melaka jalin kerjasama Inisiatif Kampung Digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736170714_FahmiFadzil.jpg)
MCMC, Kerajaan Melaka jalin kerjasama Inisiatif Kampung Digital
Inisiatif itu adalah langkah strategik untuk memastikan setiap premis di negeri itu dilengkapi dengan alamat yang lengkap dan sistematik.
![Kod QR KLIA: Pengembara warganegara Malaysia perlu muat turun aplikasi MyBorderPass Kod QR KLIA: Pengembara warganegara Malaysia perlu muat turun aplikasi MyBorderPass](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735818432_TBautogate.jpg)
Kod QR KLIA: Pengembara warganegara Malaysia perlu muat turun aplikasi MyBorderPass
Sistem pelepasan imigresen menggunakan kod QR dilancarkan di 40 lorong khas di KLIA Terminal 1 (T1) dan KLIA T2 untuk mengurangkan kesesakan.
![Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733902056_tbImmigrationChec.jpg)
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
![KDN cadang guna kod QR di pintu masuk negara percepat proses imigresen KDN cadang guna kod QR di pintu masuk negara percepat proses imigresen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733120588_TBShamsulAnuarNa.jpg)
KDN cadang guna kod QR di pintu masuk negara percepat proses imigresen
KDN dalam pertimbangan untuk menggunakan kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan pengembara bagi mempercepat proses pemeriksaan kaunter imigresen.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.