TAWAU: Sebuah rumah jenis kekal berukuran 30 kaki x 40 kaki musnah 100 peratus manakala sebuah rumah jenis kekal dua tingkat musnah 85 peratus dalam satu kebakaran di Kampung Kongsi 8 Lorong 1A di sini pada Sabtu.
Ketua Balai Bomba Tawau, Julius John Stephen Jr berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian itu melalui panggilan kecemasan MERS999 pada jam 2.30 petang.
Dua buah kenderaan FRT, sebuah water tanker dan sebuah van EMRS dengan kekuatan 15 pegawai dan anggota digegaskan ke lokasi kejadian dengan jarak 12 kilometer.
Operasi pemadaman menggunakan dua aliran 200 kaki dengan dua pancutan sumber air dari jentera, water tanker serta pili bomba berhampiran.
Kebakaran dapat dikawal dari terus merebak pada jam 3.06 petang dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 6.41 petang.
Turut musnah 100 peratus, sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda.
Kebakaran turut melibatkan seorang lelaki berumur 59 tahun yang mengalami luka melecur 10 peratus di bahagian perut dan dada.
Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Tawau oleh keluarganya.
Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak bomba.
Petrus Bernard
Sun Feb 13 2022
Dalam kejadian pada Sabtu, kebakaran dapat dikawal dari terus merebak pada jam 3.06 petang dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 6.41 petang. - Foto JBPM
38 calon SPM di Johor terkesan banjir
Daripada angka itu, seramai 21 orang calon SPM tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Bursa Malaysia dijangka alami kenaikan sederhana minggu ini, didorong optimisme
Bursa Malaysia dijangka merekodkan aliran pergerakan meningkat yang sederhana minggu ini, didorong aktiviti pembelian semasa harga murah dan keyakinan berkaitan perkembangan domestik.
Prospek Ekonomi Malaysia 2025 Bersama Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid
Dalam temu bual eksklusif ini, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, mengulas mengenai prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia melebihi 5% pada tahun 2025, daya tahan ekonomi, dan pelbagai isu lain yang mempengaruhi ekonomi negara.
Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini
Kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
AWANI Pagi: Patutkah iklan makanan tidak sihat diharamkan di Malaysia?
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Felo Institut Penyelidikan dan Pembangunan Dasar (IRDP) Dr Farhan Rusli, yang akan mengupas secara mendalam impak iklan makanan tidak sihat terhadap pola pemakanan rakyat, keberkesanan polisi sedia ada, dan langkah yang perlu diambil untuk melindungi kesihatan awam di Malaysia.
Kereta penerbit filem musnah terbakar
Bagaimanapun kebakaran Perodua Axia milik lelaki itu tidak membabitkan mangsa.
Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025
Pemain hoki ais negara yang tersenarai menjalani latihan bakal melalui empat fasa saringan sebelum dipilih menyarung jersi Malaysia.
Kenderaan masuk laluan bertentangan punca enam maut di Semporna - Polis
Kereta dipandu lelaki berumur 34 itu memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan pacuan empat roda dan kenderaan MPV.
Anwar dijadual bertemui PM UAE di Dubai
Anwar yang sedang dalam lawatan kerja tiga hari ke UAE, dijadualkan bertemu dengan Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
Suspek letak kucing dalam guni telah diambil keterangan - DVS Selangor
DVS telah mengambil keterangan beberapa individu disyaki terlibat dalam memasukkan sebilangan ekor kucing yang masih hidup ke dalam guni.
'Pentadbiran Los Angeles kecewakan kami', kata Ketua Jabatan Bomba
Pemotongan belanjawan sebanyak AS$17 juta untuk jabatan bomba memberi kesan negatif terhadap keupayaan agensi itu memadamkan kebakaran.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat kebakaran besar di California
Konsulat Jeneral telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia yang menetap di kawasan terjejas atau berhampiran.
Kebakaran tapak pelupusan sampah haram di Gombak, operasi pemadaman giat dijalankan
Operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah haram di Jalan Bukit Lagong, Gombak sedang giat dilaksanakan sejak ia berlaku 2 Jan lepas.
Pelajar tahfiz maut ditemui dalam keadaan memeluk al-Quran
Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Zahwa, 14, ditemui maut dalam keadaan memeluk senaskhah al-Quran.
Pengurusan surau, masjid berusia puluhan tahun disaran periksa sistem pendawaian
Langkah itu bertujuan mengelak insiden litar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran sekali gus mengancam keselamatan jemaah.
Sederet 13 rumah di Tanjung Dawai musnah terbakar, seorang cedera
Kejadian turut mengakibatkan seorang lelaki berusia 30-an melecur di bahagian kaki dan tangan ketika cuba menyelamatkan diri.
Dua maut, 18 cedera nahas pesawat kecil berdekatan Los Angeles
Kejadian berlaku sekitar 2.09 petang waktu tempatan (2209 GMT), kira-kira 40 kilometer di tenggara pusat bandar Los Angeles.
Kebakaran: Stesen KLCC dibuka semula kepada penumpang - Rapid Rail
Stesen KLCC dibuka semula kepada penumpang dan kembali beroperasi pada jam 5.52 petang tadi selepas insiden kebakaran pada Khamis.
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
Dewan di Parlimen Korea Selatan terbakar, 500 dipindahkan
Kebakaran berlaku di sebuah dewan dalam kompleks Parlimen Korea Selatan di barat Seoul pada Sabtu, memaksa hampir 500 orang dipindahkan, lapor agensi berita Yonhap.