Dua individu termasuk seorang anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan maut selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung di KM138 Jalan Kuantan-Segamat dekat Muadzam Shah, di sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh, mangsa yang maut ialah Lans Koperal Raja Ahmad Faris Raja Mazlan, 29, dan pemandu lori, Wang Aji @ Wang Lip Hua, 69.
Menurutnya, kejadian jam 2 petang itu berlaku ketika kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu Raja Ahmad Faris dari arah Segamat menghala ke Kuantan bertembung dengan lori jenis Toyota Dyna Hiace yang dipandu Wang Aji dari arah bertentangan.
"Ketika sampai di tempat kejadian, Perodua Kancil itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri, dalam masa yang masa kereta itu cuba semula masuk ke laluannya.
"Bagaimanapun, apabila berjaya masuk ke laluan, Perodua Kancil itu terus hilang kawalan lalu masuk ke jalan bertentangan sebelum bertembung dengan lori berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Kamarulzaman berkata akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Muadzam Shah di sini untuk proses bedah siasat.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan saksi bebas juga diminta untuk tampil ke balai polis bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Noraniza Kamsani
Thu Nov 22 2018

Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang terbunuh dalam kemalangan maut itu. -Foto ihsan pembaca

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

Empat beranak antara lima maut kemalangan
Empat beranak antara lima yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 334 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu pada Jumaat.

Tiga cedera semasa larikan diri daripada Peronda Lebuh Raya
Suspek berusia antara 32 hingga 21 tahun itu dipercayai bertindak demikian kerana kereta Proton Satria yang dinaiki mereka dilaporkan dicuri di Kuala Lumpur.

Murid parah dilanggar van sekolah
Kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu berlaku ketika mangsa, Nur Zahra Aisyah Mohd Zaini, 7 tahun, diturunkan pemandu van untuk pulang ke rumahnya.

Tiga maut motosikal bergesel di LPT
Mereka yang maut ialah Azlee Mat Daud, 40, Muhammad Amirul Faris Abdullah, 25, dan Syamil Nazir@Nasir, 32, yang mana semuanya berasal dari daerah Maran, dekat sini.

Dua termasuk anggota polis maut kemalangan di Rompin
Mangsa yang maut ialah Lans Koperal Raja Ahmad Faris Raja Mazlan, 29, dan pemandu lori, Wang Aji @ Wang Lip Hua, 69.

Kakitangan Klinik Kesihatan cedera ambulans dilanggar
Kejadian berlaku pukul 5.40 petang, semasa mangsa yang merupakan seorang jururawat dan seorang pembantu perawatan kesihatan dalam perjalanan mengambil pesakit.