Tiga termasuk seorang wanita cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebuah lori di Jalan Kuantan-Maran berhampiran Kampung Paya Bungor di sini, semasa melarikan diri daripada pasukan polis Peronda Lebuh Raya (EMPV) Bukit Aman, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata suspek berusia antara 32 hingga 21 tahun itu dipercayai bertindak demikian kerana kereta Proton Satria yang dinaiki mereka dilaporkan dicuri di Kuala Lumpur.
Katanya, kejadian bermula di Plaza Tol Sri Jaya, Maran dekat sini, apabila anggota EMPV yang membuat pemeriksaan di plaza tol itu melihat kereta dinaiki suspek memecut laju menuju Lebuhraya Pantai Timur 1 arah Kuala Lumpur.
"Kereta itu kemudiannya berpatah balik secara menentang arus dan masuk semula ke plaza tol tersebut sebelum keluar ke Jalan Kuantan-Maran menghala ke arah Kuantan.
"EMPV terlibat terus mengejar kereta suspek sebelum mereka terbabas dan melanggar sebuah lori dari arah bertentangan menyebabkan kenderaan itu berpusing sebelum turut melanggar kereta EMPV berkenaan," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Kamarulzaman berkata semua suspek cedera di kepala dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini, untuk rawatan manakala dua anggota EMPV serta pemandu lori tidak cedera.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 03 2020

Anggota polis Peronda Lebuh Raya Bukit Aman yang membuat pemeriksaan di plaza tol melihat kereta dinaiki suspek memecut laju menuju Lebuhraya Pantai Timur 1 arah Kuala Lumpur.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.

Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu
Polis telah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak.

Polis tahan lapan individu, tumpaskan penipuan pelaburan saham
Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan saham yang menjadikan tiga unit kondominium di Sri Petaling, sebagai pusat panggilan dengan penahanan lapan individu, pada Selasa.

Polis akan panggil semula saksi kes Teoh Beng Hock untuk siasatan lanjut
Polis akan memanggil semula saksi yang terlibat dalam kes kematian Teoh Beng Hock dalam masa terdekat.

Polis selamatkan tiga mangsa pemerdagangan orang, tahan 29 individu lain
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman SAC Soffian Santong berkata tiga lelaki yang diselamatkan itu berusia antara 28 dan 35 tahun.

Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.

147 pegawai, anggota polis dibuang kerja tahun lepas - Bukit Aman
Sebanyak 147 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuang kerja pada tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Heroin base RM1.2 juta dirampas, seorang lelaki ditahan
Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis heroin base seberat 13.3 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta dalam dua serbuan pada 23 Dis dan semalam.

51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.