KUANTAN: Empat beranak antara lima yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 334 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu, berhampiran Simpang Gesing di Raub, kira-kira 240 kilometer dari sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata, kemalangan pada 3.15 petang itu melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Hilux dan sebuah kereta Chevrolet Optra yang dinaiki keluarga terbabit.
Mereka yang maut ialah bekas tentera Muhamad Fadzli Aming, 45, yang memandu kereta, isterinya Nur Asyitah Abu Samah, 44, serta dua anak mereka Muhammad Iqmal, 13, dan Irina Nur Qhalesya, tujuh, yang beralamat di Kampung Jeruas Sega, Raub.
Nur Asyitah disahkan maut di tempat kejadian sementara Irina Nur Qhalesyah meninggal dunia di Hospital Kuala Lipis, manakala Muhamad Fadzli dan Muhammad Iqmal, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Raub.
Turut maut ialah penumpang Toyota Hilux, Wan Syahrul Munif Wan Jaffar, 44, manakala rakannya berusia 30 tahun yang memandu, cedera di tangan dan kini menerima rawatan di Hospital Raub.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Hilux yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan hilang kawalan, dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung kereta dinaiki keluarga tersebut.
"Pemandu kereta dipercayai tidak dapat mengelak kerana jarak yang terlalu hampir dan kemalangan mengakibatkan kedua-dua kenderaan terlibat remuk teruk pada bahagian hadapan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Kamarulzaman berkata bedah siasat dijalankan di Hospital Raub dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 13 2021

Kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Hilux yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan hilang kawalan, dan masuk ke laluan bertentangan. - Foto Sinar Harian

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta
Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta jenis Mercedes dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Bukit Puchong di sini pada Selasa.

Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.

Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol
Polis menahan 10 lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kejadian merusuh menggunakan senjata yang berpunca daripada kemalangan jalan raya di Taman Acbe, Bahau, dekat Jempol semalam.

Tahun Baharu Cina: Polis kenal pasti 21 lokasi 'blackspot' kemalangan di Terengganu
Polis juga mengenal pasti 34 lokasi yang kerap berlaku kesesakan disebabkan pertambahan kenderaan keluar masuk ketika musim perayaan di Terengganu.

Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.

Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS
Motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun itu musnah terbakar 90 peratus.

Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan
Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

Lelaki pandu lawan arus sebabkan kemalangan ditahan
Pemandu Mitsubishi Lancer berusia 28 tahun itu ditahan pada 4 petang semalam dan hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Pejalan kaki maut ketika sedang ambil gambar kejadian kemalangan
Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan ketika dia sedang mengambil gambar kejadian kemalangan di Kilometer 14, Lebuh Raya Iskandar Sultan pagi tadi.